Wednesday, October 29, 2014

DATANGNYA DUGAAN UNTUKKU..

Siapa sangka..dalam keadaan sihat walafiat, tetiba lepas kena hujan aku plak demam..Paling menguji kesabaranku bila emak plak masa tu sakit sekali lagi. Kali ni lebih teruk bila paru2 mak berair dan agak serius.

Sepanjang emak di hospital, memang aku tak berkesempatan menjaga beliau di hospital memandangkan kesihatan aku yang tidak mengizinkan. Diri sendiri pun terhuyung hayang..mana mungkin nak memapah emak ke toilet dan sebagainya.

Syukur..Baby kebetulan cuti dan dialah yang aku pertanggungjawabkan untuk jaga opahnya. Dugaan seterusnya datang lagi bila aku menerima panggilan dari pihak hospital yang mengatakan emak kritikal dan terpaksa ditempatkan di wad ICU kerana tidak sedarkan diri. Masa tu..aku memang dah tak ingat apa-apa...terasa kosong keadaan sekeliling. Yang pasti airmata aku turun mencurah-curah dan menangis tanpa henti. Terbayang wajah arwah Abah sewaktu ditempatkan di wad berkenaan dulu.

Ketika tu..hanya Allah tempat yang paling hamper untuk aku mengadu segala permasalahan..Dalam keadaan aku mengelabah tu, hubby suruh aku bertenang dan baca yassin untuk emak...

Syukur ..Allah telah mendengar doa kami adik beradik...emak telah sedar semula dan ditempatkan ke wad biasa semula.

Sunday, October 19, 2014

TIPS CANTIK WANITA KEMBOJA.

Meh kita share satu lagi produk kecantikan dari Kemboja yang makin meletops "Krim Herba kemboja" Akak tak tau la sejauh mana keberkesanannya tapi daripada testimony yang akak baca...mak oiii mabless bunyinya. Biasa ler kan...cara orang nak melariskan jualan...takkan nak citer yang buruk...Maka yang bagus2 jer yang akak baca dik non.


Krim muka ni kabornya boleh membuat kulit korang yang mengerutu cam limau purut tu licin mulus jika diamalkan. Sapa2 kulit yang dah cam getah sekerap tu..boleh ler cuba supaya kulit kembali tegang gitew. Usah kata korang..akak pun teruja nak mencuba dik..



lawanya kulit diaa..Ni yNg sabar nK beli nih...

Tak salah kalau kita mencuba produk sebegini asal sesuai dengan kulit muka kita. Ini lebih baik dari korang mengamalkan susuk atau suntikan colagen..cucuk sana..cucuk sini sudahnya muka jadi cam pompuan ahli sihir..Dagu panjang..mulut tebal..tulang pipi tinggi.Hish seram akak!



PROGRESS TAH HARI YANG KE BERAPA...

Hiiii.akak bersiaran lagi di petang Ahad yang damai ni...Eik damai amende nyer kat umah ni kalau dah berdentam dentum depan belakang! . Bukan bunyi mercun sempena Depavali yer tapi bunyi pekerja2 kontrak yg tengah gigih menyiapkan umah aku.

Sekarang ni, diaorang tengah memasang atau mengikat besi sebagai beam untuk lantai rumah. Kalau tak der aral..monday ni, sampau ler kren untuk mencurah simen untuk bahagian depan dan belakang rumah aku nanti.



Ni ler antara gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang.Ni bahagian depan rumah ni. Agar sukar jugak nak keluar rumah disebabkan kayu2 yang terpancang ni. Hari ni agak sibuk sket sebab dalam masa yang sama electrician pun datang untuk fix wayar dan plug untuk lampu, kipas dan auto gate.

Masa ni la..bengang dengan hubby sebab semua nak ikut kepala dia jer..Even dah disuggest oleh electrician dia tetap gak nak buat cam yang dia plan. Sudahnya aku terpaksa masuk campur. Ada ke patut nak letak kipas kat tempat porch keta sampai 6 bijik??.  Mabuk kretek ke apa laki aku ni! Hangin dah aku..rasanya wireman tu pon perasan muka aku dah nak bertukar kaler! Ingat ni dewan sekolah ke haper?? At last aku menang sebab baby dgn Abang pun membantah. Huhu...

Sunday, October 12, 2014

SOK PT3 !!

Macam kebiasaannya..setiap kali anak nak exam..aku yang gelabah puyuh lebih...mulut pit pet mengingatkan anak dara nan sorang ni tentang IC dia, persiapan baju sekolah dia..lencana hatta suar kecik dia pon aku suruh prepare letak setempat. Semua tu sebab tak msu dia kelam kabut esok. Kang aku lebih kalut bila tengok barang yg dicari tak jumpa.

Baby ni..boleh relax lagi..bila aku tanya tentang persiapan..dan2 tu baru bagi tau nsk brli ballpen...Hish bertuah ko kan! Apasal tak tunggu esok jer atau dah nak masuk dewan exam tu baru cakap sumer ni..mulalah mulut mama dia ni jadi cam pengulas sukan bola!

Ikutkan segalanya dah aku sediakan. Sekarang terpulang pada dia untuk membuat yang terbaik.. Ya Allah ..aku serahkan segala nya kepadaMu...Kau kabulkanlah permintaan kami yang mahu melihat kejayaan puteri kami ini.

Good luck sayang...Doa dari mama, ayah, abamg dan semuanya sentiasa bersamamu. Do your best tau!. GOOD LUCK TO ALL ST. MARY STUDENT YG AKAN MENDUDUKI PT3 EXAM ESOK..

Thursday, October 9, 2014

MADE IN JEPARA INDONESIA ...KO HADOO!

Aku tak tahu apa yang merasuk hubby aku sehinggakan begitu fanatik dengan hasil ukiran dari Jepara, Indonesia. Dek kerana kemahuannya yang mengalahkan pompuan bershopping tu..senyap2 dia mengoder pintu kayu ni tanpa pengetahuan aku. Secara jujurnya..aku kurang berkenan dengan pintu ni atas banyak faktor jugak. Di antaranya kerana reganya yang mencekik darah dan ukirannya tu cam 'seram' plak aku..cam istana keraton zaman silam.

Reganya..ahah! Korang survey ler sendiri iyer..For your information..hubby aku nak pintu ni diletakkan di bahagian depan mengantikan sliding door yang ada. Nak cari kelainan katanya...sukati ko lah Labi..aku tak kuasa dah nak bertegang leher dengan dia..As long as bukan duit akak..lantak la ko nak buat apa pun! Orang buat umah..boleh capai kata sepakat tapi kami ni dok berbeza pendapat..

Datang plak stress aku bila dia bagitahu actually dia order 2 pintu tu!. Satu lagi tu..untuk diletakkan di berandah rumah yg berkonsepkan ala2 Bali Resort katanya. Kalau tak fikir renovation yang tgh under progress ni..aku dah angkat bendera putih. Kecik ati bila dia buat sesuatu tanpa bincang dulu dengan aku!

Barulah aku tahu yg mamat sorang ni peminat produk dari Jawa..dari perabot sampai ler ke minah jawa!. Tu nasib baik sempat aku cantas! Hehe. ..









Wednesday, October 8, 2014

CORAK UKIRAN PADA PANEL KAYU

Sepanjang hari ni penat sungguh rasanya!. Apa taknya..tatkala orang bercuti, aku sibuk mencari bahan atau material yang sesuai digunakan untuk ubahsuai rumah. Al-maklumlah kan..budget ciput jer..kalau banyak duit dah lama aku hired satu interor designer untuk renovate umah aku ni. Tapi still hubby aku ni akan campur tangan gak sebab dia yang paling cerewet bab ubahsuai rumah ni berbanding aku.

Time ni aku dok sibuk survey kat internet tentang kayu ukiran melayu yang dipanggil kayu manis aka papan cantik. Kat pantai timur dipanggil layu peleh kalau tak silap.


Untuk pengetahuan blogger yang tak tau kayu ni untuk letak kat mana...haa...kat sini la tempatnya. Ianya sebagai aksesosi tambahan jer. Biasa tengok kan? Kebanyakkannya ada pada rumah2 tradisional melayu lama.



 Plan kami, kayu ni aku nak letak kat berandah rumah di tinggal atas dan kayu berandah plak camni...So far, untuk kayu manis tu aku dapat RM18 hengget sekeping (belum campur varnish lagi tau) dan kayu untuk berandah tu paling murah pun aku dapat RM28 hengget sekeping. Ni pun bergantung pada jenis kayunya gak..

Kalau tengok corak design nyer tu memang rambang mata dibuatnya..tapi we all dah decide nak pilih corak di atas. Mungkin bagi orang yang suka rumah bentuk moden tak pandang design yang begini untuk diterapkan di rumah tapi aku suka demi memenuhi impian untuk mendapatkan  rumah ala resort. Tak banyak sket pun jadilah kann...

UPDATE RENOVATION UMAH

Sajer nak update perkembangan terkini renovation yg dlm progress kat umah aku ni. Time ni kontraktor tu tgh buat beam untuk tiang rumah.  Of coz lez..tiap umah kena ada tiang..ye tak...kang tengah sedap menyuap..sedor2 dok bawah runtuhan plak. Nauzubillah! .


Beam ni utk dapur yg aku extend ke belakang sementara bahagian dapur yang lama akan jadi dapur kering tempat meja 8 kerusi aku ditempat kan. Bilik air yang lama kami anjakkan ke tepi sudut dapur untuk memberi laluan bagi membesarkan bilik tidur bawah. Bilik ni akan jadi bilik kami berdua bila dah tua nanti..tak larat nak mendaki tangga dah time tu..Insya Allah jika umur panjang...


Ni gambaran dari atas...dari bilik baby aku snap...kang takut diorang ingat aku ni kapoci plak..menangkap gambar time depa bekerja. Tapi pemandangan ni terhalang dek bilik air sebelah bilik baby ni. (Yang juga akan di pecahkan dan dipindahkan ke belakang).

Huh! Excited sangat! Tak sabor rasanya nak tunggu semua ni siap. Dalam masa yang sama, suspen gak...dapat ke kontraktor aku ni merealisasikan impian aku selama ni...