Wednesday, November 20, 2013

REZEKI MUSIM CUTI

Alhamdulillah rezeki cuti sekolah ni ...apartment aku di Best Western Prima Inland silih berganti orang booked. Mau tak happy aku ko...Dulu hubby aku kata tak yah ler nak buat-buat iklan bagai..bagi adik beradik dan sedara mara jer guna. Tapi otak bisnes aku ni lain sket.. Since dah beli umah kat taman tema air tu..naper plak aku tak boleh nak utilised sepenuhnya kan?

Dengan usaha gigih aku ni, aku iklankan blog aku http://cutisantaibestwestern.blogspot.com ni ke facebook. Alhamdulillah...cepatnya berita ni tersebar..


                                          Unit apartment aku betul2 berdepan Pool view ni.

Sekarang ni aku tengah bercadang nak upgrade sket bilik ni termasuk perabot dan juga peralatan di dalamnya. Semuanya untuk keselesaan pengunjung gak kan.

Pada sesiapa blogger kat luar sana yang berminat nak sewa apartment aku ni..silakan ke blog di atas tu atau call ajer hp aku 012-3492710.

Anytime aku akan reply.....

KAWANKU...LAWANKU....

Penah tak korang dengar ayat cenggini...

"Aku lebih rela berhadapan dengan orang yang membenciku dari kawan yang baik dihadapanku tetapi memusuhi di belakangku."

Makna kata lebih kurang gini ler yer...Orang camni depan kita bukan main baik..tapi di belakang kita, rupanya macam-macam fitnah dan cara digunakan untuk menjatuhkan kita. Sapa kata zaman sekarang ni, tak der orang macam ni. Bertambah ramai lagi sebenarnya...

Seboleh-bolehnya dia tak mau tengok kita ni lebih dari dia...tak pun sama cam dia. Korang rase orang camni 'Psiko" ker?? Iyer lah...kengkadang nampak baik sangat, caring sangat tapi tiba time angin kus-kus...masam mencuka semedang. Yang tak tahan tu, siap sindir menyindir lagi tu. Mata tu jangan citer ler.. menjeling, menjeling cam lagu S.M Salim plak.

Nak kata aku ni lawa dari dia....yerlah kut...(huhu...perasaan yang perasan dah bermaharajalela dalam kepala akak ni. Naper aku cakap camtu??? Sebab setiap kali dia dengar orang memuji aku...nampak nau ler muka dia cemberut semacam..(dengki ler tu).

Kengkadang tu tak faham ler naper aku jer yang dia target walhal orang lain lagi banyak benda yang boleh dia dengki kan...naper aku???Why me!!!

Yang aku heran tu, ada plak suporter (tukang bodek) dia yang layan sikap dia tu. Tah apa lak agaknya yang dia citer yang menyebabkan suporter dia pun siap tambah lagi gula dan garam nyer...

Korang rasa, aku perlu ke layan sikap orang cam ni atau confront dia dan tanya apa sal dia cam tu?. Aku rasa tindakan aku ni betul dan tak merugikan sapa-sapa malah tak jugak menyakiti hati dia.

Pelan-pelan aku jauhkan diri dari dia. Rasanya itu lebih baik kerana aku tak perlu dengar sindiran sinis dia tu. Aku ni kan ke manusia biasa bukannya malaikat yang boleh menahan sabar sepanjang masa. Buruk nau muka aku ni kalau marah!

Thursday, November 14, 2013

PRIMA INLAND SEA RESORT PD

Lama tak story pasal apartment aku kat sana. Dulu nama tempat ni Tiara Beach Resort tapi sekarang ni dah diambil alih pengurusan baru. Tak ong kut ..profit tak masyuk sebab hutang sewa apartment kami dorang tak bayar sampai sekarang...

Now..tak nak pening kepala, aku urus sendiri, profit pun aku dapat sendiri. Apartment aku ni kat 1st floor mengadap pool view tempat replica sotong tu.Senang lah kalu korang anak bawak anak-anak kecik..Dari apartment tu pun korang boleh tengok dorang main air.


Apartment aku ni bentuk studio means tak der bilik...Masuk jer bilik, terus nampak kitchen, peh tu 2 single bed..Sebelah tepi dia plak ada living hall tempat korang leh duduk tengok tv dn berehat2 di atas kerusi. Apartment aku ni di antara studio apartment yang terbesar di Prima Inland ni.


Memandangkan apartment ni unit persendirian,makanya tiada disediakan breakfast dan juga housekeeping.Di PD ni, banyak restoren makanan terutamanya medan ikan bakar yang terkenal.
 
Ni suasana malam kat sana...romantic gitew...
 
Sewa? Hah ni nak citer kat korang!. Sewa unit pesendirian ni jauh lebih murah dari korang sewa kat management tu sendiri. Tak caye..cuba ler survey dan bandingkan dengan harga aku yang murah ni..Atak tipu punyer...
 
                                            Ni ler suasana apartment akak,  dek non....

 
Hari biasa (Weekday)      - RM120.00
Hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Public /School Holiday   -   RM150.00

Kalau sapa2 blogger yang berminat nak sewa dengan akak...silakan mendail No HP: 012-3492710. Kalu lebih dari sehari...akak leh kasi discount..tak de hal punya...

LUNCH BERSAMA LALAT!


Bercakap pasal kebersihan ni..nak habaq la kat hampa semua kat luaq sana...Kalu hampa pi makan kat luaq...kedai camna yang jadik pilihan. Of coz ler sumer nak cari kedai yang bersih kan.

Cam sat ni..kami gi lunch kat café satu ni. Nampak cam ada kelas ler berbanding dengan makan kat bawah pokok cam selalu tu...Berikut ni beberapa kelemahan yang aku rasa boleh atau KENA baiki..If not...boleh gulung tikar aku rasa café ni..May be sebab tu aku rasa tak ramai orang yang masuk...

1)     Service very the lembap gitew...Makanan dah sampai dan dah habis tapi airnya tak sampai2.
         Kalu buatnya kawan aku tu tercekik tak ke nanya...

2)     Ni yang paling aku tak tahan...Lalat! macam café menternak lalat plak rasanya!. Bukan sekor
        dua tapi dah beterbangan sana sini. Dah tu dorang letak lilin yang cam bau serai plak sampai
       naik sesak nafas aku. Bau dia udah cam minyak urut masa aku bersalin dulu jer..

Rasanya kalu aku pegi kedai yang ala-ala bawah pokok tu lebih sedap dan tak der ler cik lalat ni dok
buat penerbangan ehsan kat makanan ko. Untuk menarik pelanggan, selain dari rasa makanan yang dihidangkan, peniaga harus ler menitikberatkan kebersihan juga..

Tak pun..ko bagi raket badminton yang boleh bunuh lalat tu kat pelanggan kedai ko! Bereh bo!

TUDUNG BERFESYEN-FESYEN

Nahhh...tu dia!. Semalam akak berkesempatan berjalan2 ke pasar malam. Lama rasanya tak pegi tempat meriah camni. Sajer nak meninjau barang2 jualan kat situ...

Dalam banyak-banyak tempat tu, aku tersangkut kat tempat tudung..Tengah excited nak tukar penampilan ni. Cewahh!...idok ler over bebenor, tinggal lagi boring la kalu ari2 fesyen yang sama jer. Macam-macam ko jenis tudung yang dijual. Udah mengalahkan boutique jer kekdahnya.

Tudung half moon (aku punyer warna grey)
                                                          (credit to Anggunzara.com)

Shawl
                                                     (credit kepada Neng geulis.com)

Banyak lagi sebenarnya fesyen tudung ni. Tinggal pilih yang mana berkenan dihati jer...Yang pasti, sumernya cantik2 dan ada keistimewaan tersendiri...di tambah dengan empunya yang mengayakannya jugak. "Macam cantik jew...Macam sweet jerrr..." Akak suka ayat ni....

Sunday, November 10, 2013

KAJI PERSONALITI ANDA

Korang rasa boleh percaya ker dengan kajian personality seseorang menerusi jenis darah diaorang. Ta kisah ler betul ke tak tapi just nak share dengan korang benda ni jer. Betul atau tidak...sendiri mau ingat la yerk.
 
Aku tak tau ler korang camner tapi bagi aku yang berdarah jenis 0 ni...bila baca jer info ni rasanya tak berapa betul kot...Bab penyabar tu...aku ngaku ler yer..that one 100% tak betul!. Aku ni idok ler idola yang perlu dicontohi bab2 kesabaran ni...cepat panas baran rasanya.
 
Lagi satu bab kuat cemburu...heyyy tak kuasa akak!. Tapi ngaku gak ada sifat cemburu tapi tak ler cemburu melulu. Gila ko tak cemburu kalu dengar laki ko nak dicaras! Nak plak yang mencaras tu pompuan pisau cukur!!
 
Ego?? Ni pun rasanya tak sepenuhnya tapi bertempat gak ler kalu aku ego pun...Tak kan nak merendah diri manjang kan. Ada masanya aku perlu menegakkan pendapat aku jugak kan?
 
Ketua dalam kumpulan? Memang tidak ler kan...aku ni suka di belakang tabir jer...Lantak korang ler nak berebut jawatan..janji keja aku yang disuruh buat tu selesai...Tapi dalam adik beradik, secara tak langsung aku ni dah jadik cam ketua plak sebab adik2 aku kebanyakannya rajin refer kat aku dalam apa jua hal, Mungkin sebab aku ni kepoh kot dan rajin berleter kat dorang...
 
Kuat berusaha! Tang ni aku setuju sesangat..Setakat ni, aku belum putus asa lagi. Selagi apa yang aku target tak kesampaian, aku akan teruskan jugak usaha aku.
 
Secara kesimpulannya...ni cuma kajian..belum ada bukti sahih pun...samada ko darah jenis apa sekalipun..pesonaliti ko tu ko sendiri yang perlu bentuk kan...

GILA BERSHOPPING ONLINE!

Shopping tak habis-habis!. Itu ler dia namanya pompuan kan...bukan boleh Nampak benda yang cantik sumer nak grab kalu boleh...Nak plak time sale!.lupa diri semedang.. Aku ler tu...(ngaku sesiap).
 
 
Tapi masalah besor aku ni, buat masa sekarang tak de geng nak di ajak bershopping. Sumer adik beradik dan ipar duai beranak kecik...Sedeyyy sangat...Nak ajak hubby ok jer..tinggal lagi tak seronok ler ngajak orang lelaki ni shopping sebab taste dia tak sama dengan aku. Kengkadang tu, asal aku tunjuk jer baju yang nak dibeli sumer cantik di mata dia. Entah betul entah tidak sebab aku penah test dia, tunjuk satu baju ni yang kaler dia memang tak semenggah..dia boleh kata cantik! beli! beli!. Opah aku pun kalau di bagi free baju tu tak nak dia pakai ko!
 
 
Maka aku pun mencari altenatif baru bershopping iaitu ONLINE jew. Ko pilih jer fesyen apa ko nak, kaler apa ko mau...tekan je button keyboard tu. Tak yah lenguh2 kaki berjalan, berpanas berhujan bagai...baju ko sampai cam iklan zalora yang menjerit sakan kat pintu tu...(Aku tak ler cam tu..tinggal lagi terkinja2 suker baju dah sampai) huhu..
 
 
Tapi ...ada tapi nyer yer...dalam kebaikan bershopping online ni ada gak keburukannya. Saiz baju! Kengkadang tu ko rasa baju tu cam muat jew expecially bagi tubuh montok2 ni kan...Cam aku ni..masalah saiz tu buat masa ni still okay tinggal lagi kaler baju tu lari sket dari yang dalam iklan dia. (Ni sebab penataan cahaya masa gambar tu di ambil).
 
Apapun.sebelum beli tu, get the info dari penjual tu supaya korang tak tersalah beli yer...

Friday, November 8, 2013

NAK GLAMOUR?

Tak faham aku dengan sikap bebudak sekarang ni yang suka nau post gambar kat youtube. Kalau citer best tu tak per gak ...boleh dikongsi bersama. Idak gitew?, Ini yang cam rasa nak muntah pun ada...bila deme post gambar dan aksi merapu dan cakap benda melalut ke laut peginya.

Terjegil-jegil depan computer dengan mulut udah cam muncung itik. Lawa nau ke perasan dia tu???...Aksi yang semacam tu..anak sedara aku yang umur 7 tahun pun tak sanggup nak post kat FB atau youtube tau!. Ni tak tau ler aku, apa motif budak tu post gambar mengong camtu...

Tapi amik jer lah dari sudut positif la yer (walaupun tak ada makna nyer positif ko tu) . Sajer depa suka-suka dan mencari publisiti gitew... Yang heran aku tu..ada plak pengikutnya yang mengong gak buat parody kononnn. Geli ketiak aku tengok mende2 tak semengah camtu..Tapi apa nak dikata kan..zaman aku remaja dulu tak sama dengan zaman bebudak sekarang..

Anyway pada blogger2 kat luar sana yang rasa2 nak buat aksi terlampau yang cam nak bagi penampau tu...fikir ler 100x sebelum korang buat camtu yerk. Bukan apa..buruk benor ropenyerrrrr....

BUAL-BUAL KOSONG

Ikutkan hati memang aku dah post kan gambar2 dan citer trip aku ke Jakarta dan Bandung minggu lepas tapi kesibukkan kerja yang tak sudah-sudah menyebabkan aku tangguh buat sementara waktu. Bior ler suspen sket yer tak??

Arghh Bandung lagi??? Eikkk!! Sukati akak ler..Duit akak kannnn....Ada aku minta duit sapa2?? Tak derr kan..Bukan sponsor dari sapa2 tapi dari duit poket sendiri okay...Tak main ler mintak2 kat sugar daddy bagai sebab akak pun dah ada sugar kat umah...lebih2 sugar ni boleh potong kaki ko....

Nantikan kemunculan citer akak nanti yerk... Sekurang-kurangnya boleh jadi panduan kat korang kalu teringin nak travel ke sana...Memang happening dikkkk......