Sunday, January 31, 2016

TERASA OMAK!!

PENTING KER PANGGILAN TU

Setuju tak kalau aku katakan..yang panggilan kita kepada seseorang tu adalah tanda keakraban atau penghormatan kita kepada seseorang. Contohnya panggilan makcik, pakcik dan adik ..dan sebagainya.
 
Ni bukan nak buat karangan ..cuma terfikir aku sekejap bila tengok drama melayu semalam..Pasangan suami isteri tu dah berumur tapi tetap membahasakan isterinya dengan panggilan "Sayang"..So sweet...
 
Masa tu lah aku berpaling balik pada diri aku ni sendiri. Ngapa susah sangat ek aku nak panggil hubby aku dengan panggilan abang atau sayang? Walhal suami aku nyer.. Orang lain boleh  ber "abang" elok jer dengan suami aku (setengah tu siap pakej dengan iringan suara gediks lagi)
 
Masa baru kenal dengan dia dulu..aku memang panggil nama dia dan membahasakan diri dengan panggilan saya. Bila dah kenal rapat..masih panggil dia dengan nama dan aku plak otomatik tukar dengan bahasakan nama aku lak. (Ni akan terjadi kalau aku rapat sangat dengan orang tu).
 
Bila dan bertunang..kelakarnya aku tak boleh nak panggil dia dengan nama...rasa canggung semacam. Boleh plak kuar panggilan "eh you"...sampailah kahwin...Bila dah dapat anak sorang..otomatik panggilan tu bertukar jadi "Ayah" (ikut sebutan anak aku ler). Marah giler mak aku bila panggil hubby dengan panggilan tu. Berdosa katanya!..
 
Tak semestinya bila aku panggil "ayah" tu bermakna dia ayah aku lor.. Bagi aku..dia tetap seorang suami yang aku perlu sayangi dan hormati. Cuma kadang-kadang, bila tiba angin gediks nak manja dengan dia jer..aku panggil dia "Sayang". Reaksi dia plak...tersengih cam kerang expired!!. Malu ler teww... Hiks! Hiks!



Monday, January 11, 2016

SHARING IS CARING..

Semakin lama kita hidup..semakin banyak yang kita pelajari. Suka duka dan iktibar yang perlu kita ambil dari apa yang berlaku di sekeliling kita.
 
Time perjumpaan dengan kawan-kawan tempohari mengajar aku erti perkongsian terutamanya dengan orang sekeliling yang kita sayangi. Apa jua yang kita punya..yang kita sayang...perlu kita share bersama orang-orang yang tersayang. Itu kata-kata hikmat dari seorang guru
 
Dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya...menjadi amat indah jika dikongsi bersama mereka. Akan jadi lebih bermakna sesuatu yang kita ada..kita kongsi bersama..Rezeki dari Allah itu akan lebih barkah. Insya Allah...
 
Tapi jangan salah faham yer..bukan semua benda boleh di share bersama...Banyak gak benda yang aku tak boleh berkongsi dengan outsiders...terutama suami. Bukan nak menidakkan hukum Tuhan tapi aku kenal diri aku yang sebenar yang tak mampu mengikhlaskan diri untuk perkara sedemikian.
 
Terima kasih kawan-kawan dan juga Cikgu Salmah yang sedikit sebanyak telah membuka mata hati aku. Kalian tetap dalam doa aku...Sayang kalian semua.. 

Saturday, January 9, 2016

BERTEMU SETELAH 33 TAHUN...

Whatapps dari kengkawan sekolah waktu aku form 5 buat aku teruja sangat. Dulu memang malas sangat nak join perjumpaan camni tapi kali ni memang aku menghitung hari untuk berjumpa dengan rakan.


                                Ni sebahagian yg hadir di rumah Pn Salmah guru kelas kami

Perjumpaan setelah 33 tahun masing-masing membawa haluan sendiri. Walaupun aku cuma 2 tahun belajar di Sekolah Menengah Ulu Kelang tu tapi memori indah tu tetap ada biar pun tak banyak mana. Kenakalan rakan-rakan tu buat aku rindu pada alam persekolahan.
                                               Ni ler Form Teacher...sweet orangnya

Terimakasih buat cikgu yang bersusah payah menyediakan nasi beriani  Johor untuk menyambut kami.. ditambah dengan kenkawan yang murah hati membawak juadah tambahan. Dengan dessert nya...aku bawak rojak buah jer..Jadik ler kan ..buat tambah mana yang patut.

Terimakasih gak buat kengkawan yang dah buat idup aku ceria dengan gelak tawa yang sampai nak ilang suara dibuatnya..Hilang stress aku sekejap mikir pasal tugas di pejabat..hik! Hik!. Uolls the best.

Muga Allah limpahkan rahmat buat cikgu Salmah dan buat rakan-rakan tersayang..kalian sentiasa dalam hati dan doa aku...Muahhhhhh

Sunday, January 3, 2016

TRIP TO VIETNAM

Ahah! Akhirnya aku berkesempatan gak menulis  tentang holiday ke Vietnam tempohari which is pada 7/12 hingga 12/12/2015. Ikut aku , 3 malam pun dah ok tapi hubby aku ni katanya nak berjalan-jalan sampai puas.

Ikut plan asalnya, kami nak ke Pekan Baru Indonesia..tapi bertukar di saat-saat akhir. Tapi sempat gak ler aku meng google bloggers yang pernah ke sana untuk mencari sedikit maklumat. Aku ni pesennya kalau berjalan suka buat perancangan terlebih dulu. So, dari urusan tiket flight, hotel, restoren makanan halal, nak cari taxi ...semuanya aku uruskan. Untung hubby aku yang tau sediakan duit jer..yang lain semua PA dia ni yg uruskan.


Kami parking kereta kat Putrajaya Sentral. Dari situ, kami naik ERL yang tambangnya tak la mahal mana. Kalau tak silap aku, flight kami pukul 7am. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam setengah jew. Kentut dalam kapal terbang pun tak habis bau lagi..dah sampai. Kik!kik!.

Dari Tan So Nhat airport, kami menaiki bas untuk ke Pasar Ben Thanh. Ni pun aku dapat maklumat dari blog blogger juga. Tambangnya cuma 5,000VND jer seorang yg bersamaan dalam 80 sen. For info korang, dorang tak reti berbahasa inggeris..setakat sepatah dua tu boleh la di kalangan penjual di Ben Thanh. Kami check in dulu di Hotel Nam De yang terletak berdekatan dengan Pasar Ben Tanh.

Petang tu gak, kami terus pegi ke Pasar Ben Tanh tempat popular untuk bershoping. Dari pengalaman blogger, tempat ni cam happening sangat tapi bagi aku ianya macam Pasar Khadijah di Kelantan tu lebih kurang.

Nanti aku citer kat korang yer pengalaman aku dengan penjual kat sana.