Tuesday, May 28, 2013

MINGGU ORANG KAHWIN

Musim orang kahwin bermula...Minggu ni jer dah 3 jemputan khawin aku terima. Paling jauh sekali kat Kelantan nuuu..Paling excited, hubby aku lar. Cam ler dia kaki shopping. Aku tak rasa pun ada barang menarik untuk dibeli di Rantau Panjang tu sebab aku dah fokus mind aku ke Bandung Sept nih...So kena,ler aku perkuatkan iman menahan godaan di sana nanti.

Paling tak gemor tu, bila kena naik bas ekpres!. Aku ni asal naik bas jer, mula ler pening nak muntah bagai..Jenuh ler menyumbat mulut ni dengan pelbagai asam untuk mengelakkan daripada pening..tetap tak jalan. Kawan hubby aku dengan murah hstinya menawarkan minyak anginnya. Lagi tambah berpusing kepala aku ada la sebab bau minyak tu cam kapur barus!.

Sudahnya aku paksa diri untuk tidur..It work! tinggal pening2 lalat yang masih berterbangan di keliling kepala aku ni. Time ni ler hubby aku buat lawak bodo...wife dia ni dah lupa diri bila dah hidup senang katanya. Serius! memang dari dulu, asal naik bus jer kepala aku ni mula memusing.

Peh ni..bukan plak aku bersumpah yer..kalu ada undangan yang memerlukan aku naik bas lagi..mintak ampun mintak maaf..jangan ler korang seksa aku lagi..cukup ler sekian kali nyer..

Thursday, May 16, 2013

DEMI TUGAS

Sob...sob....bukan nangis yer tapi menahan air hidung ni yang non stop kuar dari 2 hari lepas. Selsema you!. Bukan setakat selsema jer...siap datang dengan package batuk lagi ni. Nasib baik batuk tak teruk sebab baru nak acah-acah jer. Tapi air hidung ni yang buat aku tak selesa sebab memanjat sampai ke kepala. Rasa cam nak pecah ...dan susah nau nak concentrate pada kerja2 office ni.

Ingat nak amik cuti sebab penyakit aku ni kalu tak makan ubat..bila nak baik nyer kan? Tapi time ni ler auditor datang plak...dan bos aku ni dok prosah kami supaya audited ni siap ontime katanya. So..nak tak nak..aku kena ler menghadirkan diri walaupun satu badan sakit ni ko...(muka seposen mintak kesian)

Dalam pada tu...bila badan dah tak sihat ni, mula ler itu tinggal ...ini lupa...termasuk ler nak wish akak aku maha guru kat Penang tu "Happy Teachers Day". Tepon tinggal kat umah Yong....sorry sesangatttt...ditambah lagi dengan kesibukan kat office ni. Untung jugak aku ni sebab bangun dari kerusi nak pegi shi shi...Kalau tak, nak jer aku pakai lampin dewasa tu. Wakaka....

Ubat pun aku makan masa dah sampai umah jer...Kalu kat office, haru dik, mau lalok akak cam mat gian sebab akak ni alahan pada ubat-ubatan ni hatta panadol sekali pun. Kang mau, semua keta kat jalan tu akak buat cam main bowling...strike!!!!

Doakan aku cepat sembuh yer. Kengkawan dah gelak sebab suara aku dah garau cam Auwww!!


Sunday, May 5, 2013

HARI MENGUNDI

Pepagi akak dah bangun ko...bersemangat gigih gitu untuk mengundi pemimpin pujaan. Akak mengundi kat kawasan Templer dimana tempat ngundi nyer kat Sekolah Ren. Bandar Baru selayang 2 nun jauh dalam hutan nuu.

                                           Saluran 2 ni cam ular anaconda panjangnya dek nonn...

One thing, walaupun akak dan hubby pegi pepagi, jalan nak masuk ke sekolah tu dah jammed sampaikan motor kapcai pun tak lepas.. So akak dan hubby bersama warga tua yang lain ber walkathon ko masuk ke dalam.. Setengah orang yang bertongkat tu sampai berpatah balik sebab tak  larat nak berjalan jauh. Amik korang! dah rugi satu undi...

Akak dan hubby kat saluran 2  (saluran ni utk warga emas kot sebab tengok muka memasing muka pencen jer) hik! hik!.Yang tak sedap tu, saluran lain sumer dapat tempat redup tapi kami ni disuruh berjemur dekat 2 jam ko akak bersauna dibawah terik matahari. Kenangkan malas menjawab kat bos kalau jari tak bertanda jer..kalau tak...dah lama akak join atuk yang bertongkat tadi...balik !


Anyway..sebagai rakyat Malaysia, akak dah jalankan tanggungjawab sewajarnya. Harap2 pemimpin yang akak pilih ni boleh melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jangan sok bila dah memang, ko tak turun padang!...tak ada makna nyer lain kali okayyy.

Friday, May 3, 2013

JOM KITA MENGUNDI!

Dekat nak pilihan raya ni berpinar bijik mata nengok perang poster yang menghiasi sepanjang jalan taman perumahan umah akak hingga ler ke pejabat.

Dalam pada tu, ramai lak wartawan tak rasmi ni sebuk interview sorang2 termasuk akak...Soalan cepumas! Ko ngundi mana?. Aku dengan senang hatinya memberitahu. Tapi yang tak gemor sket tu bila dia tanya..ko ngundi parti mana?

Heppp!!!bukan ke undi tu rahsia!.Apa plak nak digebang2 parti mana yang aku nak pangkah kan! kan! kannnn!!!!Sukati akak ler nak pangkah parti A ker..parti B ler...atau nak pangkah umah kecik cam citer Ali Baba ker. Tangan akak kan!

Lagi pun negara kita ni mengamalkan sistem demokrasi..pilihan ditangan rakyat.Kalu nak rakyat memilih anda sebagai pemimpin, pastikan anda punya sifat pemimpin yang sebenar. Dalam ertikata lain pemimpin yang membawa kebaikan kepada rakyat..bukan pemimpin yang cuma pentingkan isi perut sendiri.

Bukan senang untuk menjadi pemimpin ni...Di akhirat sok, kita akan ditanya apakah kita telah menjalankan tugas yang diamanahkan atau sekadar untuk mendapat pangkat dan darjat semata2. Jangan kerana gilakan glamour di dunia tapi sengsara di akhirat kelak ..

Ayuh kengkawan, pilihlah pemimpin yang benar2 bersih dari segala2nya. Menang kalah adat pertandingan..yang kalah, tetimalah ia dengan hati terbuka. Bagi yang menang pula, jangan mendabik dada dan lupa dengan janji dan manifesto anda! Selamat mengundi teman2!

SERONOK KER JADI ORANG CANTIK NIH?

Soalan yang tak reti akak nak jawab sebab akak bukan ler di pihak yang cantik..hik! hik!. Tapi kalu dibayangkan menjadi orang yang cantik ni susah gak kan... Iyer lerr kemana saja ader yang merati kita...

Kalau rope cantik cun melecun ni..ko kena seiringkan dengan tingkah laku yang sopan...lemah lembut giteww. Kalau rupa lawa sampai boleh buat jantan2 meleleh air liur  tapi perangai ko boleh buat dorang muntah pun tak guna gak kannn.

Kata orang, orang yang cantik ni selalunya perasan! Hish...tak baik tau cakap akak camtu! Ahaks! perasan sekejap akak cantik..hiks. Menurut kajian (Akak pinjam kata2 Dato Fadzillah Kamsah) selalunya orang yang tak lawa jer yang perasan dia lawa tapi tak lawa mana ppongg!!!  sekadar menggunakan daya tarikan berpakaian seksi yang ala2 tu sebagai modal. Tu pun tak berapa menjadi...Orang,yang cantik ni, ko pakai baju kurung pun, tetap terserlah kecantikannya. Tak yah buka-bukaan segala!

Bagi yang tak memiliki kecantikan seperti yang diidamkan oleh setiap wanita tu...usahkan bermuram durja yer...Tuhan dah derikan yang terbaik untuk kita sesuai dengan apa yang dikehendakiNya. Sesuatu yang tersirat itu mungkin mempunyai banyak kebaikannya yang tidak kita ketahui. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan..



Wednesday, May 1, 2013

LABOUR DAY YOU!

Seb baik ler akak tak keja sorang2 ari ni. Yer lah kan..pejerja yang berdedikasi ler katakan...sampai cuti pun tak sedor. Huk Alooohhhh! Nasib baik ler ada yang tolong ingatkan..

Hari Pekerja tu maknanya cuti ler kan tapi bagi aku ni sebagai sorang ibu dan isteri mithali tak der mende nyer semya ty. Tak keje kat opis tapi keja kat umah berlambak gak nak dibuat. Maka nyer..tak bercuti ler akak.

Pepagi mesin kain..dalam masa yang sama kemas umah..peh tu memasak untuk lunch. Sian plak kat anak bujang akak ni..teringin nak makan ayam goreng berempah. Tengah masak, sempat gak selang seli dengan sidai kain. Habih masak, akak trim rumput kat mini garden depan umah nuuu..Ingat kan nak ubah posisi pasu tapi memandangkan faktor umur tak mengizinkan...osteoporosis!  tak jadi u..kawan akak yang jauh lebih muda pun terseliuh urat pinggang...hiii jangan cari pasai yongggg....

Ingat nak window shopping  tapi huuby plak malehh katanya sebab penat baru balik dari kebun...Tu yang mengabihkan masa update blog ni...huhu...