Sunday, November 27, 2016

PRIMALAND ! WHAT HAPPENED WITH YOUR ACCOUNT???


Bukan nak menyalahkan sesiapa tapi kadang-kadang sikap sambil lewa orang lain boleh membawa masalah pada kita..Akak nak ngumpat sapa ni...Bukan ngumpat tapi nak bercerita tentang rasa ketidak puas hati dengan sikat pihak pengurusan Primaland Resort and Convention Centre kat Negeri Sembilan ni.

Semalam dapat bad news dari assistant aku di sana mengatakan yang meter air aku dicabut!..Korang bayangkan..mau tak hangin aku satu badan..dah la time tu ada customer nak check in...Untuk pengetahuan korang, meter air kami unit persendirian sebelum ni adalah meter pukal di bawah pengurusan PRCC tapi most of us dah tukar kepada meter individu. So PRCC tak de hak pun nak tanggalkan meter air kami tu tanpa kebenaran!

Alasan dia...aku ada tunggakan bil air sejak dari tahun 2015. For information..bayaran tu dah aku jelaskan dan paling tak boleh terima tu bila payment yang aku buat tu depa tak update dalam account. SALAH AKU KE TU???

Nasib baik aku masih menyimpan resit dan email dari staff yang makan gaji buta tu sebelum dia berambus dari PRCC..Cuba korang bayangkan kalau unit-unit lain yang tidak menyimpan resit tu...

Please la PRCC...dari Tiara Beach Resort (Mmg BITCH! ..yang makan duit kami sampaikan la ke Best Western (Best sangatlah!.. pun sama gak!) Sekarang ni korang lak nak buat benda yang sama??

Berhenti la dari menindas kami...dah la kolam yang tak seberapa tu dikenakan bayaran...ada hati lagi nak minta duit ??

Pihak SAINS ...sila ambil tindakan pada PRCC ni..biar dia tau...untung nasib dia plak...

Monday, November 21, 2016

19 November 2016

Last minit packing baju-baju yang nak dibawa ke Jengka...Ikut hati satu wardrobe ni aku hangkut..tapi apa kan daya...Ni pun satu beg besar yang kami biasa bawak untuk trip gi oversea..Bertolak agak lambat iaitu selepas Maghrib...Apa-apa hal solat dulu kan...kang buatnya tak sempat lak..huhu...
 
Kami konvoi 2 kereta. Tiba di Jengka..mak ai!! lebatnya hujan (Hujan selamat datang...)Alhamdulillah tak sesat lak..Baguih waze nih...(wes mangan kata ipar aku ). Serius...memang penat sepanjang perjalanan tak berani tido sebab dah la hujan..jalan lak tak berlampu...dari Chenor.

kuning tu hotel Cik Nana...
 
ni la hotel akak..
 
Dapat bantal...tilam dan of coz aircond ..akak pengsan terus...Sok nak kena bangunkan abang sebab ada raptai dan pengambilan jubahnya. Kami lak nak ke Gambang (Universiti Malaysia Pahang) mengambik Kak Long yang tak sabar gak nak meraikan hari konvokesyen Abang.
 
 
 

Tuesday, November 15, 2016

KENANGAN DIDENDA DI SEKOLAH

Sapa reader yang tak penah kena denda masa kat sekolah dulu...hands up!. Kah ! Kah! Nampak sangat membohongnya kalu kata ko tak penah didenda kan.

Aku masa sekolah rendah dulu tak nakal..baik sangat budaknya..(Cewahhh. sedia raga, junjung sendiri) Serius! memang baik tapi ada ketikanya kena denda gak atas pelbagai sebab. Antaranya tak bawak buku (tak penah2 lupa bawak buku..tup2 lepas cikgu warning jer..next day tu aku tertinggal buku kat umah). Apa lagi..lari keliling padang sekolah 2 round.

Time nak balik sekolah, cikgu suruh sorang2  hafal sifir...aku kantoi time tu sebab cuma hafal sifir 2 jer...sampai kena denda naik atas meja la...Pendek kata apa denda yang akak tak penah rasa...semua ada.
 
Cuma satu denda jer yang akak tak leh lupa bila disuruh berdiri di luar kelas hanya kerana kesalahan orang lain. Kawan sebelah yang bercakap..akak plak kena denda. Time tu tak pandai nak defence diri..ikut jer. Memang akak akui, marah sangat dengan cikgu tu tapi time tu lah...Sekarang tak der dendam atau benci pun di hati ni. Semua tu akak jadikan pengajaran dan kerana sifat perihatin guru-gurulah buat akak berjaya pada hari ini...
 
Insiden ibubapa yang menyerang guru-guru di sekolah...sampai menyaman segala tu memang pada akak tak patut sungguh. Bagi akak..tiap pelajar tu tertakluk pada undang-undang sekolah dan wajar mereka dikenakan denda sekiranya melanggar disiplin sekolah. Setakat duduk di atas jalan tu apalah sangat....Bukannya patah riuk budak tu.. Cuba korang contohi budaya mendidik cara Jepun ni...
 
Kalau dah ibubapa sendiri tak menghormati guru...jangan mimpi lah anak-anak korang tu yang memuliakan guru-guru yang memberi ilmu ni. Of coz lah kan..dah "bapak borek anaknya rintik".
 
Sokong kalau Kementerian Pelajaran mewartakan undang-undang sebat di sekolah macam kami dulu-dulu...

PAMERAN KERETA DI MINES

12/11/2016 tak der apa nak buat time ni..hubby dengan abang ajak jenjalan ke The Mines. Bukan nak shopping tapi nak tengok pameran kereta terbaru yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat. Kebetulan Abang menang tiket masuk so save duit akak RM40.00. Anak dara pun sebuk tergediks nak ngikut ..tak padan nak examnyer...

Melangkah jer kat dalam galeri pameran tu, mata akak terbontang beso nengok kereta2 yang dipamerkan. Antara kereta yang menjadi idaman kolbu hubby akak...hehe...(selera besor dia ni)

Rega dia dalam 200k-300k gitew...
 
besor...tengelam akak dek non!
 
Ni keta idaman akak..
 
 
 
 
Tapi akak ni jenis sayang duit...tengah fikir..fikir dan fikir untuk tukar kereta lain...Cari gak Toyota Harrier tak dek plak dipamerkan..huhu


Sunday, November 6, 2016

SERBA SALAH DIBUATNYA..

Antara bos lelaki dengan bos pompuan..mana pilihan korang? Eik dah macam tajuk lagu lak "Perawan atau janda"...

Mostly mesti korang pilih bos lelaki kan sebab rata-rata kata bos pompuan ni cerewet la..bossy la...membebel la dan sewaktu dengannya. Aku dulu memang tak merasa pun dapat bos pompuan so tak boleh la nak buat perbandingan.

Tapi tau tak korang..bukan semua bos pompuan ni perangai teruk yang suka nak cari kesalahan orang bawahan dia. Kalau ko tak buat salah...tak de giler dia nak meroyan tak tentu pasal..Aku ada experience dengan kerenah staff yang tak de disiplin..Pun selama ni tak penah aku ambil tindakan. Bukan seminggu dua dia buat perangai macam ni tapi dah bertahun... Dalam seminggu 2 hari datang...3 hari relax..Big bos pun tak berani buat camni..ada waktu anjal plak...

Tapi kebaikan aku tu buat dia ambik kesempatan plak...Suka suki dia jer nak tak datang ke pejabat tanpa maklumkan pada kami. Sudahnya kerja dia terbengkalai dan aku plak terpaksa turun padang menyelesaikan kerja dia..Of coz la seronok kan?..datang keja..semua dah settled.

Dah pernah kena tindakan disiplin pun tak merubah apa-apa..Hati kering sungguh..So..jangan marah aku yer..kalau tindakan aku kali ni buat kau dan yang sewaktu dengannya tu...marah..Aku dah cukup berlembut dengan ko selama ni.

DENGARKAN DAN PERKENANKAN DOAKU YA ALLAH...

Saat ni..aku terasa begitu kerdil bila berbicara denganNya...Rasa malu meminta dan terus meminta sedangkan pemberianku padaNya tak seberapa...Jujur kukatakan, aku tak punya tempat untuk mengadu selain dariMu kerana selama ni hanya Engkau yang selalu sudi malah tanpa jemu mendengar rintihanku.

Hari ini..7hb Nov 2016, aku menghantar Baby ke sekolah dengan berbekalkan doa yang tidak putus-putus. Cuma itu yang dapat kuberikan selain kata-kata semangat untuknya...

Muga dia beroleh kejayaan cemerlang seperti yang diimpikan. Tuhan...dengarkan doaku..kabulkanlah permintaan hambaMu ini...