Monday, March 13, 2017

PEMERHATI TAK BERTAULIAH...

Dalam hidup ni..perlu ke kita dengar apa kata orang tentang kita terutama benda-benda remeh lagi negatif? Aku rasa tak perlu kot sebab namanya lagi negatif kan..apasal plak nak menyemakkan fikiran mikir kata-kata sebegini.
 
Seingat aku lah..penampilan aku biasa-biasa jer..simple tapi kemas. Itu yang aku terapkan bila ke pejabat..Tapi tak sangka lak..akak ni dalam diam-diam diperhatikan dan dikomentar jugak tentang cara-cara penampilan akak selama ni.
 
Terdengarlah komen dari seseorang mengatakan yang akak ni nampak lebih muda dari usia. Itu akak tak boleh nak jawab dik..semua tu kerja Tuhan...dah rezeki kan..terima jer lah. Tapi yang tak sedap ayat dia tu bila dia citer kawan dia komen kata pakaian aku cam orang muda-muda..
 
Hello! aku pakai blouse dengan seluar casual jer ari tu..bukan seluar ketat yang nampak Miss V atau lurah punggung ke haper?? Tak kan lah kawan ko nak expect aku pakai kebaya atau baju kurung manjang... Sungguh tak faham manusia ni..ada jer yang tak kena di mata diaorang ni..Salah aku ke kalau aku kelihatan lebih muda dari usia hanya kerana memakai blouse dan seluar??

Tu la dia orang Melayu kita..tak der keja lain nak jadi juri mengomen orang jer kejanya. Apakata dari ko sibuk menjaga pakaian orang lain..lebih baik ko tengok pakaian ko sendiri dan paling penting ko cuci bersih-bersih hati tu agar jangan suka nak buat dosa.

Since pakaian aku tu tak mendedahkan aurat..aku tak kisah la korang nak cakap apa pun sebab yang pasti korang dengki tengok orang lebih cantik dari korang kan...

#Sila main jauh-jauh

HIASAN LAMAN DEPAN RUMAH..

Kalau ikut plan dalam kepala ni..macam-macam akak nak buat untuk memperindahkan lagi suasana rumah ni. Tapi kekangan masa dan juga kemalasan yang melanda membuat akak menundanya dari hari ke hari sampai la ni tak buat-buat.

Sebenarnya kena ada moral support gak dari sang hubby. Ni tak..asyik nak kondem jer plan aku..alas an jangan citer la..nyamuk la..semak la...But bagi aku it much more better compare dengan dia letak barang perkakasan kebun dia kat porch tu.


Sebenarnya, akak berhajat sangat nak tanam pepohon hijau untuk menghijaukan rumah akak ni. Sekarang ni tengah memilih pokok yang sesuai ditanam bagi mewujudkan tema ala Bali ciptaan hubby akak tu. Bukan semua pokok bunga sesuai dik nonnn..

Febret akak....

MENGHITUNG HARI..

Menghitung hari...kuar lagu Kris Dayanti plak dahhh...Memang la aku dok menghitung hari ni..Excited sesangat sampai rasa cam nak tukar jer haribulan calendar tu kasi cepat sket..hehe
 
Pasai apa cikkk?. Memang la ada pasai nyer...Kalau tak tak dak la cik lagu nih!. Aku nak berlibur ke Bandung Indonesia 1hb March ni..Kalau sebelum ni pergi ke mana-mana dengan family tapi kali ni aku bershopping dengan kengkawan sekolah masa form 5 dulu.. Even masing-masing dah berumur tapi weolls masih contact each other tau...Ni yang nak buat rombongan Cik Kiah ke sana ni. Tapi tak la semua dalam group..4 orang jew..
 
Persiapan awal seperti tiket, luggage, food dan transportation semua dah diuruskan Kak Anis..Boleh jadi leader dia ni..Dia gak ler yang uruskan pertukaran matawang kami termasuk boarding pass. Hah ko..tinggal bawak badan jer kat Aiport KLIA 2 nanti.
 
Persiapan kami plak..menyediakan list barangan yang perlu (ada gak yang tak perlu )dibeli. Depa dah berjela-jela listnya sedangkan aku tak sampai 10 barang..huhu (nak nangis pun ada) Ikutkan memang tak de benda penting yang aku nak beli kat sana cuma saje nak buang duit yang lebih ni...(krik!.krik!)
 
Paling penting aku pergi ke sana atas restu hubby dan dia gak yang sponsor duit shopping hakak. Hoyeyy!! Insya Allah.. kalau aku ingatlah yer..aku post gambar kat sana dalam blog ni..