Thursday, July 23, 2015

CRAZY POWER BETUL DIA NI...

Percaya tak kalau aku kata..manusia ni lebih patuh dengan undang-undang dunia dari undang-undang Tuhan..Bukan bermakna makasud aku tu yang undang-undang dunia ni tak perlu tapi berpada-padalah kan...Kalau setakat benda remeh temeh, jangan lah take it as a serious matter.
 
Nak jadikan citer, selalunya pass keja aku sangkut kat cermin dalam keta..Senanglah kan, kalau-kalau ada sport check. Bila dah cantik tergantung wajah ayu akak ni kat situ,, nan hado plak depa nak check. Hari ni plak..time masing-masing berduyun-duyun nak masuk perkarangan gate tu..si mamat ni plak menahan. Kelam kabut gak ler aku mencari...memanglah kan..dalam situasi cam tu pakal tak jumpalah jawabnya.
 
Dia boleh tanya aku..Awak letak kat mana?..Berkali-kali plak tu ajukan soalan yang sama kat aku. Lorr dia ni..kalau aku tau aku taruk kat mana..tak ler terkebik-kebik mencari! huh!. Sudahnya dia tulis nama aku (cam time sekolah dulu..pengawas tulis nama). Time aku nak drive..eik dia tahan keta aku lagi...(tulis no. plat kereta plak)..Cam aku ni penjenayah besar yang disyaki dan dikehendaki jer rupanya. Tulis plat nombor pun punya la lama mengalahkan nombor keta aku ni panjang bebenor.
 
Aku tau la dia menjalankan tugas...tapi nape aku jer ko tahan..yang lain lepas...tu yang aku hangin tu...Tak per..lain kali aku letak kat cermin keta tu cam road tax yer!. Hangin dengan abang pun ada ni...dia la punya keja mengalihkan pas keja aku ni.
 
Tak faham sungguh aku nape dia nak soal siasat aku sampai ambik nombor plat segala...Kereta aku tu kan ke ada pas masuk...Takkan la aku keja kedai mamak kot boleh dapat pas yang siap tulis nombor plat keta. Kot iyer pun nak straight..buat pada semua orang...janganlah pilih bulu.

Monday, July 20, 2015

IFTAR RAMADHAN YANG TERAKHIR...

Seram plak bunyinya perkataan "yang terakhir" tu...hik!hik! Sebenarnya maksud terakhir tu ialah terakhir berbuka posa di luar...Bertempat di Tropicana Golf and Country Resort, senang jer pun nak cari tempatnya...
 Baby mulalah main hp..tak puas berselfie...aku jadi mangsanya
 
 Caye tak? Licinnnnn....
 



3 hari sebelumnya aku dah buat reservation bagi memastikan tempat. Meja kami menghala ke padang golf yang of coz viewnya cantik sangat...Masa ni la abang lupa diri sekejap agenda nak menguruskan badannya. Pinggan licin!.

Aku rasa bukan dia jer sebab aku pun makan agak banyak gak kali ni...Tumpang aura semangat makan si abang..Dah duduk mengadap padang golf..mulut plak tak berhenti mengunyah...apalagi la..pinggan berganti pinggan jawabnya. Hubby aku ler tu....letak jer makanan depan aku...peh tu bila kenyang  kebuntat boleh plak dia cakap..marah Nabi Muhamad makan macam ni...(ayat cover diri tu namanya)

Sekali sekala..berbuka di luar okay la kan..tapi camner pun aku prefer masak di rumah....lebih afdal bagi suami dan anak-anak makan hasil air tangan kita yer dak??

BERAYA DI KEBUN!

Ngeh! Ngeh!...raya ke empat..sepatutnya kami masih dalam mood raya lagi kan..tapi agenda pada pagi Isnin 20/7/15 ni kami isi dengan mengait rambutan di kebun hubby aku di Sg. Chinchin Gombak!.
Gaya pengait rambutan...
 
 Sempat gak berwhatapps lagi tu my sis inlaw ni...
 
Ni pekerja paling rajin mengutip buah!
 
Berkemas-kemas untuk pulang ke rumah..Masing-masing dah kepenatan!
 
2 buah kereta konvoi diikuti dengan adik aku yang terlewat kerana ada tetamu berkunjung raya ke rumahnya. Berguni-guni ko..tu pun tak habis ambik sebab memasing dah penat tambah lagi my brother inlaw dah melecet tangannya gara-gara lupa bawak sarung tangan...kesian lorrr..
 
Kali terakhir aku jengah kebun ni sebebelum aku renovate umah lagi. Bila sampai ke sana..My Godness!! dah tak nampak pokok kecuali pokok rambutan yang "terangkan" semak samunnya dek orang-orang yang mengambil buah tanpa izin beta!..Aku halalkan tapi terfikir camnerlah depa ni tergamak makan harta orang lain tanpa mintak keizinan terlebih dahulu yer...Bak kata Mr. Os ler..masa menanam sekor tak nampak muka!
 
Maka nyer..sebelum tinggal pokok jer..kitaorang pulun sebanyak mungkin. Bukan nak makan semua pun...bersedekah pada jiran-jiran terdekat...Muga ada pahalanya untuk disedekahkan kepada arwah bapa mertua aku yang menanam rambutan ni dulu...
 

CEMBURU BOLEH TAPI JANGAN KETERLALUAN..

Kata orang cemburu tandanya sayang..tapi itu bagi orang yang mempunyai perasaan pada seorang yang lain tapi ada jugak cemburu tu tandanya hati tu dah kotor dan hitam..Yang ni plak bagi mereka yang tak suka melihat kejayaan orang lain..

Pagi tadi terdengar di radio kisah akibat cemburu buta yang membawa kepada pembunuhan seorang isteri. Motifnya akibat cemburu!. Tak salah kalau kita punya sifat cemburu pada pasangan yang kita sayangi tapi biarlah ianya berasas dan harus ada batasan. Bagi aku, tak kisah la kalau hubby aku berkawan dengan siapa aja termasuk perempuan tapi kalau dah melebihi ke fasa yang seterusnya tu memang la namanya menempah nahas jawabnya.


Aku pernah terbaca satu baris ayat dalam tulisan allahyarham Sudirman dulu...katanya
 KALAU KITA SAYANGKAN SESEORANG...LEPASKAN IA..SEKIRANYA IA KEMBALI, IA ADALAH MILIK KITA TAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA...DIA BUKAN MILIK KITA SEJAK DARI MULA LAGI..Dalam bunyinya maksud kata-kata tu tapi ada kebenaran di sebalik ungkapan ayat tersebut.
 
Bagi aku, sesayang dan secinta mana pun anda pada pasangan masing-masing..tak perlu lah punya cemburu yang melulu kerana cemburu yang tidak berasas ni mungkin buat sidia rimas dan menjauhkan diri dari anda buat selamanya.
 
TAPI...cemburu perlu ada jugak untuk mengukuhkan ikatan kasihsayang antara pasangan. Gila tak cemburu kalau ko tau ada orang senang-senang nak "cuci kaki" masuk umah menggantikan tempat ko!. Kalau aku...memang sah-sah aku "cuci" muka dia

Tuesday, July 14, 2015

BERKENAN DENGAN LANGSIR RAYA NI..





Rasanya cam dah lama tak ganti langsir..memandangkan aku malas sangat nak gi membeli apalagi menempah.

Tengah sibuk meng google gambar langsir..ternampak plak contoh langsir yang aku berkenan patern nyer.
 
Tapi rasanya dah tak sempat nak menempah lagi. Maybe after raya..aku nak tempah patern ni sebab raya kan sebulan...

PENYEWA HATI KERING!

Tak faham aku sikap manusia sekarang ni...tak ada rasa tanggungjawab..jauh sekali ada rasa bersalah bila melakukan sesuatu yang tak betul.
 
Nak bercerita tentang sorang tenant aku ni...Surposed move out akhir bulan Jun. Tapi dia mintak extend dok kat situ seminggu lagi. Okay..aku ni kiranya landlord yang baik tau..sebab benarkan dia duduk situ gunakan segala utility air dan juga letrik rumah tu percuma seminggu. Kalau dia ada fikiran yang waras, dah aku bagi dok percuma..ko bayarlah api dan air yang ko pakai tu kan?
 
Ni tak! Dah la ko pindah senyap2 after one week tu tak bagi tau aku pun ko bagi kunci tu kat penyewa kat situ AND yang buat aku hangin sangat tu...dia boleh tinggal dapur dan almari buruk dia dalam rumah tu. Walhal, aku dah pesan kat dia to make sure dia tak tinggalkan apa-apa furniture dan sampah sarap dalam rumah tu. Macammana aku serah rumah tu kat dia masa mula-mula dia pindah dulu..camtu lah aku expect dia clearkan "taik" dia. Aku dah cakap camni awal-awal before dia pindah!
 
Silap aku gak tolak siap2 sewa yang sepatutnya dia bayar dengan deposit dia..Sudahnya..sampah dia tinggalkan kat dalam tu..duit baki sewa rumah yang dia masih hutang aku pun dia tak jelaskan.. Aku sungguh tak faham sikap manusia yang mengaku dirinya orang Islam tapi tak faham istilah hutang yang boleh dianggap remeh. Aku ni kalau nak malukan ko..boleh jer aku call Bank tempat ko kerja tu..tapi aku bagi ko masa dulu yer...
 
Dah berkali whatapps..dia buat keras jer..Tak per, Allah tu Maha Kaya...tak kaya ko dengan duit aku tu tapi sebaliknya Allah akan tarik rezeki ko berlipat kali ganda. Orang berebut buat amal di bulan Ramadhan.. ko pulak buat perangai menipu dan menganiaya orang.

Sunday, July 12, 2015

KAISON TERBAIK!

Hari tu aku dah beli 6 rolls wallpaper kat Kaison KL Festival City. Rasa cam cukup jer untuk ruang tamu umah aku. Rupanya bila dah hampir siap..ada plak ruang tv plak tak cukup. Adehh! terpaksa lah kami pergi semula ke Kaison di KL Festival City di Danau Kota.
 
Nak jadi citer, habis plak stok wallpaper aku tu...Nak nangis rasanya omak time tu..penat berkejar naik escalator.tup-tup tak der plak..Sebelum tu bukan main berlambak-lambak ko. Salesman kat situ willing to help untuk dapatkan stok wallpaper yang aku minta tu. Dia minta tinggalkan no. telefon untuk dia hubungi sekiranya ada.
 
Balik tu..aku sajer-sajer google FB Kaison dan letak message yang aku perlukan satu roll lagi wallpaper dan minta somebody tolong dapatkan before raya ni. Superherb ko! cepat jer dorang balas..
siap telefon aku lagi..
 
Camni la namanya orang berniaga kan..cepat bertindak dan bagi reaksi segera kepada customer. Terbaek la Kaison!..memang aku akan terus setia jadi customer dia sebab layanan pekerjanya pun baik, sudi membantu dan menjawab pertanyaan setiap pengunjung yang datang ke sana.
 
 

Saturday, July 11, 2015

MURAH REZEKI ANAK-ANAK..

Alhamdulillah...murah rezeki anak-anak aku sempena Ramadhan Al-Mubarak ni. Apa tak nyer, belum raya lagi bos aku dah menghulurkan duit raya. Memang sejak kecil, anak-anak aku terutama si Abang dan baby ni mewah duit raya nya memandangkan adik beradik aku pun ramai..sebelah suami pun sama..

Blom raya lagi..duit raya dah dapat RM1,000..Tu blom auntie dan uncle yg menghulur..Time aku dulu, dah besar panjang camni tak merasa dah duit raya tapi diaorang ni masih merasa lagi semua tu.

Harap diaorang ni pandai le manage duit tu nanti.

CAM NI KER CARA KO LAYAN CUSTOMER??

Semalam berbuka puasa somewhere kat Bandar Baru Selayang memandangkan penat memasang wallpaper yang tak habis-habis. Masa kami sampai tu dah dalam kol 7 lebih..Untuk air..aku order air mangga satu jug dan ais kosong satu jug.

Disebabkan lama sangat makanan tak sampai-sampai. Time tu dah berbuka, .aku suruh  Abang mintak ais kosong satu jug tu dulu. Taukeh kedai yg dok kat counter tu dengan muka masam boleh suruh si abang dok dulu..tunggu giliran katanya..Selepas lebih 15 minit, sekali lagi my brother in law bertanya kat pompuan waitress yg lalu kat meja kami (bukan dia tengah buat apa pon time tu) minta ais kosong je dulu. Ayat skema dia.."Tunggu giliran yer sebab dorang tengah bancuh air kat belakang!

Bancuh amende nyer pompuan?? Aku mintak ais kosong jew! Bukan kena taruk gula ke haper! Kesian la tengok anak sedara aku yang masih kecik ni berpuasa.Kalau makanan tu aku faham, kena tunggu giliran. Tak kan la ais kosong yg paling mudah tu pon nak tunggu giliran dan masa gak kot? Dari ko mundar mandir macam mem besor tu..boleh jer ko tolong amik ais kosong tu kan?? Sengal btul!

Sudahnya kami angkat punggung dan makan kedai lain. Duduk jer..mintak dia bagi ais kosong dulu.tak sampai 5 minit terus dapat!! Tengok dan bandingkan cara pengurusan kedai orang bongkak kat ."..junction" tadi dgn service kat restoren nI.

Sah-sah aku black list kedai ko forever..Kalau gini ler cara ko layan customer.alamatnya tak lama ko bertahan...

Thursday, July 9, 2015

BANYAK PLAK KUIH RAYA TAHUN NI..

Tak sah ler kalau raya tak de kuih raya yer tak? Apa ke jadahnya berziarah ke rumah sanak saudara tak der kuih raya. Takkan ko nak ngadap muka dia atau main I-pad memasing kat ruang tamu tu yer dak?
 
Selalunya hubby aku yang ghairah dalam membeli kuih raya ni. Dia ni memang pantang dipujuk...tambah lagi yang memujuk tu terlentang lentuk merayu suruh beli kuih dia...hubby aku mulalah kuyu..hehe. Tak per..beli kuih jer kannn..jangan ko beli dengan orangnya. Tsunami I kang!
 
Cam tahun lepas gak..company aku ni terkenal dengan pemurahnya...Masing-masing berebut membuat pahala di bulan ramadhan. Bos ni bagi kuih...bos hat tu pun huluq kuih gak...tu tak kira lagi supplier yang memberi yer. Sudahnya cabinet dapur aku teratur penuh dengan kuih! Hambik ..udah macam Giant buat sale ko! Dah lebih 10 jenis tau..Jenuh ler sampai raya aidil Adha ni kang..
 
Kena beli balang kuih extra nampaknya ni..Ni tengah fikir apa juadah aku nak masak raya ni yek?? Ipar aku tiap tahun datang..takkan menunya asyik mee kari jew..walaupun tu request dari adik beradik sebelah aku.

Sunday, July 5, 2015

BERAYA DENGAN WALLPAPER BARU!

Dah puas memikir..apakah colour yang sesuai untuk ruang tamu aku...akhirnya! confirm tak jadik mengecat sebaliknya aku dah sepakat dengan hubby untuk letak wallpaper jer. Lagi senang dik..tak sakit pinggang akak..

Hari tu..1st time gi Kaison..ternampak la wallpaper yang cam akak nak. Tapi masa tu tak terfikir plak nak berdeco dengan wallpaper ni..Pandai sebelah mata jer la..Harganya still affordable dan corak-coraknya pun cantik gak.

Tinggal lagi nak memilih yang bersesuaian dan berpadanan dengan konsep Balinese akak nih!.Memang ler konsep bali tak pakai wallpaper segala tapi tetap boleh dipakai jika sesuai dengan keadaannya...
 
Sebelum..
 
Tadaaaa.....
 
Akhirnya, impian akak nak ganti wallpaper tertunai gak walaupun pada mulanya hubby berkeras nak mengecat gak. Sekeras-keras kerak nasi...kalau diletak air, lembut gak akhirnya kannn. Suker!! designnya Nampak cantik di mata akak.
 
Sehari suntuk gak ler aku mengerjakan tampalan ni. For info, semua kami buat sendiri. Dari sapu gam hinggalah kerja-kerja menampal yer...


Wednesday, July 1, 2015

MANJAKAN DIRI ANDA...

Seharian bekerja di pejabat...balik umah kerja rumah plak...keja! keja! dan keja!. Memang tak der masa untuk diri sendiri. Tapi minggu lepas..adik aku ngajak ke salon yang menawarkan rawatan facial muka .
 
Aku ni paling malas gi spa ni memandangkan kerja yang banyak nak dibuat tapi tah camner terjebak gak. Biasanya aku dok cuci sendiri jer..Aku heret sekali anak dara aku Baby sebab tengok mukanya yang dah kusam semacam.
 
Mengikut nasihat pakar salon tu..akak apatah namanya lupa nanya plak...untuk umur yang dah masuk maghrib cam aku ni kenalah ada tambahan collagen sedikit untuk menganjalkan balik muka ni. Ate Yong..teman nak masuk 5 series..of coz le kulit muka ni dah mula menunjukkan kedutan sedikit..(Ngaku okay..). Kulit muka aku ni ada plak bintik-bintik hitam pigmentasi kat idung
 
Hubby aku kata..tinggal kapan jerrr (Tak baik tauuu)
 
Punya ler sedap muka diurut dan di stim..terlena akak dik..masa tersedar tu ternganga mulut cam buaya lapor..kueng! kueng!. Nasib baik tak der orang dalam bilik tu!.
 
Memang terasa ler muka ni bersih selepas buat facial...moist gitew. Baru ler ada feeling nak raya kann....