Monday, October 31, 2016

HATI INI SAJA YANG MENGERTI ...APA YANG AKU RASAKAN

Makin hari makin dekat tarikh abang nak konvo ni..hati aku bercampur baur. Happy..sedih semua ada. Sedih sebab bila dah di war-warkan pada semua adik beradik dalam whatapps tak dapat respon pun..Mungkin memasing ada hal masa dan tarikh tu..begitu gak mak yang kesihatannya tak mengizinkan..
 
Time macam ni lah aku terkenangkan arwah Abah yang begitu rapat dengan cucu lelaki yang diberi gelaran "mamat" ni. Kalau lah Abah masih ada..aku pasti Abah orang yang paling gembira dan teruja ketika ni..apalagi Abang cucunya yang pertama buat hari convocation..
 
Saat nilah jugak yang selalu aku impikan..membawa Abah dan mak untuk sama-sama meraikan hari bersejarah ni tapi kesempatan tu hanya mimpi indah yang tak mungkin jadi reality dalam hidup aku.
 
Alhamdulillah ternyata Tuhan bukakan juga pintu hati adik aku untuk menggantikan "tempat" Abah. At least, di sana nanti bukan hanya aku tapi bersama dia yang akan menangisi kenangan bersama Abah. Sesungguhnya pemergian Abah begitu kami rasakan apalagi di saat -saat begini.
 
Ya Allah...kuatkan hati aku untuk tidak menangisi pemergian dia...jadikan aku sekuat dan setabah arwah Abah dalam menempuh ujianMu...
 
 

CEPATNYA SAMPAI BERITA...

Fuhh..kalau dikira kelajuan angin..aku rasa mulut dia ni lagi laju sebab lebih dari sepantas angin berita sampai di mana-mana.
 
Yang heran tu bukannya berita penting pun..cerita tentang aku yang sibuk mencari baju bercorak batik untuk nak di matchkan dengan hubby aku..pagi bercerita...tup2 dah tersebar merata hinggakan ada sorang Hamba Allah ni tetiba tanya aku.."Anak bila konvo..dengar2 nak cari baju batik..dah jumpa ker?" uwahh so surprise akak dik oi...bilik aku ni ada wireless ker disambung ke sana sampaikan laju jer dapat berita ?
 
Kena check gak ler..tah2 dinding akak ni ada pembesar suara...tah pun depa pasang cctv khas untuk mendengar cerita sensasi dari akak. Kah! Kah! Tapi kalau cerita tu pun korang leh teruja dan sanggup jumpa akak untuk mendapatkan kepastian..kelakar sungguh la sebab bukan berita kejutan punnn...
 
Anak belajar kat mana?...amik kursus apa?...Hari ni anak ada kuliah ke tak?..Apa masalah korang ni sebenarnya...Takkan citer akak ni korang nak bukukan dalan bulletin company kot??Cer korang bercerita tentang macammana nak tambah pahala dalam jangkamasa yang semakin singkat ni..kan lebih baik?
 
Tu la dia...macam-macam ragam manusia ni..benda tak penting pun boleh jadi penting pada dia..Dah rasa cam selebriti lak akak ngalahkan Cik Ta you...

Sunday, October 30, 2016

POYO NYERRR MAKCIK NI...

Tak tau nak mula dari mana tapi sajer nak share dengan korang insiden yang akak sendiri hadap semalam. Masa tu akak nak buat tempahan untuk baju kemeja batik hubby akak di salah sebuah tempat yang agak terkenal gak ler (Saja rahsiakan tempat ni...nak mengumpat la katakan..).
 
1st impression akak tentang tempat ni of coz la kain yang dijual tu cantik2 dan agak mahal reganya..tapi dicemari plak dengan salesman yang ada dalam department tu ..Melayu kita wak!.
 
Masa kami masuk ke sini..dah lah tengok kami tak menyapa satu hal..masa aku tanya saiz dan rega baju tu..boleh endah tak endah jer bercakap..mengalahkan dalam mulut tu mengumam emas! Tapi tang melayan sorang customer  satu lagi ni bukan main dia. Pilih bulu betul!!. Ingat hubby aku datang pakai t shirt..tak mampu ke nak beli baju kat kedai tu??. Baru jadik salesman..tapi berlagak cam kedai tu ko yang punya! At last, sorang mamat India ni yang layanannya super gitew..entertain kami dari pemilihan kain hinggalah selesai.
 
Ingatkan tang tu jer kepoyoan yang aku jumpa..Masa customer yang dia layan tu nak balik...customer tu tetiba bersuara agak lantang "Next time..tak payah la panggil I Datin yer..panggil biasa-biasa jer" (repeat 2x hokey) . Intentionnya of coz la nak bagi kami sekeluarga yg dengar sebab cuma family aku dengan family dia jer ada kat situ..OMG!! terserlah kepoyoannya..
 
 
Hasil carian imej untuk muka poyo
 
Sesuai  ni..
 
Aku buat tak dengar jer..sibuk memilih sut untuk hubby aku...Mungkin tak puashati kot..sekali lagi dia ulang lagi..pasal title Dato Datin dia tu...Aku dah nak tergelak..sungguh ko!. Agaknya dia ni baru dapat title kut..tu yang gebang semacam tu.
 
Apa la sangat title ko tu makcik Senah oi...Orang kat luar tu bersepah title cam ko tu..tak havoc cam ayam nak bertelur riuh pun??...Sian aku tengok manusia cam ni...Gila sungguh pangkat duniawi ni...
Cik Senah...for your info...akak yang bukan bergelar Datin pun MAMPU tempah baju kat kedai yang sama dengan ko.. So apa yang kelas sangat sampai ko nak berkokok dalam kedai tu pasal title Datin ko tu?

Tuesday, October 25, 2016

NI LA NAMANYA PEMIMPIN ...

Tersentuh hati bila menerima berita tentang kebakaran di Hospital di Johor Bahru semalam..Turut rasa simpati buat mangsa-mangsa. Lebih tersentuh hati aku bila melihat sifat terpuji seorang pemimpin bergelar Sultan yang sanggup membenarkan Wad Dirajanya digunakan untuk kemudahan untuk menempatkan pesakit buat sementara waktu.
 
Bukan nak bercerita tentang kebakaran yang terjadi tapi lebih kepada sikap seorang pemimpin itu sendiri. Bukan mudah untuk kita melihat seorang pemimpin tak kiralah dia tu Sultan ke...CEO ke...Manager ke..asal namanya ketua atau pemimpin sanggup mengenepikan hak dan juga kepentingan diri untuk orang lain..
 
Beruntungnya rakyat Johor punya pemimpin berjiwa rakyat ni...Ini baru namanya "RAKYAT DIDAHULUKAN".
 
Ada ko tengok pemimpin makan dalam bungkusan camni? Nan hado...
 
 
Boleh lagi dok semeja dengan rakyat di kedai mamak..Ko mampu?
 
 
Muga Allah merahmati pemimpin yang berjiwa rakyat seperti ni...bukan pemimpin yang meletakkan rakyat di hadapan untuk menyelesaikan masalah ekonomi sekarang dengan pelbagai tekanan demi tekanan...
 

Thursday, October 13, 2016

Simpanan Syariah KWSP

Pepagi Jumaat yang mulia ni..akak nak kongsilah maklumat untuk kebaikan bersama...Ianya mengenai konsep Simpanan Syariah iaitu satu alternative baru bagi simpanan KWSP yang lama iaitu Simpanan Conventional.
 
Antara kebaikan Simpanan Syariah ini ialah duit pencarum (kita la tu) akan dilaburkan ke syarikat yang patuh syariah. Dengan kata lain, tiada unsur riba, judi, penjualan arak, senjata dan sewaktu dengannya. Of coz la ni bagus untuk kita yang beragama Islam ni kerana wang yang kita terima bersih dari unsur-unsur yang demikian. 
 
Tapi bukan kata untuk mereka yang muslim jer ..yang non muslim pun bagus bagi mereka yang menyokong pada benda-benda yang membawa kebaikan..Yer la kan..melabur pada syarikat penjualan senjata atau minuman keras contohnya..sama seperti kita bersubahat pada benda-benda yang mendatangkan keburukan dan kemusnahan.
 
Satu akak nak kongsi maklumat dengan korang tentang khairat kematian dalam KWSP ni. Untuk pengetahuan semua KWSP ada menyediakan wang khairat kemation pada pencarum. Contohnya korang meninggal dunia, penama korang boleh menuntut wang tersebut dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian. Lebih dari tarikh tu tak leh yer..
 
Hasil carian imej untuk simpanan syariah
 
So apa tunggu lagi..ayuh kita bertukar kepada benda yang baik....

Wednesday, October 5, 2016

NI BIRTHDAY SURPRISED DARI KAMI

Baby ni dah lama teringin surprised yang ada belon helium...dan suka nau dengan pavlova kek. Makanya mama nyer ni gigih la menelefon sana sini. Ahad 2/10 (lambat sket buat birthday party untuk dia sebab adik beradik lain ada hal memasing)
 
Rezeki dia dapat plak akak google satu mamat ni jual belon helium murah jer..20 biji dalam RM50.00. Kelakar abang... penuh la keta Vios dengan belon tu sebab self pick up yer..kat Gombak Greenwood jer tak jauh pun.. Memang Baby tak perasan langsung kehadiran belon tu sebab akak dah berpakat dengan cousin dia suruh leka kan dia dalam bilik dia. Nak jadik citer salah satu belon tu meletup lak betul-betul depan bilik dia menuju ke berandah..(akak buat BBQ kat berandah atas). Tu pon dia boleh tak perasan jugak...
 
Pavlova tu akak tempah..brownies cake tu sponsor dari auntie Ana...
 
Ni pun auntie Ana sponsor gak..TQ Ana...
 
Maksu Ida lak sponsor laksa yang memang terlajak sedap dan mables dan Cik Nana plak sponsor fruits...Kami buat Steamboat dan BBQ...
 
Abang rajin time ni membantu...eleh nak minta balasan la tew!
 
Muga anak dara mama nan sorang menjadi insan yang solehah ..Berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa mendoakan mama dan ayah jika kami tiada lagi di dunia nanti (sedey plak akak...)

 

Tuesday, October 4, 2016

BIRTHDAY SUPRISED PARTY FOR BABY

Dalam banyak-banyak kejutan..tang birthday party ni yang paling best kan? Tapi so far..tak penah pun hubby aku buat surprise kat aku. Balik-balik ajak gi makan...(tak gak besor-besor badan nih..hehe)

30/9/16 Harijadi anak dara akak...kengkawannya begitu sporting buat surprised kat dia. Sanggup bergegas balik sekolah hanya kerana nak decorate bilik anak dara aku sorang tu.



 

 
 
Tq untuk anak-anak manis mama St Mary School...kerana menceriakan hari Baby.. Really appreciate uolss...Muaaaahhh..