Saturday, February 22, 2014

HARAP GAYA JER LEBIH...

Dulu aku dapat jiran yang langgar keta aku. Jiran tu dak blah..orang lain plak masuk. I thought this one mesti okay kot..tengok gaya pompuan dia cam model (model geisha jepun) you!. Bedak dia jer sekapuk tebalnya. lantak lah kan..bukan duit aku pon..

 
Ni 1st time dia parking cam harem kat depan pagar aku (Aku sabar tapi tegur dia naper parking cenggitu...muka dia time tu cam blur jer...
 
Tapi pompuan ni cam tak der akal..car porch dia kosong tapi parking keta dia kat depan umah aku. Parking jer tak per lagi dek nonnn..ni siap blok pagar umah aku plak. Hangin tak kalu ko nak kuar urgent plak masa tu, tetiba ada keta menyenget plak parking (cam haremmm) depan umah ko.

Aku sound kat orang dalam umah tu yang aku nak kuar..Dah ler menunggu dia keluar lambat...boleh plak jalan chatwalk menuju keta dia.Tak per lagi..wak sabarrrr...Yang nak membuak darah aku tu..sket pun tak minta maaf sebaliknya dia duduk mengeram dalam kereta tu dekat 10 minit gak ler..

Aku dah tak leh maintain  cute dah..ko tau aku hon dia sekali (mungkin tak perasan kot aku nak kuar walaupun signal reverse aku dah berbunyi. Memang sah bodoh dia ni! Before dia berambus dari situ, dia hon aku!. Marah ler kottt. Ada aku kisah ker makcik!.

 
Tak serik kena sound...dia parking lagi!

 Ni Sabtu lepas..bila ditegur, dia jawab dengan bangangnya berkata " Saya parking tepi jalan..bkn tengah jalan..ada masalah ker??. Memang bangang tahap gaban minah ni..ko block pagar aku dan menyusahkan aku nak keluar tulah masalahnya!
                                        
Tak tau lah dia ni saja nak sakitkan hati aku ke atau memang jenis senteng otaknya. Petang..masa aku tengah lepak tengok tv..dia datang lagi dah block pagar rumah  aku macam tadi gak...Macam ler kawasan perumahan ni dah tak der tempat parking..

Memang nak kena ajar pompuan bodoh ni..!

Tuesday, February 18, 2014

PERCERAIAN ...ADAKAH ITU SOLUSI TERBAIK?

Perceraian adalah satu perkataan yang amat menakutkan bagi sebuah pasangan. Namun bukan semua perceraian itu menyakitkan terutama bagi pihak yang tidak nampak ada jalan keluar dalam masalah mereka. Bagi mereka, perceraian adalah jalan keluar kepada permasalahan ini.

Mungkin ianya dapat menyelesaikan masalah rumahtangga yang bergolak tapi bagaimana tanggapan anak-anak terhadap perceraian ini. Adakah ianya akan memberi kesan  dari segi psikologi dan juga tumbesaran anak-anak ini.

Elakkan daripada bertengkar di hadapan anak-anak

Masalah lebih rumit jika berlaku perebutan dalam hak penjagaan anak-anak. Masing-masing menegakkan hak mereka sebagai orang yang lebih berhak dalam soal penjagaan. Secara pandangan kasar, mungkin kita merasakan yang wanita sepatutnya lebih berhak diberikan hak tersebut tetapi ianya bergantung kepada situasi kewangan, cara hidup wanita tersebut juga

Tentunya kita inginkan yang terbaik buat anak-anak. Jadi dalam soal hak penjagaan ini, rasanya adalah lebih baik diberikan hak tersebut kepada anak-anak untuk memilih.

Tiada guna kita melepaskan rasa amarah dan dendam melalui anak-anak sebagai tanda protes kerana ianya tidak menjejaskan bekas pasangan kita sebaliknya anak-anak akan menjadi mangsa.

Dalam agama Islam, perceraian adalah sesuatu yang dibenarkan  tapi ianya amat dibenci Allah.

Monday, February 17, 2014

BAGAIMANA HARUS AKU MELUPAKAN..

Bagaimana harus aku melupakan :

Insan yang membawa  aku lahir ke dunia ini...

Insan yang zahirnya tegas namun penyayang malah sanggup berkorban nyawa demi orang yang disayanginya..
 

Insan yang mengerah segala kudratnya untuk membesarkan aku meskipun terpaksa melalui segala kepayahan...

Insan yang banyak mengajar aku erti kehidupan...mengajar aku erti kasihsayang dan juga kejujuran...

Insan yang sentiasa menguntum senyum di bibirnya meskipun aku tahu, dia menahan segala kesakitan seorang diri...

Insan yang tak pernah meluahkan kata-kata sayang secara berhadapan namun jauh di sudut hatinya akan memberi hatta nyawanya sebagai ganti...

Insan yang ku anggap umpama malaikat yang sentiasa suci....yang telah meninggalkan aku. Pergi tak kan kembali. Semakin aku cuba melupakan kesedihan atas kehilangannya ...semakin jelas ingatan aku padanya...Senyumnya, gurauannya...semua itu membuat aku semakin dibebani rasa rindu yang amat dalam....


Abah,

Jangan pernah ingat bahawa perpisahan ini akan membuat kami lupa dan jauh padamu. Akan aku tunggu detik dan saat itu di mana Abah berdiri menanti aku di sana dengan senyuman yang selama ini aku rindukan...

ZAMAN DAH BERUBAH

Zaman sekarang tak macam zaman nenek moyang kita. Waktu tu, manusia cuma takut pada haiwan buas sahaja. Tapi sekarang, binatang buas dah dikurung di zoo sebaliknya kita lebih takutkan manusia yang jauh lebih buas dari haiwan itu sendiri

Sekurang-kurangnya binatang akan menyerang apabila rasa dirinya terancam tapi manusia buas ni akan mengancam orang yang tak menyerang.

Apa yang melalut bercerita tentang binatang buas plak ni? Tak...sekadar mengenangkan yang zaman sekarang ni dah tak aman macam zaman dulu-dulu. Zaman Opah aku dulu, dorang masak di dapur tapi pintu utama selamba jer terbuka. Cuba kalau sekarang buat camtu..mau licin bersih umah ko macam Hj. Bakhil bagi zakat!

Orang dulu tak yah pagar umah dorang pun tapi kita selarang ni, kalau boleh setinggi tembok Jerman tu nak buat. Bukan apa, zaman sekarang ni dah ramai sangat juara lompat pagar yang tak payah pakai galah nak mencuba bakat!

Paling best bila malam hari, boleh tidor dengan tingkap terbukak luas. Dapat ler rasa dingin angin malam.. Tapi cuba ko buat zaman ni!...Silap haribulan..ada yang tumpang sebantal...

Bilalah dapat merasa semua tu kembali yer...

Sunday, February 16, 2014

TAMAN IDAMANKU

Bila meneliti majalah tentang hiasan taman ni..punyalah teruja aku. Macam-macam gaya.. stail Bali ler..stail Desa la. Dalam banyak-banyak ni, aku paling suka stail ala Inggeris yang banyak bunga-bungaan dan hiasan sampingannya.

Segar bijik mata dengan bunga-bungaan segar ni..
 

Bagi yang punya laman yang tak berapa luas cam umah aku ni..di syorkan lanskap yang cenggini pun dah cantik kan?. Ada rumah burung  dan kalau nak tambah cantik , boleh letakkan replica itik (kesukaan akak ler tu...) di bawahnya. Dan untuk tambah cantik lagi, boleh dihiasi dengan kolam mini dan dikelilingi bunga-bungan Inggeris. Terasa damai jiwa apatah lagi waktu balik kerja penat-penat tu kan?

 
Angan-angan aku bila dah extend rumah nanti, aku nak buat buaian kat atas berandah cam ni. Mesti seronok menghirup udara pagi dan duduk bersantai malam-malam sambil merenung bulan..(ceewah..cam orang bercinta plak)
 
Kalau sapa-sapa ada laman luas kat belakang umah, bolehlah tiru gaya camni...damai nyerrr...
 


 

Monday, February 10, 2014

APA ADA DALAM HANDBAG PEREMPUAN

Rahsia prempuan ada dalam handbag mereka...Setuju beb?. Apa ada dalam handbag orang perempuan?. Jawapanya dah tentu tak sama sebab lain orang lain lah citarasanya.

Setengah perempuan suka pakai tas tangan yang kecil sajer sebab cuma membawa barangan asas seperti purse, handphone dan kunci keta. Tapi kalau ko tengok beg tangan dia dah macam beg luggage tu...maknanya dia tu kembar Doraemon laa.




Antara barangan yang perempuan suka bawak dalam beg tangan depa :

Ni ler diantara isi perut beg tangan pompuan...(ada doraemon lagi tu...)
 
Bagi aku kemestian atau barang keperluan yang tak jadi tidak kena ada ialah handphone dan small book. Sebab aku ni suka menulis dan ada jer perkara yang tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku kena buat time tu). Bagi mengelakkan lupa...nilah gunanya...
 
 
Satu jer yang aku prefer nak bawak tapi belum buat lagi ialah spray untuk tujuan keselamatan..Ialah lah..tak habih2 kes ragut yang melibatkan wanita ni kan. Peragut tu memang tak der te#@ sebab tu berani dengan prempuan jer. Jadi..untuk mengajar jantan tak ada kelakian ni...spray tu jer makannya. Bior buta bijik mata dia tu... 

SALESMAN HAPER CAMNI...

Aku nak share ler dengan blogger kat luar sana pengalaman aku berdepan dengan mamat sorang ni sorang salesman syarikat penerbangan yang menawarkan pakej pelancongan.

Mulanya memang ler manis mulut bercakap tentang keistimewaan pakej syarikat dia tu walau pun mulutnya tak ler "berbau" manis (dah tau ko nak bertemu client tu, kumur ler dulu dengan Listerine). Memandangkan penerangan dia ni ala-ala blur sket, so aku cubalah bertanya apa yang aku kurang faham tentang pakej tersebut.

Eik..tinggi suara plak mamat ni! Boleh dia bahasakan aku bila dia kena explained lebih sket. Aku plak..bila dia kurang ajar camtu..memang ler ko cari nahas kan... Aku jawab balik, "sebab saya tak faham ler makanya saya bertanya...kalau dah tau, bertanya jugak..tu bodoh ler namanya". Terus aku blah dari situ . Elok-elok aku dah terfikir nak jadi member..terus tak hingin dek sikap mamat salesman sengal tu.

Ko faham ker keja-keja salesman tu. Kalau rasa-rasa tak nak bercakap banyak menerangkan itu dan ini, apa kata aku suggest ko keja jual kacang putih jer..Tak payah ler ko terangkan camner cara nak makan kacang tu..sebab semua orang tau kacang tu cuma kunyah ajer...


Aku syorkan ko baca buku ni
 
DAN....DAN
 
 
 
Belajar dengan kambing ni camner nak tersenyum dan ramah menjawab pertanyaan orang!
 


Sunday, February 9, 2014

INDAHNYA ZAMAN KECILKU...

Nostalgia lama...walaupun mungkin pada orang lain, benda-benda ni tak perlu diingat tapi bagi aku ianya satu kenangan indah yang buat aku rasa teringin nak melalui saat-saat tu semula.
 
Bagi korang yang biasa duduk kampong , mungkin pengalaman menggunakan dapur kayu tu adalah satu pengalaman biasa. Bagi aku..nama jer orang Perak tapi Perghah bab-bab menatang ni..Tapi setiap kali balik bercuti ke kampong, aku cukup suka ke dapur menolong emak. Bukan nolong masak tapi menolong menghidupkan api dapur kayu ni. Seronok rasanya tengok api menyala lepas ditiup. Tak tau nyer camner sengsara orang yang mengggunakannya setiap hari. Habis hitam serombong hidung!

 
Selalunya tepi dapur tu akan dibuat para tempat meletakkan pinggan mangkuk yang telah dibasuh. So airnya akan menitik ke tanah kerana lantainya dibuat jarang. Paling aku suka ada lantai jarang tempat membasuh pinggan mangkuk.
 
Dapur cam ni kira dah moden la zaman aku kecik dulu...Guna minyak tanah yang di isi kat balang kaca di tepi tu. Nostalgia masa kecik2 dulu bila kakak saudara aku membuat rempeyek. Tah macammana...api menyambar dapur tersebut. Bagi mengelakkan rumah dijilat api, dapur tersebut dihumbannya ke tanah..Rempeyek kemana...dapur ranap.
 
 


SENIWATI PUJAANKU

Semua orang ada pelakon pujaan memasing..Bukan pelakon sekarang maksud aku yer tapi pelakon lama yang masyur namanya. Kecantikan semulajadi yang dimilikinya dan bakat lakonannya membuat aku meminatinya sejak kecil lagi.

Penah tak dengan nama Latifah Omar?.Pelakon cerita Bawang Merah Bawang Putih tu..Lakonannya bersahaja malah kalau cerita sedih memang dia berjaya membawa watak dengan berkesan sekali.Aku suka tengok kecantikan asli yang dimiliki pelakon ni. Tahi lalat pemanis di bibirnya menjadi daya tarikan pelakon ini.

 
Bezanya dengan pelakon sekarang ni..lebih kepada rupa dan seksi semata-mata. Bila beraksi depan kamera...cam tiang telefon keras kejung...Bila dikritik tak pandai berlakon, melenting. Cuba lah belajar cara pelakon-pelakon dulu menghayati sesuatu watak tu. Nampak real dan tak macam baca buku bila melafazkan dialog.
 
 
Kecantikannya masih terserlah di usia tuanya

Pelakon seperti Latifah Omar ni adalah diantara  peakon yang gigih dan komited dalam kerjayanya. Bukan sekadar menempel dan menjadi penyeri dalam industri lakonan. Dia di antara pelakon yang mempunyai bakat tersendiri yang dianugerahkan Tuhan untuk mewarnai dunia perfileman kita.
 
 
Harapnya akan ada pelapis bagi pelakon berbakat seperti ini di masa akan datang. Al-Fatihah untuk arwah Latifah Omar....

KENALI PASANGAN ANDA

Kata orang, kalau kita dah lama bersama dengan pasangan kita, kita akan tahu dan memahami perasaannya. Dengan kata lain, kita akan tau kesukaan dan kebenciannya. Betul ker?? Aku tak setuju 100% berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Bukan aku jer malah my BFF pun mengadu cam tu jugak. " Dah lebih 10 tahun kahwin dengan sipolan ni..aku masih tak faham perangai dia". Haah!!! maknanya bukan aku sorang jer lah yang face problem camni...Ingatkan aku jer yang tak faham dengan perangai hubby aku meskipun dah nak masuk 22 tahun usia perkhawinan kami.

Cam perempuan ni, biasanya suka exposed perasaan mereka. Apa yang mereka suka dan tidak. Jelas sangat! Tapi sang suami ni suka benar berahsia malah susah nak mempamerkan karektor mereka. Paling teruk tu, susah sangat nak ucap sayang pada isteri. Belum lagi bab2 jalan berpimpinan  tangan dengan isteri..Mungkin sang suami ni rasa ego mereka jatuh kot kalau berbuat demikian. Sungguh tak faham aku..

 
Kemesraan tu bukan hanya terjalin waktu bercinta sajer...
 

Yang heran tu..masa bercinta dulu, boleh jer buat semua tu. Tapi bila dah halal...lain plak citernya kann...Aku rasa elok sebenarnya sang suami ni pegi balik kursus perkhawinan plus kursus kauseling belajar bagaimana nak mengharmoni dan mengekalkan hubungan cinta suami isteri ni.

Friday, February 7, 2014

APASAL AKU PLAK YANG KENA??

Tengah menjeruk rasa ni. Mana tak nyer bila orang lain yang buat salah ...naper aku plak yang kena marah! Tak fair sungguh kan?.

Gara-gara kesalahan yang abang buat..naper aku plak yang di bebelkan..Bukan salah aku pun...dan bukan salah Abang pun..Benda nak jadik dan dah jadi pun.. Ko membebel sampai besok pagi pun memang tak kan soft problem bahkan menambah lagi ada. Sakit telinga, sakit hati aku ni sampai ke malam tau!. Macam ler aku yang hilangkan laptop tu. Menci arghhhh!!!!!

Pantang aku bila dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Hilang mood aku hari ni gara2 kena sound semalam. Hari ni surpose ada weeding event kat Felda D' Saji... weeding neighbour aku. Tapi dek kerana hati yang terbakar ni, cancell semuanya.

Hubby aku biasalah ..dah sound-sound aku semalam, hari ni cam tak der apa-apa berlaku. Siap buat lawak bodoh lagi!.Lalu lalang depan aku..nak tarik perhatian ler tu. Ada aku kisah!


Semua orang buat kesilapan so aku takkan menyalahkan abang atas apa yang berlaku. Muga kesilapan atas kelalaiannya tu dapat dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati.

Okay kan mama cam aku ni..yang memahami anaknya..bukan cam sorang tu pot pet...pot pet cam baru tertelan terompet Kassim Selamat!.

Thursday, February 6, 2014

PENCURI

Geram...marah! memang mangkuk ayun punya manusia !Tah layak tidak aku panggil dia manusia!!. Manusia yang tak ada hati perut ni memang tak perlu di kesian pun. Tak peduli apa alasan dia mencuri tapi mencuri tu tetap satu KESALAHAN okay!.

Tadi anak aku si Abang whatapps...laptop dia ilang time dia pegi kuliah. Yang buat aku hangin tu, pegi kuliah dengan tak bertutup pintu! Boleh??. Alasan tak logik dia..sebab ada sorang housemate dia tak der kunci..Sebab takut kawan tak boleh keluar..hambik! laptop dia yang kuar!

Serius okay..aku tak kisah malah tak berkira untuk beli baru. Tapi aku marah menyumpah ni sebab all the assignment dan nota anak aku semua ada dalam lappy tu. Memang betul kan kalau aku labelkan hantu pencuri tu bukan manusia sebab dia tak memikir kesusahan yang bakal ditanggung anak aku tu!

Kalau aku tak fikir dosa lah kan...nak jer aku sihir penyamun tu..biar selagi ko tak pulangkan reta anak aku tu..selagi tu lah ko tak senang duduk. Memang aku sumpah dia busung kalau  makan duit hasil jualan lappy tu. Biar Allah turunkan bala atas diri dia. Serius! ..aku tak kan maafkan orang yang menyusahkan hidup keluarga aku..

Allah tu Maha Melihat dan Mendengar permintaan dan doa yang yang teraniaya....

D.I.Y

Cuti 2 hari aku manafaatkan untuk mengemas rumah dan membuat ubahsuai hiasan serba sedikit. Nak menghias rumah ni tak semestinya memerlukan bahan yang mahal untuk kelihatan cantik. Asalkan kita pandai untuk menghiasnya..Insya Allah pasti puas,hati.

Semalam aku ke satu kedai ni yang terletak di Selayang Mall. D.I.Y namanya. Suka sangat masuk kat kedai ni sebab banyak benda yang dia jual. Dari barang kelengkapan rumah sampai ler kepada peralatan pertukangan semua ada.
 

Kami mencari stand meletak alatan mandi seperti syampu dan sabun. Hubby aku beli gak tempat meletak towel dan untuk peralatan  seperti meletak berus gigi dan pencuci muka. Namanya lagi D.I.Y (Do it yourself) korang kene ler buat sendiri. Cam aku tak der masalah sebab drill semua cukup..tinggal drill  jer.


Tuesday, February 4, 2014

POST SANA POST SINI...

Apa pendapat korang dengan orang yang suka post gambar kat blog dia tentang aktiviti sehariannya. Post gambar tempat mana dia pegi...barang apa dia beli.... Aku okay jew sebab aku pun gitew. Tapi tidak bagi sesetengah orang..ada yang rasa cam " Aiik! apalah minah ni..beli cam ni pun nak upload dalam blog/face book.

Senang citer, ni jawapan jujur dari akak yer. Blog akak..sukati akak ler nak letak gambar apa pun yang akak beli...beli baju ker...beli kasut ker...beli hubby ker...(haiyooo..yang ni tetap satu wokayyy).Bukan bertujuan untuk nak menunjuk tapi nak share keterujaan akak bershopping dan travel kemana-mana.

Bagi yang kata akak ni selfie atau suka nau nunjuk-nunjuk...kirim salam sket yer.. Kalau rasa-rasa sakit bijik mata hitam ko tu nengok apa yang akak beli..akak sarankan ko off jer blog akak tu. Akak pun rasanya tak ler menjemput punnn..

Apa kat ko toksah ler tengok blog aku ni sebab aku akan berterusan upload gambar barang yang aku beli. Bukan apa, kesian akak tengok ko..silap haribulan, ko kena sakit jantung nanti.

Sunday, February 2, 2014

TUDUNG OH TUDUNG

Sebut pasal tudung ni...special bagi yang berhijab..of coz ler satu benda yang seronok nak dibincangkan. Pasal jenis tudung, fesyen tudung dan kaler yang macam-macam kuar sekarang ni.

Maka akak ni tergolong ler dalam wanita yang suka nak mengayakan tudung berbagai jenis. Buat masa ni akak pakai tudung ala-ala fareeda yang main sarung jer. Tak yah nak fikir nak pusing atau hayun kemana kain tudung tu. Cepat dan mudah semudah masak maggi mee!

Tapi bila tengok fesyen tudung yang pelbagai sekarang ni, mula ler gatai kepala akak nak mencuba yang stylo sket.. Boring kan..asyik2 gaya tu jer. Maka nya akak pun rajin ler menggoggle dan menyou tube tentang tutorial bagaimana memakai tudung ni. Mudah jer rupanya...pusing kanan, pusing kiri..pin sana ..pin sini..dah jadik.
Kalau akak yang buat cenggini, mesti 2 hari 2 malam tak sudah
 

Tapi tiba tang turn akak depan cermin beraksi...tetiba terpaku. Aikkk! naper bila dah pusing sana, pin sini..sekali rupa akak dah macam hantu bungkus..tinggal nak kapan jer dik!. Sedih namun tak putus asa lagi , terus mencuba...Sudahnya, kepala akak kelihatan cam kepala Abang Singh...Time tu rasanya cam nak jer akak pecahkan cermin tu..2 kali percubaan gagal!

 
 

TANGAN KANAN MEMBERI..SOROKKAN TANGAN KIIRI

Apa pengertian sedekah pada korang?. Bagi aku ler ..sedekah tu bermakna pemberian ikhlas seseorang untuk seseorang yang lain. Ikhlas disini bermakna tanpa mengharapkan apa-apa balasan hatta untuk mendapatkan nama sekalipun.
 
Hulurkan tangan...ringankan beban.
Tapi dalam dunia sekarang ini..berapa ramai manusia yang mempunyai sifat keikhlasan seperti yang dinyatakan. Rata-rata yang kita lihat semuanya menyatakan "ikhlas" tapi ikhlas yang bagaimana tahapnya tu. Setahu aku..kalau kita ikhlas bersedekah, tak perlulah di war2kan kepada umum. Cukup sekadar antara kita dengan Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Tak perlu ada press conference atau iklankan di akhbar malah dengan gambar mock cheque (tak cukup terang amount yang nak disedekahkan tu kot).
 
Sebenarnya bersedekah ni boleh menyuburkan harta dan juga membuat jiwa kita tenang..malah hidup kita sentiasa dipermudahkan Allah.

Jom! kita suburkan rezeki yang kita dapat dengan bersedekah sebahagiannya kepda yang memerlukan. Bukan untuk nama..tapi untuk mencari keredhaanNya.

PERCUTIAN SEMALAM DI KUANTAN

Jemu setiap kali bercuti dok hotel jer..maka sewaktu melawat abang di Kuantan, aku memilih satu tempat yang jauh dari kesibukkan kota. Tempat ni ala-ala resort desa. Ada tasik dan berdekatan dengan laut tau.

Kempville ni jaraknya lebih kurang 8 km dari bandar Kuantan. Sewa chaletnya berpatutan dari RM70 hingga RM150. Kami pilih superior yang memuatkan katil saiz king dan juga single. Aircond.dan kipas pun ada disediakan.Bagi yang nak buat family day pun okay gak. Memang aku suggest tempat ni.



Bilik tidur dia pun selesa.
 
 

Ni pemandangan salah satu chalet yang ada

Paling seronok tu, ada kemudahan berkayak dan disediakan tempat memancing kagi. Rugi hubby aku tak bawak peralatan mancing. Iyer ler..semalam jer kann. Breakfast juga disediakan okay..tapi kena bangun awai la nooo... Jangan risau, walau pun resort ni taukehnya Cina, tapi masakannya dimasak oleh orang melayu gitu..

Ni tempat memancing atau dok bersantai...(nyanyi lagu ikan kaloi)
 

Sebelum balik ke KL..aktiviti wajib untuk aku..Shopping!!. Untung anak bujang aku amat memahami mamanya.Sanggup dia temankan aku dengan Baby yang dah tak hinggat nak balik.

Hasilnya...tadaaaa!!! aku dapat 2 pasang kasut, sehelai gaun labuh dan aku sempat gak rembat 6 helai tudung. Cam tak caya reganya murah ko...( bagi aku ler...). Abang dok happy meneman aku sebab dapat upah..dapat baju, beg dan purfume pon dia cukai gak...masa di tanya nak apa?...ehhh tak yahhhh kononnnnn...hihi.