Thursday, August 29, 2013

KEJAM TAK KEJAM DIA NI...

Ingat tak episode penyewa sengal akak yang tak bayor sewa dan api air umah tu. Dah akak settled kan dah... Settled? Ia lah ...akak suruh dia cari umah lain yang boleh bagi dia bertanggak free sampai mati situ? Kalau ada ler yer....tak pun dia yang mati kena hempok dengan tuan umah. Aku ni ler masih ada peri kemanusian bagi tempoh sampai lebih seminggu dia dok free.
 
Tapi memang ler penyewa satu ni memang dasar bangsat punya orang...Sorry ler yer, akak ni dah terkeluar perkataan yang tuttttt gitew. Mana tak nyer...dah ler sewa tak bayar sekali dengan api air...dia boleh tinggal tv buruk dia yang dah rosak dan sofa cabuk dia kat depan umah aku. Memang mak bapak dia ni tak penah ngajor anak berhemah kot! Beranak jer pandai! Amik ko!
 
Bagi blogger2 kat luar sana yang berhajat nak menyewakan umah..kalu korang ter cross ler nama hantu jembalang dan jin Tanah laki bini ni yang bernama Azrul dan Ros (nama bunga harum gitew tapi buat taik) jangan ler kome amik risiko menyewakan rumah pada 2 ekor ni.
 
Lain ler kalau korang memang nak buat rumah kebajikan (welfare) boleh ler mengalu2kan jin dan jembalang ni sebab memang spesis ni jenis papa yang tau nak bergaya tapi sebenornya hamprak!

Monday, August 26, 2013

PERSIAPAN KE BANDUNG!

Sekarang ni aku dok menghitung hari dan detik...rasanya lambat nau masa berlalu walhal pagi dan petang tu sama jer..

Naper? Teman nak makan angin kat Indonesia. Kalau dulu akak ke Medan, sekarang ni akak nak shopping giler2 kat Bandung plak. Ksta orang tu 'Syurga membeli belah'. Kalu shopping tak menyedorkan diri ..dah sah2 ko terbelah (pokai) ler namanya!.

Awal2 dah tukar duit rupiah ko...jutawan segera akak. Duit rupiah tu cuma 10 juta jer tapi akak stand by duit RM kot2 tak cukup. Baik hati money changer kat Subang Skypark ni..siap bagi special rate lagi . Yo lah..famous nama aku dok selalu nau tukar duit matawang asing dengan dia...bagi pihak syarikat. Kira amik kesempatan jugak ler tu..

Emak dah awal2 pesan kain batik jawa dia. Aku dan hubby memang tak boleh nak bezakan yang mana satu batik jawa sebab aku sendiri tak reti pakai kain olls..'Jangan plak belikan mak batik lepas yang panjang tu' amaran keras tu...Telekung dia jer dah boleh bukak bisnes telekung, ada hal nak order sampai 2.

Aku reject sebab nak bagi peluang kat adik beradik lain nak memesan. Dengar citer...Air Asia cuma bagi 8kg seorang berbanding 13 kg cam dulu. Lorr..sket jer lah tangkapan aku nanti.... huhu c banyak benor ler duit tu..Takut nanti..peginya bergelar jutawan..balik Malaysia....muflisan..Tu yang tengah buat list barang yang perlu dibeli jer...Boleh ke aku ikut belanjawan ni nanti yerk....???

Tuesday, August 20, 2013

ALASAN TAK MASUK DEK AKAL!

Kata omputih..If youwant to cheat..cheat smartly!. Sebabnya kalu korang kantoi..malu wehh!. Unless muka ko macam muka tembok..memang ler kena maki pun tak rasa apa kannn...

Ni antara alasan yang tak boleh di terima pakai oleh seorang penyewa aku yang memang liat bab bayar sewa

1.  Sekarang ada kat kampung.  Mak aku yang tak reti IT pun tau ada
      internet banking. Lagi pun ATM kat mana2 pun ada..apalagi bank.

2.   Dia masuk spital plak..sebab tu tak leh gi Bank.
      Kalu dia masuk spital pon, tak kan laki dia tak leh nak buat. Dia
      leh suruh aku tunggu wife dia discharge dulu. Masalahnya sewa
      dia tu.dah tertunggak masuk 3 bulan dah. Macam2 janji dia bagi
      tapi semuanya janji kap lam ya nga!

3.   Dah buat citer plak, umah dia kena pecah masuk.
      pasal tak bagi tau jer..kepala dia laki bini pun pecah gak!!
      Pembohong tahap gaban! Dia leh kata barang byk ilang tapi
      herannya tu rumah takder plak kesan pecah atau dikopek dek
      orang. Hish!! ilang sabar aku dgn perangai tenant sorang ni.

Sebelum jantung aku ni meletup cam gunung berapi..I must do something ni...Dia belum tengok skill aku kalau marah orang lagi nih...

Sunday, August 18, 2013

HUJUNG MINGGU YANG BZ...

Hari ni jadual akak agak pack jugak ler. Pepagi lagi dah bergegas ke Taman Permata untuk dentist appointment baby.

Habis jer appointment tu..kami pegi plak ke Shah Alam untuk urusan tenancy agreement untuk apartment kami di sana. Alhamdulillah rezeki makin murah. Tengah jalan tadi..masa di traffic light, ada ler sorang hamba Allah ni minta derma dengan menjual tisu. Time tu aku cuma ada duit pecah sebanyak RM2 jer. Tapi atas dasar simpati sesama manusia..aku berikan juga. Sapa sangkakan....sedekah RM2 tapi Allah gantikan dengan RM2,000 lebih....Syukur atas rahmatMu...

Balik dari Shah Alam plak, my sister inlaw kat Rawang call nak datang beraya dengan anak menantu. So mintak tolong hubby gi NSK jap beli barang2 mentah untuk buat mee kari. Sempat gak tu dan akak senyum sampai telinga bila dorang puji mee kari tu sedap. Buktinya...abang ipar teman tambah makan!..

Saturday, August 17, 2013

AKU RINDU SERINDU2NYA..

Banyak benda yang aku rindu dan impikan agar ianya dapat aku ulangi semula kenangan indah tu.

Rindu suasana raya di kampung halaman
Giler tak rindu ko!...Raya ler..kesempatan untuk kami berjumpa sanak saudara yang bz dengan hal memasing. Tapi aku tak rasa kenangan indah tu dapat aku lalui semula. Semua yang indah tu berubah sebaik saja Abah tiada..dan ianya cukup memberi pengajaran kepada aku. Bukan semua budi yang ditabur tu di balas dengan bunga....Malas dah nak fikir benda ni...

Rindu nak buat Family gathering cam dulu.
Paling seronok bila kami adik beradik konvoi gi Langkawi,Penang beramI-ramai dengan ipar duai.Nampak sangat yang arwah abah seronok sangat masa tu...

Rindu dengan zaman persekolahan dulu.
Ni memang tak mungkin akan berulang punyer..tapi penah teringin nak menyarung kembali uniform sekolah dan mengulang kembali zaman kenakalan dulu2. Nakal tu idok ler cam bebudak sekarang tapi aku dulu lasak mengalahkan budak jantan lagi. Rindu nak bertemu rakan2 sebaya. Kalaukorang kenal atau jumpa aku kat mana2 pun...tegur lah yer...


SETIA HUJUNG NYAWA

Bukan drama atau wayang gambar tapi ini adalah cerita benar yang aku tonton kisah seorang suami yang setia menjaga isterinya sehinggalah isterinya meninggal dua akibat sakit yang dideritai sekian lama.

Bukan semua lelaki yang bergelar suami sanggup berkorban demi menjaga isterinya yang terlantar sakit malah isteri yang sihat pun ditinggalkan hanya kerana dah berjumpa yang lebih berkenan di hati.

Tah naper tetiba aku sebak dengan cerita tersebut.. Terbayang juga aku, sekiranya aku di timpa musibah yang sama...setiakah suami aku untuk terus menjaga aku hingga ke akhir hayatku?

Berbahagialah kamu wahai kaum Hawa yang dicintai suami selamanya...setia hingga hujung nyawa...Muga aku adalah salah seorang darinya.....

Friday, August 16, 2013

DAH KEJA DAH!

Huhhhh....malas jer rasanya nak masuk ofis yerr...Lain dengan aku ni sebab aku excited nak gi ofis utk menyudahkan kerja2 yang terbengkalai. Jalanraya lengang dan apalagi aku pecut ala F1 (hik! hik!..idok ler...laju..110 jerrr..lupa sekejap opss raya masih berlanjutan sampai 15hb. Jangan main-main Yonggg...kang dapat love letter dari abang trafik....
Bukan jalanraya jer lenggang ..ofis pun cam sunyi sepi..Depa masih nyambung cuti, continue makan lemang sampai tak hinggat nak balik. Jangan lepas raya kome sambung cuti di spital udah ler yer...jaga kesihatan tu..ingat puasa sebulan tapi nafsu untuk makan tu kena ler control sket.

SEPAGI DI IMIGRESEN SENTUL

Punya ler excited giler nak bangun pepagi ari ni. Ni sumer gara2 nak mengejar masa nak mendapatkan nombor awal kat Jab. Imigresen ler. Today..aku hubby and baby nak renew passport coz Sept ni kalau tak der aral nak gi Indonesia. Bandung maaaa....

 Frust betul bila pegi kat Imigresen Wangsa Maju..tutup ler plak hari sabtu ni...Nasib baik ada Aso kat situ suruh kami pegi ke Sentul.  Ya Ampunnnn...ramai nyer makhluk yang nak gi oversea ni..dari jam 9 pagi lebih kurang..sat ni dah kul 12.30 tengahari, nombor pun tak panggil lagi..huhu.

Sementara tengah menunggu ni , sempat gak akak update blog ni. Mata ni..jangan citer arhh kuyu semacam lepas pekena nasi lemak dan nescafe ais tadi. Dah cam nak baring jer atas lantai sejuk kat sini...
Hubby aku lagi ler..dah cam badan dia tu dah tumbuh duri landak..tak leh dok diam, kejap duduk..kejap bangun..paling bengang tu bila dah tak der keja, dia dok mengurut belakang aku plak..Huh!  rajin tak kena tempat orang tua ni...

Tengah pasang angan2 ni..apa nak shopping kat Bandung nanti....berapa nak di "laburkan" ke sana. Jangan aku melopong bila balik Malaysia nanti udah..

Complete everything dalam pukul 3 lebih...Seharian ko...pakal ler aku nak fly wehhh...

Monday, August 12, 2013

SIKAP PEMANDU MALAYSIA DI JALANRAYA

Kalau bercakap tentang kerenah ataupun sikap segelintir pemandu kita di Malaysia ni memang tak dapat dinafikan ianya perlu ada pendekatan yang lebih menyeluruh.

Kalau sebut pasal kempen, rasanya setiap kali ada perayaan, tiapa kali tu jugalah ada ops jalanraya yang akan memantau pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan. Tapi nampaknya undang2 di Malaysia ni tidak begitu berkesan buat pengguna jalanraya yang merasakan diri mereka kebal undang2.

Contoh ketara yang dapat aku lihat tentang sikap mereka ialah ketika berlaku kesesakan jalanraya. Laluan kecemasan ataupun di panggil bahu jalan tu merupakan altenatif mereka untuk memotong. Bila lorong kecemasan yang biasa digunakan penunggang motosikal dipenuhi dengan kereta dan lori, pengguna motosikal ni plak trpaksa menggunakan laluan di celah2 kereta yang ada di yengah jalanraya.

Apa yang aku perhatikan, diaorang ni tak sket pun rasa bersalah malah cam bangga dengan sikap kurang ajar yang ditunjukkan apalagi ketika memandu dengan kereta mewah. Berapa sangatlah kLU kena  saman pun kannnn....??? Bayaran saman sebanyak tu "celah2 gigi" jer bagi dorang yang punya duit ni. Tapi bagi yang tak mampu nak bayar saman tu, perasaan bangga yang super bangang tu jer ada dalam diri dorang ni.

Apakata penggunaan AES tu bukan hanya ditumpukan pada pengguna yang bawak kereta ala pelesit hutan ni sebaliknya dipasang untuk pengguna jalanraya yang memasuki lorong kecemasan

Sunday, August 11, 2013

MEH KITA KITAR SEMULA

Bukan nak bersyarah atau nak berkempen tapi cuba korang fikir dan renung2kan apa yang nak aku katakan...

Seperti kebanyakan surirumah yang lain..aku pun tak terkecuali membeli barang dapur di hujung minggu. Tiba kat kaunter bayaran, baru ler aku perasan yang hari ni hari tanpa plastik (kata budak kaunter tu). Habih tu aku nak bawak dengan apa barang
2 yang bertimbun ni?. Budak kaunter tu jawab yang plastik akan diberi tapi kena beli.

Tak kisah ler bab beli plastik beg tu tapi kelakar plak aku rasa kempen yang cam tak masuk akal ni. Kalau betul2 nak berkempen, apa kata korang implement betul2. Nape tak kempen kitar semula bab penggunaan plastik ni hanya pada hari Sabtu jer..tu pun tak menyeluruh..Maksud aku...dah bertukar kepada kempen jual plastik bag plak.


Tu satu hal la jugak...yang aku heran tu, naper tak dihapuskan terus penggunaan plastik ni?. Bukan ker boleh diganti dengan karung kertas cam kat oversea pakai tu. Lebih mesra alam gitew dan tak payah nak pening kepala memikirkan camner nak melupuskan beg plastik tu kan!

Saturday, August 10, 2013

FROM KL TO PERAK ...

Hari ni dah masuk raya ke 4! Maka seperti yangdijanjikan, rombongan cik kiah berangkat ler menuju ke Felda Lasah di Sg. Siput Utara demi memenuhi undangan dari uncle aku yang akan melangsungkan perkhawinan anak lelakinya.

Cam biasa ler...dalam adik beradik ni, aku ler diantara mangsa yang dijadikan wakil adik beradik yang lain. Tak ngape gak sebab ni 1st time aku pegi umah dia. Memandangkan dia merupakan uncle yang masa mudanya sporting dan rapat dengan emak, maka aku sanggup meluangkan masa menjenguk dia.

Ikutkan tak sanggup aku nak meredah jammed dan melalui petjalanan yang jauh ni..tapi fikirkan bila lagi nak jumpa kan? Kebetulan time raya plak..on jer lah. Lagi pun supir aku si Abang nidengan rela hati drive bagi pihak bondanya yang nak ngelat ni. Hihi....

Doakan muga rombongan Cik Kiah ni sampai dengan selamat yerk!.

Sunday, August 4, 2013

BERAYA DENGAN SOFA BARU WEH!!

Raya tahun ni cam tahun2 lepas gak cuma nyer tahun ni lebih bermakna sket sebab beraya dengan sofa baru!. Semalam aku and hubby usha satu kedai perabot Empire kat Shah Alam . Kelassss mak....Empire gitew ko...!

Harga yang ditawarkan tu mmmphhh....(telan air liur jap) boleh tahan ler... Tak tahan pun kena kata tahan gak sebab cantik bangettt. Aku try gak mintak free gift tapi dia cuma bagi tea set yang reganya RM750.

Hubby aku dah tak nak bangun dari kerusi tu..endak ler tuuu..lagi ler salesman tu dok menabur "racun" kat dia. Untung dia bwk accountant dia ni..hihi! Aku cakap kat salesman tu nak fikir dulu. Sok aku contact dia.

Balik  umah jer, anak aku si Abang ni gigih search kat internet branch Empire yang terdekat dengan umah..Ampang!  Memang nak jadi rezeki kami, jumpa sebijik sofa yang sama yang reganya lagi rendah dari yang kat Shah Alam tu. Aku siap mintak free gift tea set dan...ada DAN lagi tu...sebuah lampu sisi warna keemasan gaya lampu Aladin.

Salesman tu plak letih dengan desakan aku..akhirnya menyerah gak...ala dah nak raya kan..apa per salah ko bagi free gift terlampau sket. Sesuai dengan rega nyer kannnnn..

Tak sabor nak raya dengan sofa baru...Yeeeeehahhhh!!!!!

Friday, August 2, 2013

SELAMAT BERSHOPPING SAKAN!

Apa lagi keja orang pompuan ni kalu tak shopping. Macam irama dan lagu yg tak leh nak dipisahkan. Jujur aku cakap ni..perkara paling best ialah shopping...tu salah satu terapi minda gak tu.

Tapi apa ke jadah terapi minda nyer kalu dah nak bernafas pun tersekat2  gara2 orang yang terlalu ramai . Tu tak masuk lagi bab bau "keti@# nyer yang boleh buat terbalik idung ni...Tu yang paling tak  suker bab shopping  tempat sesak ni.

Tapi cam tu baru ler ada aura hari raya kan!  kan! kannnn.Cewahhh! banyak ler ko punya
aura...sampaikan rasa cam nak tumbang dibuatnyer. Heran nyer..mak cool jer sambil mata liar memandang baju2 yang dijual kat situ. Mak ni bab shopping memang sihat walafiat..tapi once masuk jer keta..baru dengar dia mengeluh yang tulang pungkuk dia sakit..Aikkks baru rasa sakit yerrr...tadi tak nyedorkan diri.Keh! keh!

Disamping korang bershopping tu, harus hati2 sebab kalu leka...orang lain plak shoping purse korang dalam handbag tu kang. Masa ni ler penyangak ni nak dapat side income. Menangis tak belagu wooo kalu ko susah payah cari duit..orang lain yang senang belanja.

Thursday, August 1, 2013

REZEKI HARIRAYA UNTUK ANAK-ANAK

Untung sabut timbul tapi untung manusia??? Cam aku ler..hihi! Nak habaq berita gumbira nih. Rezeki yang datang dalam bulan puasa. Biasa ler kan..dalam bulan puasa dan menjelang raya ni, ramai yang rajin menghulur tangan memberi sedekah.

Company tempat keja aku ni berbesar hati memberi wang hariraya untuk anak2 staff. Untung ler sapa yang anak ramai kan...aku ni 2 kerat jer. Alhamdulillah...CEO kami bagi lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Sukerrrrrr!!!!

Tak cukup dengan duit raya, dia bagi plak kuih raya beserta  kek lapis Sarawak. Alahai... beruntungnya kami dapat bos yang sentiasa mengingati kebajikan staff2 nyer. Tambah teruja bila dapat lagi duit raya dari bos dari Finance Department kami. Syukran.....

Thank you gak buat akak senior kat sini yang bagi personal duit raya dia untuk anak-anakku. Muga kalian murah rezeki dan di rahmati Allah belaka. Insya Allah ..aku juga teringin bersedekah cam kalian sekiranya punya rezeki yang melimpah ruah suatu hari nanti.

Tak ketinggalan hamper kuih raya yang dah aku bawa secara beransur-ansur balik...Thank you lah kat semua yang memberi tu yerrr....Sayang koranggggg!

DUGAAN DI BULAN PUASA

Korang penah dengar tak peribahasa "lebih sudu dari kuah" ermmm....lebih tepat lagi pepatah "kaduk naik junjung". Eh kalu aku bukan kamus Dewan ni, banyak ler peribahasa yang boleh aku gambarkan tentang makhluk Tuhan sorang ni.

Mula2 masa nak sewa kedai aku dulu, dah nampak perangai sogeh minah ni tapi hubby aku terima gak dia.Rupa ramalan ku benar belaka ( cam lirik lagu plak).

Kedai tu aku buat bilik air baru untuk dia. Boleh plak dia minta robohkan...tak mau pesen camtu...nak ikut pesen tengkorak dia jer. Tu tak per lagi...bab sewa ni dia buat kita cam peminta sedekah plak. Tiap kali nak remind dia..dah tu boleh plak suka suki bayar ikut cita rasa dia...bayar RM300, peh tu RM350....sampai ler habih sebulan sewa. Ingat kedai aku u courts yang ada monthly instalment ke haper??. Boleh plak dia cam marah bila tiap kali minta sewa. Dia tuan rumah ke atau aku..? Atau minah ni ada penyakit kecelaruan akal fikiran yg tak reti nak bezakan penyewa dgn pemilik!


Ni buat hal plak, pandai2 potong sewa kedai aku sebab dia nak buat lesen plak plus duit under table yg dimintak orang dlm yang ala2 lintah darat yang amik kesempatan ni. Aku tak peduli ler dia nak bagi under table ke atau underware dia sekali pun. Aku tak nak bersubahat tapi suka2 minah ni nak potong duit sewa aku sebab benda ni. Kang dengan ko2 sekali dengan lintah darat tu aku seret nanti. Mau ker?

Ni tengah istighafar menyabarkan diri sendiri ni....