Thursday, August 5, 2010

SAPA-SAPA PUN BOLEH TERBANG

.
Aku ada pengalaman naik AirAsia sewaktu gi Sarawak bersama family dulu. Memang aku puas hati dengan khidmat yg diberikan. Dari segi layanan, tak ada bezanya dengan services yg diberikan oleh sistem penerbangan yg lain.Apa yg aku suka tentang AirAsia ni ialah tambang yg ditawarkan tu memang berpatutan dan mampu untuk semua golongan.

Untuk pengetahun umum. AirAsia ada membuat jualan Mega dari 2-10 Ogos. Tambang dari
KL ke Penang, tambangnya cuma RM29.KL ke Bangkok plak cuma RM69 dan paling jauh KL ke London cuma RM699! Leh shoppingggg ko!!!

Kalu rase2nya ada plan nak gi tempat2 cenggini, rebut ler peluang ni, tempah awal2..lambat nanti, korang gigit jari...

Wednesday, August 4, 2010

ROAD REELS MUFORS

Menurut kajian dalam media massa, dalam satu hari lebih kurang sebanyak 18 nyawa terkorban di jalanraya. Dah bermacam2 langkah yg Kerajaan Malaysia buat utk menangani masalah ni tapi sejauh mana keberkesanannya??..

Dalam blog aku ni, korang perasan tak ade satu contest yg terbuka kepada pelajar kolej dan Universiti yang menjanjikan hadiah yg agak lumayan gak. Korang diminta mencipta satu filem pendek berdasarkan tema "Sikap atau pun attitude di Jalanraya" .

Filem tersebut hendaklah menceritakan tentang sikap pengguna jalanraya di Malaysia ni samada dalam bentuk yg positif maupun yg negatif.Sekurang2nya ia dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya tentang keselamatan yg perlu dititik beratkan.

Kalu nak tahu lebih lanjut, click ler kat situ dan baca ler apa yg patut..Rugi kalu lepaskan peluang ni, tak susah pun nak dapatkan RM10k tu. Cuma perlu daya kreativiti korang sikit. Kolej atau Universiti tempat pelajar tersebut study juga akan dapat imbuhan sebanyak RM3,000. So, apalagi click! jangan tak click!

Aku teruja bila melihat satu produk baru yg akan dipasarkan tak lama lagi. Handphone model E5 yg memang sesuai utk golongan profesional cam kita2 nie.

Khabarnya di Malaysia ni, keluaran Nokia E5 ni didatangkan dgn dua warna iaitu hitam dan putih yg akan berada di pasaran minggu ni. Seperti handphone lain yg canggih2 ni, E5 ni pun dilengkapi dgn 5.00 megapiksel siap dgn lampu flash LED lagi.Di samping tu gak, dia dimuatkan dgn akaun e-mel seperti Yahoo, Hotmail, Gmail, Window Live, Ovi Mail, Microsoft Exchange dan IBM lotus Notes Traveler Business.

Tak terkecuali, internet dan perhidmatan data untuk WLAN, Tri-band dan GPRS. Pendek kata, tak rugi la kalu sapa2 berminat nak membeli model E5 ni. Kata orang alah membeli, menang memakai. Tapi kalu korang nak tahu, harganya pun taklah membebankan pengguna. Sesuai dgn kecanggihan model ni, aku rasa harganya tu mmg berpatutan...

Ingat nak pujuk hubby aku beli handphone ni...jatuh cinta plak dgn rupanya...ahaks.

Tuesday, August 3, 2010

SYUKUR PADAMU YA ALLAH..

Syukur pada Allah kerana mengabulkan doaku..Person yg langgar keta aku ari tu dah dapat traced. Tu pon setelah hubby aku amik cuti utk jumpa sendiri dgn pegawai polis tersbt. Owner keta tu janji akan biaya sumer expenses incurred. Tu pun setelah hubby aku pegi ke rumah dia.

Tu lah sikap manusia yg tak de tanggung jawab..Ko dah tima surat mintak gi buat repot, buat jer lah. Ni tak! diam menikus kat umah..Siap sorok kenderaan lagi.. Malaysia ni kecik jer..Anyway ko nak lari mana???..Nasib baik ler hubby aku yg settle dgn ko..kalu aku yg pegi tadi, dah aku bagi four letter words kat p'poan tu...

Sakit bijik mata aku setiap kali tgk keta vios aku tu. Dengan bonet tak leh bukak, dia dah langgar keta orang tak reti nak bertanggung jawab. Serik gak aku berurusan dgn pihak polis ni. Nak mintak surat hasil siasatan tu pun payah. Ade je alasan yg dia beri..Susah sangat ke nak prepare surat sekeping camtu. Korang jgn ler bagi aku ni labelkan sumer Jabatan Kerajaan tu slow tang buat keja ni hanya kerana sorang dua yg buat perangai curi tulang cam ni..Aduii..susah2 sgt Abg Sarjan, bagi jer aku taip surat tu, tak payah tunggu 14 hari, 10 minit pun tak sampai!!
Korang baca tak paper ari ni pasal Jab. Agama Islam Melaka membenarkan remaja perempuan berusia 16thn dan lelaki berusia 18thn berkhawin. Memang ler niat mereka tu murni bagi mengelakkan maksiat cam pembuangan anak yg kian menjadi2 sekrg nih. Tapi aku tetap nampak negatif lebih byk dari positifnya.

Cuba korang bayangkan ..diusia muda ni dorang nak pikul satu tanggungjawab yg besar. Berkahwin tu bukan setakat beranak jer adik2 oii..tanggungjawab utk menjaga rumahtangga tu tak semudah yg dibayangkan. Lagipun, dalam usia lelaki yg muda camtu, alahai dek, makan ko pun mak bapak yg tanggung...duit motor pun mintak mak..nak kahwin?? alamat mati kebulur anak orang tak makan. yang perempuan plak, eiiih masak pun tak reti,ada hati ko nak kahwin ?

Motif utama mereka , nak elakkan pembuangan bayi secara haram.Aku faham tapi cuba ko bayangkan jika rumahtangga mereka ni gagal, usah kata bayi yg dibuang, mak bayi tu pun belum tentu nasibnya..Silap haribulan kita kena tubuhkan plak pusat janda2 muda yg ditinggal suami.Peratus perceraian diusia muda pun akan meningkat. Caye lah..

Pada aku ler, usia camtu korang patut ada dibangku sekolah mengejar ilmu..Apalah sangat nak dikejarkan kahwin tu, korang dah keja sok, lantaklah nak kahwin 4 sekali gus pun boleh ...

Pada pihak yg berkenaan, dari mengalakkan remaja ni berkhawin dlm usia muda, ade baiknya dibenteras penjualan video lucah yg berleluasa skrg ni. Tu punca utama mengapa remaja terjebak dalam kancah maksiat..Pihak polis patut diberi kuasa utk memeriksa hp remaja yg gemar download video lucah. Dah macam koleksi peribadi plak.

ORANG CAMNI PON ADERR...

Aku paling ler tak suka kalu anak2 aku ajak tengok wayang. Masa zaman remaja dulu, memang ler aku enjoy kalu tengok wayang bersama kengkawan..tapi bila dah kahwin ni, kena plak dgn hubby yg tak brapa suka tgk wayang ni..terikut2 lak aku.

Lagi pun suasana dalam panggung tu kengkadang buat aku tension. Di bawah ni, diantara perkara yg paling aku benci @ meluat berlaku dalam panggung tu.

1. Ada mamat tak sekolah tu dok kat belakang aku dan letak kakinya atas kerusi
kat sebelah aku. Baunya mmg cam setan..Dasar mamat pemalas!!

2. Bermadu asmara kat dalam panggung. Rase cam nak hentak jer pala couple ni.
Terlentuk2 sampai menganggu pemandangan org yg ada kat belakang. Dah tu buat
buat benda tak senonoh. Aku dok berdehem pun..dia buat bodoh jer..Mmg bodoh
kot??

3. Yang bwk anak kecik..Org nak tgk wayang..anak dia dok menangis wuahhh ..
wuahhh!!!Mak dia plak buat tak dengar..Pekak ke haper?

4. Ade plak jurucakap bagi filem yg tengah ditayangkan..Contohnya dia akan bagi
tau apa yg akan jadi seterusnya..Nak jer aku ckp...apa kata ko berdiri kat
depan screen tu..ko ajer yg berlakon depan tu..Manusia cam ni pun ade gak!!

Pendekkata kalu tak minat tu ade jer lah alasan nya tak mau pegi kan..keh keh! Tapi kalu anda salah sorang dari kategori di atas, tak yah ler masuk kat panggung tu...Menghilangkan mood orang jer nak menonton movie tu.

Friday, July 30, 2010

PUTERIKU NATASHA NAJWA....


Semalam aku tak lena tidur.. baby demam.Terpaksa ler hubby aku tido bilik lain sebb baby nak tidur sebelah aku gak.. Bila bangun tgh malam, aku rasa badan dia..urgh makin panas! Aku dah berkira2 nak bwk gak dia gi PUSRAWI tapi aku tahan gak menunggu ari siang.Sementara tu kepala dan badannya aku jaram dengan air. Udara sejuk dalam bilik tu pun tak mampu buat suhu baby turun...

Berdoa aku dalam hati..jgn le jadi apa2 kat satu2nya puteriku ni..Cukup la Allah duga ketabahan aku sewaktu mengandungkan dia dulu.. Berlaku kesilapan dan kecuaian pihak hospital yg mengatakan aku dijangkiti Herpatitis B. Lebih mengejutkan bila doktor kata, jika anakku selamat dilahirkan pon, dia pasti cacat..Ko bayangkan apa perasaan aku saat tu. Aku dapat berita gembira bila disahkan dpt baby girl dan dlm masa yg sama doktor sahkan anakku cacat!

Alhamdulillah setelah membuat pemeriksaan kedua, rupa2nya berlaku kesilapan..Namun aku masih trauma hinggakan waktu pertama kali aku menyusukan baby, aku memmeriksa keseluruhan tubuhku utk memastikan dia sempurna.

Memang ternyata Allah kurniakan aku seorang puteri yg sempurna..yg pandai mengambil hati mama,ayah, abg dan sumer keluarga. Semuga baby menjadi anak yg solehah..yg satu ketika nanti mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya. AMINNNN....