Sunday, July 29, 2012

TAK JUMPA YANG BERKENAN LAGI..

Sama cam tahun2 lepas, akak bab beli baju raya ni memang last minute. Sudahnya time nak beli ni ..ada jer aral melintang patahnya. Dah pegi semalam tapi hampeh..sakit mata memandang baju2 yang dijual. Tak berkenan langsung!

Rata2 yang aku tengok tu, kainnya nampak nau murah nyer tapi dek sarat dengan batu2 permata yang lip lap. Lagi aku tak berkenan sebab nampak serabut. Hubby aku ni rajin menolong basuh baju (guna wahing machine ler). Buatnya hubby aku tersilap masuk dalam machine ...tak ker berterabur batu2 tu...

Dulu enjoy gak bershopping dengan ipar duai dan adik2 tapi sejak dorang beranak kecik memasing ni...anak dara aku ler peneman setia aku kemana-mana. Tak pun aku suruh hubby aku ikut sekali dengan alasan "nanti you tak berkenan tengok I pakai". Walhalnya....dia kan banker aku terutama nak raya ni....wink...wink..
and one more thing ..Alhamdulillah..dia tak penah berkira dengan aku dan anak2..

CINTA PERLUKAN MODAL?

Korang penah dengar tak dialog camni... "I sanggup tinggal di bawah kolong sekalipun asalkan I dapat bersama you". Ada sket2 cam dialog dalam filem Ibu Mertuaku kan?.

Of coz ler kalau ko nak bercinta kena ada modal! Modal ayat2 power yang boleh meruntun pasangan...tapi tu bukan ler modal yang aku maksudkan..Tapi duit atau wang!. Boleh ker ko bercinta dok pakai air liur jer..Sebagai contoh lah kan...ko tengok wayang pun pakai duit, ko nak jalan2 pun pakai duit dan nak belanja dia makan dan minum pun pukai duit. Tak kan ko nak teguk air kat paip kerajaan tepi jalan jer beb!

Bagi pasangan yang baru belajar nak bercouple2 tu..cari ler kerja dulu. Takkan setiap kali nak berdating..minta duit mak bapak. Malu wehhh...Peringatan untuk semua muda mudi kat luar sana termasuk anak bujang aku yang akan melangkah ke alam remaja nyer. Belajar dulu tinggi2...baru berangan nak bercintan cintun!

Thursday, July 26, 2012

SERBA TAK KENA AKU HARI NI..

Tak apa langkah aku hari ni..start dengan langkah kiri masa kuar umah tadi kot. Serba tak kena aku ari ni. Pepagi lagi perut memulas...pegi jap ke toilet. Masa nak kuar toilet tu, tah camner baju aku leh tersangkut pada paip air tu. Apalagi gedebok aku jatuh tersungkur dengan lutut terkena kat lantai. Mak oii..kalu kat umah ni ..aku dah nangis kesakitan tau...
                                         Nasib baik muka gegirl masih ayu..tak macam dia ni
Masa nak charge hp plak, terbongkok2 aku bawah meja nak mengenakan plug nyer. Masa nak kuar dari bawah meja..dentum!kepala aku plak jadi sasaran...pening dan berbintang sekejap kepala hotak aku tadi...Kuat plak tu...

Charge telefon punyalah lama...bila check balik...hampeh! rupanya charger yang aku pinjam ni rosak...Uwaaaaahhh!!! rasa nak meraung aku. Apa kena dengan aku ni..cam mabuk cinta plak. Masa mabuk cinta dulu..tak plak kena cam ni...

3RD DAY DI BULAN PUASA

Kejap jer dah tiga hari kita posa kan...Mujur office kami ni balik awal. Kol 4, masing2 dah ada dalam keta sedangkan aku...last minute ada plak benda urgent nak buat...Alhamdulillah sempat sampai umah on time. Dalam keta lagi dah plan nak masak apa... Ate orang pompuan le katakan. Lain ler orang lelaki ni..balik umah kalu tak dok baca paper...dia tengok tv.

Hari ni aku masak ayam masak merah, peria goreng tepung, ikan pari masak asam podeh dan goreng ikan masin sket sebagai pembuka selera. Sempat gak aku menonton tv sebab aku masak memang cepat. almaklum...sumer dah ada dalam kepala..tinggal campak jer dalam periuk tu.


Hasilnya...jeng! jeng! jeng! terhidang ler juadah berbuka puasa yang lengkap. Sebenarnya aku lebih suka masak sendiri berbanding beli kat luar...terjamin kebersihan dan kesedapannya kan...Lagipun pesan omak den...kalu nak pikat suami..kena pikat perutnya dulu...suami sendiri tau..bukan suami orang!

Pesanan khas dari anak daraku..


Wednesday, July 25, 2012

KENANGAN ZAMAN KECILKU

Ko nampak jer akak ni lembut cam perempuan Melayu sejati tapi ko tak tau sejarah den dulu masa kocok cam jantan. Pening palo mak den maso tu nak membelo anak daro dia nan sorang nih!. Apa tidaknya..nama jer pompuan tapi kalu main tak der nyer aku nak main masak2 der...panjat pokok, mandi lombong,sungai..hish sampai dah tak terbuat apa dah emak masa tu..

Ni nak citer masa zaman akak kecik2 dulu masa cuti raya di kampung...excited nyambut raya. Arwah pakcik siap buat panjut bagi menerangkan halaman umahnya. Korang tau ke menatang panjut ni haper?. Ia diperbuat dari buluh yang diisi minyak tanah dan dibubuh ler sumbu dari perca kain. Memang terbaekkk...Nak main mercun atau bunga api senang ler...Sampai kengkadang tu mercun meletup sampaikan panjut tu terpadam apinya!

Bagi memeriahkan suasana raya, ada yang main meriam buluh...Haaah! yang ni memang dorang tak tak aku dan sepupu buat sebab bahaya. Silap langkah..meletup dengan kita2 sekali. Masa tu. cakap jer mercun apa yang kami tak beli..sumer lengkap arwah abah belikan...memang meriah dengan kaler yang yang berwarna warni.

Zaman anak aku ni rugi ler sebab tak penah tengok panjut atau meriam buluh lagi dah! Tapi untuk memeriahkan suasana raya tu..aku beli pelita minyak tanah dan hias kat pagar umah jer. Jadik ler kan...

CUTI RAYA..

Kengkawan kat office aku ni very efficient kalu bab mintak cuti ni. Baru nak posa jer depa nak hantar borang cuti. Iyerlah kan..ada yang nak balik kampung...ada yang nak gi oversea. Cam aku ni tak berhasrat nak balik kampung halaman aku di Paris nuuu...(Parit Perak). Tak de sapa aku nak cari pun kat sana....

Hubby aku ni...dari bujang sampai ler dah kahwin beranak pinak manjang terlambat apply cuti. Dulu masa bujang alasan dia boleh ler aku terima pakai.."Bagi peluang kat dorang yang ada family nak cuti". Dah kahwin plak...alasan dia, "Bagi ler peluang kat dorang yang nak balik kampung". Aku memang ler tak balik kampung tapi nak gak jalan2 makan angin kat tempat alain. Ni asyik umah omak jer tiap kali raya...tak kemana pun sampai ler malam. Boring kan?



Ajak ler aku ngan anak2 ni jalan2 cam dulu...bukan apa nak merehatkan mata dan minda...asyik dok ngadap komputer jer hari2..bosan tau...nak gak tengok kehijauan hutan....sungai. Apa ajerlah yang tak de kat hutan batu KL nih...

Sunday, July 22, 2012

SOTONG MERAH MUNCUL!

Biasa ler kan...dah hujung2 bulan ni nak bayar segala macam bil. Dari yang sekecil2 sampai ler sebesar2 amount nyer. Biasanya aku guna CIMBclicks ni tak de masalah...okay jer.

Tapi dah 2,3 hari ni tah naper plak dia meragam. Mula2 kuar statement kata dorang nak update...tunggu sampai pukul 10.00. Sudahnya bila aku try buka after 12.00 still tulis unavailable at this moment. Yang heran tu..bila aku try bukak kat pc orang lain..hensem jer dia kuar cuma setiap kali aku buka guna pc aku... gambar sotong merah ni gak yang terpampang!

Stress gak rasanya bila nak cepat jadik lambat sudahnya. Harap2 sotong merah ni tak muncul lagi bila aku bukak web ni next time!...

1st DAY POSA DITEMPAT KEJA

Hari ini 1st day aku bekerja di bulan posa...Sajer kuar awal bagi mengelakkan jammed. Tau2 jer lah kan..kalu dah jammed tu..kang terkuar lagi ayat dot..dot..aku membebel menyumpah pemandu yang cam makan angin kat jalanraya pepagi ni.

Alhamdulillah smooth ajer perjalanan aku ke tempat kerja..Sampai kat tempat parking depan ofis...terang benderang...sebijik keta pun tak der. Walawei..depa ni semua pakat cuti menyambut Ramadhan ke??. Selamba jer lah aku parking cam biasa. Dah sampai kat atas baru kengkawan bagi tau yang hari ni ada majlis perasmian MARA...Ah sudah!..apasal aku sorang tak tahu ek??Dorang kata sumer dah dapat email.

Masalahnya aku tak dapat pun email yang berkenaan..sebab tu ler aku selamba parking kat situ walhal tempat tu dah dikhaskan untuk visitor dari MARA. Nasib baik ada adik despatch yang baik hati sudi nak park kan keta aku ke tempat yang disediakan. Tengok....ada jer orang yang menolong kan....Alhamdulillah...

Thursday, July 19, 2012

RAMADHAN DATANG LAGI

Ramadhan datang lagi tapi kali ni aku sambut dengan linangan airmata. Betapa aku rasa kehilangan yang amat sangat dengan ketiadaan Abah. Mungkin bagi setengah orang perempuan, lebih rapat dengan emak tapi bagi aku, arwah abah lebih memahami aku..lebih tahu tentang kelemahan dan kekuatan aku.

Di saat aku di landa masalah..abah yang banyak memberi kekuatan semangat pada aku. Meskipun caranya berbeza dengan orang lain, namun dia ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah aku. Terkadang..cara abah agak keras dan tegas, namun aku tau, dia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.

Setiap kali ramadhan...hidangan yang paling digemarinya ialah pecal..itulah yang meruntun hati aku setiapkali terpandang juadah tu dijual di mana2. Setahun lebih dah abah pergi...masih segar segala2nya dalam ingatanku...gurau sendanya, leterannya..dan senyuman dan ciuman terakhir yang aku berikan padanya..semua tu terasa seperti baru semalam berlalu..

HADIAH BUAT PENGANTIN

Dah dekat nak puasa ni ada plak majlis kenduri kahwin yang kena attend. Mungkin depa nak menyambut posa together gether kot. Mula ler pening kepala akak nak memilih hadiah untuk pengantin nih.

Cam aku dulu..nasib baik ler tak terima hadiah bukan2 dari kengkawan. Mostly bagi pinggan mangkuk dan jugak barang elektrik. standard ler tu kan? So, banyak gak ler yang aku leh save tang situ. Berdebar gak masa bukak wrapping paper tu..takut kena gelak sebab dapat botol susu, baju baby, puting dan tah apa lagi ler hadiah merapu yang kengkawan aku dapat untuk weeding dorang.

Kot yer nak bergurau pun..jangan ler tang nak bagi hadiah kan...Ker korang tak mampu nak beli hadiah memahal..tu yang beli botol susu jer tu..kuang! kuang!. Sekurang2nya beli ler hadiah yang boleh dimanfaatkan dek dorang berdua.

Disebabkan dah selalu sangat aku beli barang elektrik kasik bakal pengantin ni..so aku decide nak bagi duit jer. Okay haper bagi duit sebab kengkadang hadiah barang letrik tu dorang dapat double atau triple. Apa ke jadahnya kalu dapat rice cooker sampai 3-4?

At least, hadiah duit tu korang leh fikir untuk beli barang lain yang tak de..Tak pun leh tambah2 untuk pegi honeymoon. Kan? kan? kan?
                                             Kalau nak boli omeh tok bini kau pon boleh!

Wednesday, July 18, 2012

PESAN ORANG TUA..."JANGAN"!

Orang tua dulu kala banyak benar pantang larangnya. itu tak boleh...ini tak boleh. Tapi setiap kali ditegah kita membuat semua yang "Jangan" tu tak penah diberitahu mengapa dikatakan "Jangan".

Disebabkan aku ni jenis suka menyepai (bahasa sendiri bagi ertikata menyiasat..hik hik) maka di kalangna orang tua2 tu ada ler serba sikit yang aku tau mengapa perkataan ada banyak pantang larang "jangan" ni. Diantaranya ialah :

JANGAN Menyanyi di dapur.
Kahwin dengan orang tua. Kalau dah ko menyanyi jer kojenya..bila ler nak masak nasi tu. Kalu masak pun, gerenti hangit sebab orang dulu2 bukan pakai rice cooker cam sekarang wehhh...
                                            


JANGAN Duduk di tangga.
Tak kahwin ler korang!. Logik gak sebab kalau aku ada anak bujang, tengok korang dok bersidai kat tangga...nampak nau pemalas cam tak de kerja nak buat...dah tentu aku kansel dalam senarai menantu pilihan...

JANGAN Potong kuku waktu malam
Nanti mati emak. Lorr...dah sampai ajal mati ler kan..takkan nak menongkat langit sampai bila2. Yang korang gi potong memalam buta tu naper?.Tak leh tunggu siang?. Orang tua2 tu takut korang terketip jari sebab orang dedulu pakai pelita minyak tanah jer. bukan terang pun cahayanya.

JANGAN Makan terus dari periuk
Nanti lekat uri kononnya. Apa kena mengena dengan periuk lak?. Sebenarnya..nampak sangat ko tu buruk lantak sampai nak menyempat cari pinggan..

Banyak lagi sebenarnya pantang larang yang sebenarnya membawa maksud tersirat disebaliknya. Cuma orang tua2 dulu berbahasa dalam menegur orang2 muda ni..Cakap direct kang..korang banyak taya plak.

BERSANGKA BAIK LAH PADA SEMUA...

Bunyinya mudah jer kan tapi nak melaksanakannya tu payah benar. Termasuk ler aku yang mempunyai prinsip tegar yakni..."Percaya kat individu tu sekali jer". It means..kalu ko dah memusnahkan kepercayaan aku, tak kan ada peluang kedua untuk aku mempercayai ko sekali pun time tu ko benar2 jujur.

Boleh jika nak bersangka baik ni tapi kenalah dengan gaya nyer...Kalu kita terang2 nampak ada sesuat yang tak kena, tak salah kan kalu kita menyiasat terlebih dahulu....Kata orang bertindak atas maklumat. Dan lebih afdal rasanya kalu maklumat tu dari pemerhatian  kita sendiri yang dapat dan bukan dari orang lain.

Perlu diingatkan bahawa tak semua perkara yang kita nampak tu mengambarkan apa yang kita fikirkan. Kemungkinan ianya bercanggah sama sekali . Maknanya...jangan membuat kesimpulan berdasarkan realiti di depan mata tapi selami apa disebaliknya.

p/s : Tengah belajar bersangka baik tentang seseorang....

Sunday, July 15, 2012

SAAT PALING TEMAN TAK GEMOR!

Biasa ler kan kalu kerja bertimbun2 kat ofis tu. Nama nya lagi makan gaji...lagi tinggi gaji..lagi beso ler tanggung jawab yang harus dipikul. Tu tak per lagi..aku tak kisah pasal kerja yang bertimbun tu tapi paling tak gemor masa auditor datang.

Tanya ler mana2 orang finance..mesti sama jer jawapannya. Mana tak nyer.. seharian ko kena entertain dia dengan pelbagai soalan mengalahkan SPR lagi! Tu belum lagi tanya soalan yang tak masuk dek akal lagi tu. Kengkadang tu, aku rasa cam nak naik angin rasanya bila ditanya soalan yang dia sendiri leh jawab..ikut logik ler..Time tu aku dah cam singa betina yang baru peh beranak satu. Kecik beso..kecik beso..aku tengok dia. Dapat plak auditor yang loyar buruk...lagi ler!

Tapi tak gak boleh salahkan dia kannn. Dia cuma menjalankan kerja dia jer. Suka tak suka, I have to answer all the stupid question...cuma mampu berdoa...cepat ler korang berammmmm supaya aku tenang membuat kerja aku yang terbengkalai dek kerana melayan korang...

Wednesday, July 11, 2012

BERGAYA BIOR BERTEMPAT...

Sumer orang suka bergaya termasuk ler akak yang dah nak masuk senja ni..(kutukan yang selalu adik aku bagi) tapi bior ler berpada2.. Memang fitrah manusia yang bernama pompuan ni tak sah kalau tak suka pada kecantikan.

Tapi akak nak citer pasal bergaya yang keterlaluan..tak kena tempat. Contohnya nak ke pejabat tapi dia punya dressing, amboi makkk...cam nak gi party tupperware atau arcopal!. Tu baru baju jer akak citer tu..belum masuk bab make up dia yang dah cam kupu2 malam..

Kalu gi umah orang khawin contohnya...memang ler kita pakai baju yang over sket dari biasa tapi awas ! jangan sampai luarbiasa plak. Kang orang sambut ko dengan kompang sebab ingatkan pengantin dah sampai! Hik! Hik! Ate...udah lip lap..lip lap bajunya silau bijik mata tetamu yang datang.


     Ni..kalu dtg ke majlis aku pun, aku pengsan...

Tuesday, July 10, 2012

SALAH SIAPA?

Korang ler judge sendiri yer sape yang salah dalam hal ni..Minggu lepas, kami booked ler caterer ni buat majlis tahlil arwah Abah. Mula2 kami bercadang buat pada 7/7 kemudian kansel dan tukar pada 8/7. Dah confirm 8/7/12 hari Ahad dengan dia. Tup2 dia datang pada Sabtu 7/7 tu bawak segala mala hidangan yang kami pesan..Of coz ler mak aku gelabah puyuh sebab dia dah bagi tau kenduri tu 8/7.

First person yang dia call, aku ler..Hangin mak time tu ko! Lain hari yang di booking..lain hari plak yang dihantar. Aku cakap kat mak, suruh orang tu amik makanan tu bawak balik sebab sape yang nak makan sumer tu. Hari Sabtu tu, kat surau ada 3 kenduri so Tok Imam tak dapat datang. So sapa yang nak baca doa majlis tahlil tu. Aku ..setakat doa makan tu boleh ler..

Mak kata muka dia kelat semacam time nak amik makanan tu balik. Yang buat aku marah tu, dia boleh salahkan emak sebab katanya mak tak bagi tahu tarikhnya dah ditukar pada 8/7. Aku cakap kat dia emak aku tu dulu masuk sekolah...dia tak buta huruf dan kenal angka 7 dan angka 8!.

At last dia kata dia tak mau buat catering yang kami pesan pada hari Ahad tu. Mangkuk ayun betul mamat tu. Aku sumpah ko jadi kodok nanti baru tau. Last minit cakap tak boleh plak walhal esoknya majlis tu akan diadakan. Cam nak sabotaj kami plak dia ni.

Tuhan tu Maha Kaya. Akhirnya dapat gak kami disaat2 akhir caterer lain yang sudi membantu...Tak faham lah aku sikap manusia hati longkang nih! Bukan nya aku suruh dia masak percuma..berbayar kan! Disebabkan kecuaian dia, kami yang kelam kabut dibuatnya.

TIPS MEMBELI DURIAN YANG BAIK

Oh kome ...dhoyan dah berberbunge. Moh kite minang anak dare..Ingat tak lagu Os pasai durian ni. Sajer nak bagi tau kome, sekarang ni musim durian dah bermula. Sana sini orang jual durian.

Tau tak korang camner nak pilih durian yang baik. Aku nak share ler petua yang aku dapat ni.

1)  Masa korang beli durian tu..goyang2kan buah nyer. Kalu ada bunyi tu, maknanya durian tu bagus.

2)  Tengok kat durinya. Di sebelah duri tu akan ada duri disebalahnya. Makna kata duri tu rapat cam ibu dan anak gitu. Tu pun durian yang bagus gak.

3)  Cium kat kulit durian tu. Kalu kuat baunya tu..maknanya durian tu dah cukup haul untuk di makan.Hati2 takut tercucuk idung plak..

Teringin gak nak ada kebun durian ..tapi sebab kebun aku tu dekat dengan umah orang...takut plak tumbang. Makan yang kat kedai punya jer lah...

Thursday, July 5, 2012

BAGI BETIS NAK PEHA PLAK

Tu ler dia rasminya manusia ni..Dah kita ikhlas menolong..usahkata nak berterima kasih malah diberi sindiran plak. Yang buat tambah meniup angin aku pagi Jumaat ni bila dia yang pangkat tak seberapa tu nak mengajar aku plak camner nak buat kerja yang dah bertahun2 aku buat.

Heloo..ko suruh buat satu benda pun boleh salah mengira belum lagi menguruskan hal kewangan yang besar2 ni. Dah tu buat muka tampal kulit babi depan aku bila aku dapat kesan salah dia..Kalau kau tu perfect sangat, tak ler mengira pun salah sampai tak tahu antara million dengan thousand kan?

Dah ler tayar keta aku pancit ari ni dan sampai office lambat..kau plak datang menyalak depan aku bercakap tak berhenti2. Sampai satu tahap tu, aku rasa macam nak lempang aje muka budak mentah ni sebab cara dia bertanya kat aku tu macam nak sessi soal siasat plak.

For your info..aku ni bukan bekerja dengan kau atau famili kau..and one more thing aku buat kerja korang ni percuma tau!bukan ada allowance tambahan macam orang lain dapat. So jangan cuba ko nak ngarah2 aku cam mandor plak.. Sengal!!

Wednesday, July 4, 2012

INDAHNYA MALAM NISFU SYAABAN

Mungkin bagi orang lain..malam bagi mereka sama sahaja tapi bagi aku malam Nisfu Syaaban adalah hari paling bermakna dalam hidup aku. Indahnya malam Nisfu  Syaaban ni dalam bulan Islam..indah lagi ianya buat aku...

Korang nak tau mengapa kan? sebab malam ni lah pertama kali nyer aku melihat bumi Allah ni...Arwah abah penah bercerita tatkala aku dilahirkan....malam tu bulan penuh...terang benderang cahayanya. mengikut kepercayaan orang tua2 dulu kala..ianya mengambarkan bahawa hidup insan yang dilahirkan tu secerah bulan yang mengambang. Amin Ya Rabbal Alamin..Muga berkat doa arwah opah aku tu..benar2 lah hendaknya menjadi kenyataan.


Tapi hari ni aku terkilan sebab tak sempat nak merayakannya dengan bacaan yassin sebagai tanda kesyukuran diberi waktu untuk membuat kebajikan dan pahala sebanyaknya. Alpa nya aku Ya Tuhan..hinggakan boleh terlepas malam yang aku nanti2kan ni...

Tuesday, July 3, 2012

SUAMI ORANG, DUDA ATAU TERUNA?

Hot tak tajuk akak ari ni?? Sajer nak kasi pump sket darah korang sampai ke kepala..hik! hik!. Dalam memilih pasangan ni ibarat setandan pisang gak ler..Takkan sama taste kita semua kan? Rambut jer sama hitam..hati lain2 kannn.

Menurut kajian (ni aku pinjam kata2 Dato' Fadzilah Kamsah), sesetengah pompuan ni lebih tertarik kat suami orang. Jangan tanya aku naper sebab aku bukan jenis caras laki orang yer!. Tapi kajian menunjukkan di antara satu alasan bodoh yang penah aku dengar ialah...suka cabaran dan rasa diri hebat bila dapat mencaras untuk orang!. Apa2 jer lah yer...jangan salah caras dik oii...Takut ko yang kena carut nanti..


Tak kurang jugak yang suka duda tak kisah argh yang kematian isteri atau bercerai hidup ni. Asal duda ajer dah kira okay. Alasannya..depa ni ada pengalaman. Lorr...cam minta kerja plak nak ada pengalaman bagai...pengalaman manis ke yang pahit dek Non?


Hahhh...the last one..suka kat si teruna...Cam akak ler...Tak main ler laki orang atau dude orang...Akak ni tak tahan pedas sebab tu tak berani nak usik laki orang...Biar sama2 tak de pengalaman..tu lebih baik kan...


BERCERAI DEMI MARUAH?

Apa perasaan korang kalu menerima lafaz cerai di hari ulangtahun? Sedih bukan kepalang yang tak boleh nak dibayangkan yer tak?. Ni kisah benar dalam dunia artis...

Alasan perceraian tu cam tak masuk dek akal la plak. Katanya demi menjaga maruah suami..Disebabkan dia difitnah dengan pelbagai tohmahan, maka sang suami turut menerima tempias kerana dikatakan suami yang dayus!. Apa pun hanya dia dan pasangan yang tahu punca permasalahan mereka.


Amat menyedihkan bila perceraian yang terjadi di waktu usia emas di kala anak2 telah meningkat remaja. memang sesuatu yang tidak dipinta tapi harus diterima walaupun pahit bagaimana sekalipun.Namun diharapkan..janganlah mencari salah pasangan kita sebaliknya muhasabah diri kerana kemungkinan puncanya dari kealpaan kita sendiri.

p/s: Tumpang simpati melihat satu lagi masjid runtuh disebabkan orang ketiga....

PREPARATION FOR MAJLIS TAHLIL ABAH.

Rasanya dah lama kami tak buat majlis tahlil utnuk arwah abah memandangkan sumer adik beradik bz dengan aktiviti memasing. So kami sepakat, ahad ni untuk mengadakan majlis tahlil untuk arwah Abah di rumahnya.

Dari preparation untuk catering dan juga booking Tok Imam sumer dah buat. Tapi hubby aku rajin plak tambah satu lagi iaitu sate. So, we all buat survey kat mana tempat sate yang ummmph gitu. Mak kata sate kat Sg. Tua sedap. Jadi untuk memuaskan hati, we all satu family pegi ler ke sana merasa keenakan sate tu.

Hasilnya...markah yang aku nak bagi ialah...Jeng! Jeng! Jeng! Boleeehhh lahhhh...tapi still tak kick di tekak aku ni. Hubby aku suggest satu lagi tempat kat Sg. Buloh...Sate dia sedap tapi mahal 10 sen!. Okay ler kalu berbaloi rasa sedap nyer kan...So the next day pegi makan sate lagi...

Confirm..sate dia terbaekkkk...Untuk nampak cam ala2 BBQ, hubby aku mintak dia bakar sate tu kat umah emak cam kenduri aku sebelum ni. memang happening...

Apapun..yang penting...nawaitu nyer..bersedekah bagi pihak arwah yang kami sayang...Muga sampai pahala dari emak dan juga anak2nya ...AMIN.

Sunday, July 1, 2012

LEBAM BAWAH MATA..

Bukan eyeback atau kantung mata okay tapi bahana berjaga sampai pukul 4 pagi. Mesti korang ingat aku tengok bola kan? Apa kes tengok Mat Salleh dok terkinja2 tu??Sebenarnya petang Sabtu tu, kami ziarah kakak ipar aku kat Bukit Beruntung tu.

Biasa ler kan..bila dah adik beradik jumpa...Aku ni cuma ipar jer tapi kami kalu jumpa..banyak benda dan topic yang nak diceritakan. Masa berbual plak tu..letak air kopi, air teh, kentang goreng dan segala bendanya sumer ada atas meja.

Sedar tak sedar dah pukul 4 lebih pagi!Kesian anak dara aku dah terlentuk kat kerusi panjang..Kakak ipar aku ni apalagi..meng offer kami untuk tidur jer kat situ. "Sok..peh sarapan balik ler" kata dia. Hubby aku yang  pantang di offer ni, laju jer mengganggukkan kepala. Macam ler dia yang drive..

Esok paginya sebelum balik..aku jumpa dengan mak mertua kakak ipar aku tu. Dia ni dah rasa cam mak mertua aku plak...seronoknya dia tatkala berborak dengan aku. Ingat nak tanya khabor jer...mana tau dia bukak sejarah silam dia..Huhu..aku dah hampir nak tersengguk depan dia menahan ngantuk...

Balik umah..apalagi Qada tidur ! jangan tak Qada!. Ingat nak tengok rancangan Nona petang tu..alih2 Nona kemana...aku kemana....