Tuesday, January 31, 2017

SIAPA SANGKA NAK JADI...

Sapa sangka..cempedak menjadi nangka...Kih! Kih! Elok2 sihat walafiat..tup2 terbaring jer atas katil..

Untung sempat gi lunch kat KGNS kat Kelana Jaya dan sempat celebrate birthday office mate...Tak sangka plak akak buat stunt terjun tiruk kat tangga office time nak balik.

Time baru jatuh tu memang terkejut sangat sampai tak rasa sakit apa pun. Tapi on the way menuju parking lot..mak oii terasa pedih berdenyut-denyut. Still control lagi sambil mantain dengan high heel nyer.

Alhamdulillah..selepas xray di klinik berdekatan rumah..nothing serious cuma terseliuh. Kadangkala bila ditimpa musibah macam tu..kita sering menyalahkan takdir tapi disetiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi..

At least aku tau yang hubby aku betul-betul sayang dan caring kat aku. Tengah malam pun dia dok bangun sapu minyak kat kaki aku yang bengkak..sampaikan makanan pun dihantar ke bilik tau. Tu belum lagi dia beli macam-macam jenis susu untuk kuatkan tulang katanya..

So sepanjang 2 days MC tu..keja aku..makan.. tidur dan berwhatapps dengan adik aku jer kejanya...

Sunday, January 22, 2017

PASAL PLASTIK PUN KECOH!

Sekarang ni heboh la depa dok kalut pasal isu plastik kat Selangor ni yang dikatakan nak "bebas" dari penggunaan plastik. Memang akak pun sambut baik cadangan tu sebab iyer lah kan...korang pun rasanya tau sebab apa plastik tu tak elok digunakan. Kalau di explain kang,..plak ceritanya.
 
Tapi ada part yang akak kurang setuju la. Katanya nak hapuskan penggunaan plastik...tapi apa hal plak ada statement mengatakan kalau ko request gak nak plastik masa shopping kat pasaraya tu..depa akan charge kita RM0.20. Kompius akak sekejap..tadi kata nak hapuskan penggunaan plastik..ni yang korang bagi gak tu amende nyer tu? Dah tu..CHARGE lagi?
Hasil carian imej untuk plastik bag
 
 
 
Bagi akak, tu bukan kempen nak menghapuskan penggunaan plastik tapi kempen nak menambah beban rakyat lagi. Dalam banyak-banyak cara, tak kan la ko tak fikir camner nak hapuskan penggunaan plastik ni DAN tukarkannya dengan penggunaan karung kertas cam Negara Barat tu buat!
 
Imej yang berkaitan
 
 
 
 
Katakan kertas tu boleh digunapakai dan senang nak recycle kan? So gunalah cara tu...So simple dan tak yah nak menyusahkan rakyat dengan charge merepek tu..
 
Satu lagi yang akak heran..sebelum Selangor charge pengunaan beg plastik ni...KL dulu dah mulakan..Tapi apasal bila Selangor buat benda yang sama, kecoh satu Malaya walhal KL pun 2 x 5. Kata dulang paku serpih...kata orang..korang lagi lebih!
 
Harap la cadangan akak yang sekolah tak tinggi mana ni diterima pakai untuk kesejahteraan rakyat yer...

MEH KITA DECO RUMAH...

 


Even akak ni wanita bekerjaya...tapi sebagai seorang yg dah bekeluarga..of coz la minat mendeco tu akan datang dengan sendirinya. Mentelah pulak, akak penah bekerja di syarikat Interior Design sebelum ni. Rasa seronok dan teruja bila menengok hiasan samada dari majalah atau pun dari group yang memang berkongsi minat dengan akak.
 
Nak menghias rumah ni tak perlu berbelanja besor..memadai dengan kreativiti memasing..Kalau dah memang kantung poket tu jenis XXL memang tak der masalah nak pilih barangan ..cekup jer!.Kadang-kadang tu akak tengok ada barangan yang betul-betul murah tapi masih kelihatan mables
bila dihias ditempat yang sesuai. contohnya camni...
 
caye tak kalau akak kata ni beli kat kedai 2 hengget !
(credit : Jamila Nurahman)
 
Bunga pun memainkan peranan sebagai penyeri rumah ..setuju dak??. Justeru itu, akak nak menanam balik minat akak terhadap bunga ni yang sekian lama berkubur. Bukan tak minat tapi hubby kata kesian kat bunga tu hidup segan mati tak mati-mati..(hehe ..tak bersiram...)
 
(Credit : Fatin Adibah)
 
Image may contain: plant, flower and nature
(Credit : Siti Hajar Sheikh)
 









Akak sejak dulu minat giler (kata bebudak sekarang..hehe) dengan replica itik. Huh! pantang nampak
patung itik...melekat mata mata kat situ terus!
 
(Credit : Sabariah Zainuddin)
 
Jom kita deco rumah sama-sama...Dari dok mengumpat orang..buat kerja tak pekdah tu..baik la kita kemas dan hias rumah...laki hangpa pun makin lip lap sayang...tak gitew?
 
 

Monday, January 16, 2017

MANA NAK CARI IKAN TILAN??

Bagi pengemar ikan mesti kenal rupa ikan tilan ni camner kan? Akak dok tengah mencari ikan ni tau! Bukan untuk dimakan tapi untuk dibela idup-idup. Tapi bukan la untuk koleksi kolam akak tapi untuk aquarium cik hubby aku yang dok melilau ke Pudu ulang alik mencari ikan "kesayangan" dia ni.
 
Pelik gak selera hubby aku ni..tang mana cantiknya ikan tilan ni?? Nengok ajer dah mengelinjang badan sebab rupa dia dah cam ulor tinggal lagi pendek sket jer.. Kalau aku disuruh pegang...mati kena bunuh pun sanggup dari memegang ikan ni..
 
Hasil carian imej untuk ikan tilan
Ni ler rhope ikan kesayangan dia tu...mak tak kuasa!!
 
Tapi dek kesiankan hubby aku yang berkabung kesedihan atas kematian 2 ekor ikan tilannya baru-baru ni..aku try la mencari "madu-madu" baru aku tu sebagai ganti.
 

PENAT JADI HOUSE WIFE NI...

Tabik spring bertengkek-tengkek kat surirumah aka house wife yang boleh dok umah sepanjang hari mengemas..memasak dan menjaga anak. Aku? bukan tak boleh tapi....(panjang tapi nyer) mungkin dah biasa bekerja di pejabat, rasanya dok sepanjang hari diumah tu membosankan..

Mengemas rumah tu memang memenatkan...tapi happy sangat bila tengok umah kemas, bersih dan tersusun.Umah aku yang sekangkang kera tu pun hampir putus nyawa nak mengemas atas bawah..Tu pun sehari tak cukup nak cover semua tu. Camner la orang yang rumah sebesar masjid tu yek? Mesti maid dia terbontang kepenatan.



Hasil carian imej untuk mengemas rumah dengan cepat
 
Tak pe...pelan-pelan kayuh...buat yang mana terdaya. Almaklum aku ni wanita bekerjaya dan yang memilih untuk bekerja pun aku gak..So pandai-pandai la bagi masa.. Anggap la semua ni exercise untuk forever slim (ayat memujuk diri sendiri)

Sunday, January 15, 2017

TRIP TO BANDUNG... LAGI???

Walaupun ni kali ke 4 akak ke Indonesia..tapi akak tetap excited you.. Nama nyer lagi nak bershopping kan. Dulu pergi ke sana sekali dengan melancung kat tempat-tempat sejarah depa cam Tangkuban Perahu...tapi kali ni akak akan gunakan masa 6 days 5 Night ni utk shopping..
 
Kalau dulu pergi dengan family dan trip CIMB..kali ni akak berjumba bersama teman persekolahan aka "adik beradik" masa form 5 dulu..Berempat jer u olls..Ramai-ramai kang..susah lak nak mengawalnya tambahan yang pegi ni semua kaki shopping. Nanti sorang ke timur, sorang ke selatan..
 
Luggage tak la amik banyak cuma 20kg jer plus handcarry 7 kg. Cukup rasanya..(setakat di Malaysia ni ler) tak tau lak smpai sana sok akak hilang pertimbangan dan kewarasan..keh!  Keh!. Terima kasih sgt kat hubby sebab rela melepaskan wife dia ni bersama teman-teman.. Tu tandanya hubby aku percaya wife dia pandai jaga diri kan?
 
Ni tengah buat senarai barang yang nak dibeli..Diaorang dah berjela-jela list nya. Aku? baru list satu barang..tu pun Abang punya...anak dara aku ni tgh dok diam..Sekali dia bgagi list mau penuh luggage aku tu dengan barang dia jer..
 
Lambatnya nak tunggu bulan nak shopping ni...Bila? Rahsia wokay...Sorry no order order yer...akak nak beli barang akak jer this time...Jangan marah...
 
 

Thursday, January 5, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Dah 6 hari masuk tahun baru ..baru ler nak update blog yerk... bz sebenornya meraikan birthday akak..

Pagi awal tahun tu, bersantai di restoren rebung kepunyaan Chef Ismail dan rakan kongsinya Sheikh Muzaffar angkasawan kita...Restoren ni letaknya kat tingkat 5, Taman Tasik Perdana..Melilau gak akak mencari mana pintu masuk nyer...Bersiap awal dari rumah tapi sajer kuar lambat..Sudahnya jammed plak di jalan...hambek ko!


Berjumpa la dengan rakan2 masa aku form 5 dulu. Maintain kengkawan aku ni..senang nak kenal rupa (tapi nama..lupa la pulak). Faktor umur you...Seronok jumpa kengkawan lama sampai nak makan pun tak hinggat dek berbual manjang.

Tak sangka ko..masa sekolah dulu..lelaki dan pompuan tak geng...
 
 
Inilah gambar sahabat aka adik beradikku (dah declare gitu tau)

Apa target korang untuk tahun 2017 ni. Aku..of coz la mengharapkan yang terbaik dari tahun-tahun sebelum ni...Jauh dari segala unsur negatif! Bersemangat sungguh nak meningkatkan taraf hidup dan juga taraf akhirat...

Doakan yang terbaik untuk akak yer...



KEBERKATAN REZEKI

Ramai orang mengeluh...naper tak cukup-cukup duit walaupun berpeluh mengais rezeki sana sini. Naper tak kaya-kaya...simpan duit tu kejap jer dalam bank (kadang-kadang tu kat tapak tangan lagi dah habis..) Heran kan??

Cuba kita x-ray diri kita...adakah rezeki yang kita dapat selama ni adalah rezeki yang berkat. Faham tak apa itu BERKAT?. Berkat tu dik..maksudnya rezeki yang ko terima tu tiada unsur-unsur haram. Banyak contoh unsur haram ni dik tapi kebanyakan manusia di bumi Allah ni ada yang tak tahu dan tak nak amik tahu bab hukum hakam ni. Ada gak yang buat hukum sendiri dengan menghalalkan apa yang dibuat...

Kadang-kadang tu..manusia ni selalu terlepas pandang atau sajer tak mo pandang isu tentang hak orang lain. Hak orang...terang-terang bunyinya HAK ORANG KANN?? mengapa kita nak nafikan walau pun zahirnya kita tau tu jelas ada hak orang lain. Tak kisahlah orang yang empunya hak tu billionaire sekalipun..yang pasti kalau itu hak dia...tak ada orang boleh pertikaikan.

Dalam isu berkongsi dalam apa jua..there must be ada portion masing-masing. Tak gitew??. So, tak boleh la ko nak pulun sorang-sorang dan buat alasan yang tak masuk dek akal. Tak kan la dah tua-tua nak diajar lagi bab dan hukum hakam agama. Bukan akak yang saja-saja cakap yer...dalam Islam ada hukum tentang mengambil hak orang lain..Akak nak ngajar...akak ni belum pegi haji lagi...Lain la korang dah berkali-kali ke sana kan. Muhasabah la diri tu...

Rezeki yang berkat tu Insya Allah buat hidup kita cukup dalam serba serbinya ...Tak guna gak kalau rezeki banyak dapatnya tapi "orang punya" . Jenuh nak menjawab kat akhirat sok..

So..jangan kata akak tak payung..