Monday, January 27, 2014

CUKUP-CUKUP LER TU YER....

Apa khabar semua...mesti korang tengok AJL ari tu kan? Aku bukan ler nak mengulas pasal persembahan AJL tu tapi sedikit tentang mutu pakaian artis-artis Malaysia yang rasanya makin terok dan dah sampai tahap yang memalukan..
 
Rata-rata artis yang datang tu memakai pakaian ala-ala barat dan totally di mata akak ni memang tak sesuai ler langsung dengan sifat ketimuran dan tatasusila korang yang kebanyakkan nyer tu beragama Islam.
 
Serius ko..akak paling geli bila tengok gelagat artis yang cam tak sedar usia mereka dah meningkat dengan mengenakan pakaian yang tak sesuai dengan usia dan bentuk badan. Nampak selulit kat betis dan tempurung lutut dan "ketul-ketul" yang sepatutnya hanya untuk tontonan sang suami jer. Kalau artis yang tak kahwin tu...pun akak  tak sanggup tengok malah tumpang rasa malu sebab korang dah menunjukkan sesuatu yang cam nampak "expired" gitew. Kalau tak percaya baca jerlah komen-komen yang di tulis peminat tu.
 
 
 
Semua tu bukan hanya sekadar kutukan tapi peringatan yang mungkin artis kat Malaysia ni terlepas pandang. Jangan mudah melenting dengan kritikan mereka kerana anda patut bersyukur di beri peringatan ketika "leka" dengan mainan dunia...Ingat bahawa peminat meminati anda bukan kerana imej seksi yang di pamerkan tapi bakat anda.

Saturday, January 25, 2014

TAK DER APAAA...

Korang penah tak ada pengalaman yang sama cam aku ni?.Nampak geng-geng berkumpul dan berborak sakan..bila aku datang..of coz ler aku excited nak tau apa yang dibincangkan. Tahu apa jawapan dorang?. Tak der apa..

Ek eleeehhh...berborak rancak tom tam! kalah menteri bersidang di Parlimen lagi..alih-alih tak der haper kata ko?. Habih...yang aku dengar dan tengok reaksi ko yang penuh perasaan bercerita macam nak terkeluar bijik mata tadi tu apa yek?. Opera bisu koooot...

Insiden cam ni tak habih di sini...omak den kat umah pun suka cam ni gak. Bercerita sakan dengan adik aku..bila ditanya..selama jer dia jawab..tak der apaaaa.Cukup tak gemor teman!

Agaknya dia pun faham bila tengok muka aku kelat cam peria.So jawapan yang dia bagi ialah,  'Aku ni bukan nyer kaset nak diulang2'..
Lorrr..tu ker sebab nyer....Tapi aku tetap tak suker ayat macam tu. Naj tau naper?. Ummmph...tak der apaaaaa.. hik hik terkena!

Tuesday, January 21, 2014

I SUKER IKEA

Nak share dengan korang pengalaman aku cuci mata kat IKEA dekat The Curve..Aku ni jenis buta jalan..jadik mengharapkan kengkawan ler tukang membawak ke sana sini. Sanggup jadik drebar demi untuk ke sana.

Apa ada kat sana?. tu mesti soalan femes yang kuar dari mulut sapa2 yang tak penah pegi tapi asyik dok asyik mendengar orang bercerita tentang IKEA kan?. Macam-macma ada dek noon...akak pun teruja pada mulanya. Dari perabot. permainan kanak2 sampai ler kepada peralatan hiasan umah.


                                                         Dapur idaman akak nih...

Bagi akak yang dah berumah yang tak bertangga ni..of coz ler suka nau pegi department hiasan umah cam cari cadar, langsir dan hiasan rumah. Perghhh...terbeliak dik bijik mata..silap haribulan tak balik ko dok berejam2 kat situ.

                                               Cantik kan frame dia..murah plak tu...

Paling akak suka tempat makan dia...meatball dia sedap!. Tempat makan pun selesa sangat. Try ler satu ari nanti korang gi jelajah tempat ni.Sure puas hati punyer. Ummmph sapa volunteer nak bawak mama nih???.

Friday, January 17, 2014

PERANCANGAN HARI TUA ANDA.

Tajuk skema sungguh! Cam tajuk forum plak. Tapi serius blogger semua. Diam tak diam, kita hampir melangkah ke usia matang (senang cakap kita makin tua). Agak-agak korang, dah ada ke perancangan dalam meniti usia tua tu.

Korang sedar tak yang harga rumah makin lama semakin naik? Kalau dulu, beli flat kos rendah dapatlah rega dalam RM 80k tapi sekarang ni rega dia dah naik ke RM100k ++ okay. Ada gak kengkawan tanya aku, camner aku berupaya membeli rumah sana sini. Ni aku nak perturunkan sedikit info yang mungkin berguna buat korang di luar san.

1st sekali korang kenelah ada duit tabungan juga sebab kebanyakan rumah yang dijual memerlukan 10% daripada rega rumah tersebut. Bukan tu jer, korang kena ada duit gak untuk bayar lawyer fee. Bukan main pakai air liur jer. Time aku dulu, Alhamdulillah senang nak dapat loan sebab mungkin time tu tangga gaji aku dan hubby dah kira okay and yang penting kami tak ada bad record dengan mana-mana bank.

Dalam usia aku ketika itu 20an alhamdulillah...dah mampu membeli rumah dan memiliki rumah sewa. Bagi aku, tak rugi melaburkan duit dalam bidang hartanah ni sebab ia menjanjikan pulangan yang lumayan. Sebab itu aku gigih berusaha mencapai misi kami meskipun ketika itu ada rakan-rakan yang teruja membeli kereta berjenama. Bagi aku, membeli rumah bukan sesuatu yang merugikan malah nilainya akan meningkat setiap tahun berbanding kereta yang akan mengalami susutnilai.

Belum terlambat untuk anda memulakan dari sekarang!

Thursday, January 16, 2014

AKTIVITI CUTI AKAK

Apa rasanya cuti panjang tapi duduk di rumah?.  Huhu...bosan sangat!.Hubby aku memang pantang kalau aku cuti..mulalah dikerahnya aku ke sana sini. Pagi, aku ke MPS jelaskan segala cukai pintu-pintu rumah. Banyak benor pintunya plak yer?. Iyer ler pintu depan...pintu belakang...

Habihnya bayar cukai pintu, aku bergegas plak ke MBSB untuk menyimpan sejumlah wang. Almaklum, orang yang berhutang cam aku ni ada sending instruction bagi housing loan. So , aku kena pastikan wang dalam akaun tu cukup untuk ditolak setiap bulan. Kena jaga rekod baik dengan bank gak sebab next time nak apply loan mudah kan ?.Lagipun, adat orang berhutang, wajib membayar dek non.

Lepas masak, apalagi tergolek dog ler akak sebab keja dah settled. Basuh baju, kemas umah, settled wokay. Tapi jujur ler dalam hati aku ni cakap yang aku ni memang tak betah tinggal di rumah cam surirumah yang lain. Salute ler akak dengan korang...

Ni tengah mencari apa lagi keja nak dibuat untuk mengisi masa ni. Sejak dari pagi tadi, keja nya makan ..makan dan makan! Tapi tak gak gemuk-gemuk.

Wednesday, January 15, 2014

BIOR SELFIE DARI SELFISH...

Selfie? apa ke mende mak nenek tu?? Haahhh..hari ni akak nak ajar korang asatu perkataan baru SELFIE wokay!. Selfie tu adalah singkatan pada perkataan self-portrait yang mana orang tu suka nau memotretkan gambar dia sendir tak kira masa dan jugak tempat.

Nak makan, bergambar...nak tidor malam pun bergambar...pendekkata dalam apa juga situasi...Aku biasa tengok orang yang berperangai selfie nih. Tak jauh punnn...anak dara aku si baby tuh!. Kejap snap gambar terbeliak bijik mata, peh tu dah sepet plak...Tak cukup camtu bibir dijuihkan atau buat muncung cam itik nak menyudu...Hish...tak faham aku gaya bebudak sekarang ni.

Aku dulu kalu bab tangkap gambar ni...mesti nak muka cantik...get ready dengan senyuman paling manis yang aku ada...idok ler buat muka herot benggot cam si baby ni. Dah tu post plak kat fb atau Istagram bagai..Nasib baik belum ada boyfriend lagi...kalu tak mau kansel!. Ker..boyfriend dia sok pun perangai selfie cam dia ni gak...
Tapi kalu compared dengan perangai selfish...baik ler korang selfie lagi yer tak. setidak-tidaknya..korang tonggang terbalik snap gambar pun, tak menganggu perasaan orang tapi kalau selfish ni tak ker buat orang lain mendidih darah kan...

Apa pun yang korang buat kat luar sana nun...berpada-pada ler yer. Tergelak tengok gambar minah sorang ni yang selfie giler dengan camera 360 nyer..ilang eyeback dia ko....Lantak ler ko nak selfie...asal jgn sell diri udah yer...

KANGKONG..KANGKONG DAN KANGKONG!

Sana sini orang bercerita pasal kangkong!. Tetiba plak kangkong jadi bahan cerita paling sensasi pembukaan tahun 2014. Apa yang hebat nau kangkong ni..sampai kat fb pun dok asyik citer pasal sayur ni.

Selidik punya selidik..rupanya gara2 ucapan Perdana Menteri kita yang mempertikaikan tentang sikap rakyat Malaysi yang dok  bising barang naik tapi bila kangkong turun..tak plak nak appreciate. Walawei...Bang Najib...rasa cam tak percaya kenyataan sebegitu keluar dari mulut seorang pemimpin negara.

Mana boleh nak disamakan sayur kangkung dengan barangan lain yang naik tu?.Kangkung tu kalau naik rega pun, rakyat masih boleh tanam sendiri tapi yang naik sekarang ni benda yang tak boleh nak dibuat sendiri contohnya minyak, toll, gula dan lain2.

Kalau minyak tu boleh diganti dengan air kencing sendiri..tak der sapa nak bising..Ni belum reda, minyak naik, dah gula plak naik. Yang kelakar tu, bagi la reason yang boleh diterima pakai Kata orang sebab pulut santan binasa...sebab mulut badan binasa.

Ni tengah ketawa mengekek-ngekek dengar ucapan Najib trntang kangkong di remixkan...Macam2lah korang ni..

 kangkong remix

IKLAN YANG TIDAK MASUK AKAL.

Dalam berbisnes perlulah ada strategi untuk memasarkan produk barangan yang dijual. Makanya..bermacam-macam iklan dibuat bagi melariskan barangan. Tapi kadang-kadang tu cam tak masuk akal dan nampak nau ada penipuan yang tersembunyi kat situ.

1)     Beli barangan perabot contohnya. Untuk melariskan barangan tu, ada ler ditawarkan barangan percuma walhal tu dah dikira dalam rega perabot tadi. Mana ada barang dalam dunia ni free...

2)     Penah dengar tak iklan..beli barang, tak perlu bayar selama 3 bulan?. Apa mende nyer iklan cenggitu? Bukan ke lambat laun ko kena bayar gak nanti kan?. Seronok 3 bulan jer..

Apa pun iklan yang korang nampak, jangan ler cepat buntang bijik mata. Timbang tara dulu sebelum membuat keputusan dari segi harga dan jugak mutu barangan. Jangan ikutkan nafsu yang 9 tu. (Peringatan buat aku gak...huhu)


Sunday, January 12, 2014

PENANGAN ORANG BERSHOPPING

Esok dah keja? Oh tidak!! Rasa macam tak der cuti langsung beb. Dah ler semalam shoppibg dari tengahari sampai ke malam . Nasib baik tak kena halau dek tokeh kedai tu.

Nasib baik tak bawak duit riban-riban. Kalau tak..muflis akak bulan ni. Nasib baikk ler akak teringat nak save tok tambang balik. Nak tau aku membuang duit kemana?. Uolls..penah dengar tak Kenanga wholesale City. Mak datuk besornya tempat tu..macam ada ko.

Masa shopping tu memang aku tak rasa apapun tapubila selsai jer..mauplak time nak masuk LRT tu..seluruh kaki aku sakit giler cam nak tercabut rasanya. Ni ler penangan shopping orang pompuan. Bila bab shopping, tengah sakit pun boleh sembuh..

Tu baru gimik jer...baru nak warm up (tu pun dah sakit pinggang hihi)... Mungkin lepas ni aku akan meneruskan misi shopping aku ni. Tu pun bergantung gak pada adik-adik aku yang mengikut.

Hasilnya semalam..aku enjoy shopping dan dapat gak palazo kaler yang kucari semam ni. Hoyeeey!!.

Friday, January 10, 2014

CETUSAN HATI...

Aku ni kalau citer bab yang sedih memang mudah mengalirkan airmata. Tapi bukan bab citer sedih orang bercinta okay..Kisah tentang kekeluargaan. Nak plak yang menyentuh tentang ibubapa.

Tersentuh hari aku bila mendengar rintihan suara dari Ustaz Dr. Redzuan Tee Abdullah dalam rancangan pencetus ummah.,Kisah dia yang berusaha untuk mengislamkan ibunya namun tidak berjaya.

Saat ni, terasa betapa bertuahnya kita umat Islam yang mempunyai ibubapa dan saudara mara yang beragama Islam. Isya Allah...kita akan bertemu semula dengan mereka di akhirat kelak.

Sayu hati bila mendengar rasa terkilan beliau yang tidak berkesempatan untuk membawa ibunya memunaikan haji apatah lagi berkesempatan memandikan ibunya di saat-saat terakhir pemergiannya.

Beruntungnya aku jika berbanding beliau. Arwah Abah sempat mengucap dua kalimah syahadah..meninggal pada hari Jumaat penghulu segala hari dan disembahyangkan oleh ramai jemaah masjid ketika itu.

Cuma...seperti beliau, aku juga rasa terkilan kerana tak dapat memeluk Abah di saat akhir pemergiannya dan memberitahu dia yang aku amat menyayanginya. Dia Abah yang terbaik yang Allah kurniakan untuk kami.

Maafkan aku Abah, jika selama ini aku tidak menjalankan  kewajipanku sebagai anak yang sebaik mungkin.