Monday, March 28, 2016

KURUS TU TANDA TAK SIHAT KE?

Kadang-kadang benda yang mudah selalu di rumitkan. Bukan tak de cara yang lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu. Korang mesti Tanya ..apa yang akak melalut ni kan??

Ni haa. pasal medical insurance untuk Baby dan Abang ni. Ikutkan akak malas benar nak berurusan dengan pihak insurance ni.. Very the straight gitew...Tapi mikirkan benda yang kedepan ni kita tak tau apa yang bakal berlaku kan??
 
Biasalah kan..prosedur insurance ni kena buat medical check up dulu..Tu tak per lagi tapi tang bab ni lah yang paling aku tak suka sebab nak mengadap doctor dan bab paling tak suka time ambik darah!. Serius omak tak gomar kata kau!.
 
Aku penah la mengalami satu insiden bila mana insurance aku di tolak gara-gara kerana kurang berat badan. Wei! korang ingat orang kurus cam aku ni kurus berpenyakit ke?. Tak kan tak belajar masa di sekolah dulu tentang genetic. Dah keturunan aku ni memang semuanya slim melim..of coz la aku ni cam dorang gak kan?. Apa depa ingat asal badan ko berat ideal tu tanda sihat ke?Alhamdulillah..setakat ni di usia sebegini, aku masih diberi kesihatan yang baik...
 
Mikirkan anak-anak jer aku buat semua ni..

Tuesday, March 8, 2016

PENGAJARAN



One thing yang aku belajar dari kisah kecurian di rumah aku ni ialah...

1.     Jangan ingat bila orang lain kena ..ko tak akan melaluinya.

2.     Alert pada sesuatu atau sesiapa saje yang mencurigakan. Selalunya bila nampak orang
        yang sama dok lalu-lalang dengan motor depan umah...ala mungkin dia nak cari sedara mara
        atau umah kawan kot.  No..No...No!!

3.     Pentingnya umah ada alarm atau CCTV di zaman moden yang penuh dengan penyangak ni.
        (Tetiba teringat alarm original yang mak aku buat..). Dulu aku gelakkan emak tapi tekono
        lak kek den ni ha..Padan muka aku!!

Patut la tak bagi buang tin tu..rupanya nak bikin alarm!
 
4.     Allah nak menduga sejauh mana keimanan aku..Memang aku redha diuji sedemikian tapi
        marah bukan pencuri malaun tu benar-benar menyusahkan aku.
 
 


Monday, March 7, 2016

BZ BANGET AKAK DEK NON...

Kalau boleh ku kirimkan petir dah lama aku fire si lahanat penyamun yg masuk umah aku semalam...Bior hangus mati tegak berdiri situ!. Menyusahkan aku bila  nak kena buat balik IC dan lesen mandu..

Untung UTC Dato Keramat tak ramai orang..makanya akak boleh dapat IC dan lesen  ari ni gak. Nasib baik cepat..kalau tak berbakul lagi sumpah aku kat lahanat keparat tuh!!.

Korang tau tak..kejadian ni menyebabkan akak jadi tak normal sekejap..hilang tumpuan akibat dok asyik memikirkan nasib akak ni. Buktinya..aku pakai baju terbalik ko! Yg dalam aku keluarkan..patutla masa nak pakai butang tu payah amat...Aku perasan blouse tu terbalik masa duduk depan meja kerani kaunter tu. Ingat nak ke toilet jap tapi dorang dah panggil untuk tangkap gambo..

Maka aku bergambar dgn blouse yang terbalik (tapi masih mengekalkan keayuan perempuan Melayu terakhir....wakakaka.. Ni la gara2 fikiran bercelaru...

#Tambah sedey bercampur marah bila sedor yg tablet aku pun Syaitonnirrojim ni sapu sekali. Uwaaaaahhh...




Sunday, March 6, 2016

MALANG TIDAK BERBAU...

Siapa sangka dalam aku berjaga-jaga..rumah aku di masuki pencuri pagi tadi.Memang tak sangka sungguh sebab aku ni amat mementingkan keselamatan terutamanya di rumah. Malam semalam, kami sibuk dok booking tiket untuk melancong ke Yogjakarta. Laptoo Abang memang ada di atas meja kat ruang tamu tapi time tu kami guna lap top Baby. Selalu tu memang bebudak ni biarkan laptop kat situ sebab abang nak continue main game dia.

Tup2 pagi ni time aku bising sebab printer pun dibiarkan atas carpet. Masa tu lah Baby tanya tentang laptop dia. Baru lah sedar bukan hanya kedua2 laptop hilang, alat control untuk game Abang pun dia curi gak.

Paling aku sedih tu..handbag yang aku letak kat sofa pun dia rembat!!. Memang  kurang ajar betul pencuri tu!. Menyusahkan aku bila kena buat repot polis dan paling aku marah ni..IC..lesen..kad ATM..Credit Card DAN duit cash lebih RM500  aku semua gone with the wind...wuaaaaahhh!!

Sangat tidak berhati perut pencuri ni bila nak mencari duit atas keperitan orang lain..Aku bekerja berhempas pulas mencari rezeki..senang jer dia ambil cam reta mak ayah dia jer!

Aku tak halalkan dunia dan akhirat apa yg dibuat ke atas kami sekeluarga. Merangkaklah ko kat Padang Masyhar sok mencari aku...Tak senang hidup ko di dunia ni..semua Allah membalas apa yang kau lakukan ini.
Ni jer si keparat tu tinggal kan utk anak aku

Handbag letak kat sebelah sofa ni pun dia curi gak..

Aku sumpah ko miskin melarat biar macam mana ko gigih mencari atau mencuri pun..ko tetap susah hatta nak makan sekali pun!. Sesungguhnya aku golongan orang-orang yang teraniaya .  Amin...

Tuesday, March 1, 2016

KIMCHI

Hangpa penah dengaq tak Kimchi made in Korean nih? Ala..sapa-sapa yang dok gila citer korea tu memang tau la makanan ni. Secara ringkasnya ianya adalah sayur kobis panjang yang diperam. Adalah bahan-bahan tertentunya tu..

Memandangkan ianya dah famous di kalangan orang di Malaysia ni maka aku pun teringin la nak mencuba. Nampak nau ler tekak aku ni tekak melayu sejati sebab tak boleh menerima makanan Korea ni. Tapi ramai gak kengkawan yang suka...yer lah kan..ikut tekak memasing.


Ni ler ropenya Kimchi tu yer..."kimchi untuk awak"
 
Ko nampak jer cam pedas tapi cayalah yer...tak pedas langsung cuma kaler nya aje yang merah.
Anyway..akak dah cuba rasa si "Kimchi" ni..Kome bila lagi???