Monday, August 9, 2010

SORI KORANG ! AKU DEMAM...


Rase bersalah sgt dgn kengkawan kat opis aku. Ari ni sepatutnya ade majlis mkn2 sempena menyambut Ramadhan..(tak sebb ni pun opis aku ni mmg terkenal dgn pesta makan) tu sebb staff nyer segar bugar belaka accept me ok! ngeeeehhh!

Kami ditugaskan utk bwk makanan masing2 Seperti biasa, aku mmg confirm bawak fruit! Tu jer yg paling senang dapat aku sediakan. Lagi pun korang tak leh le nak komplen dan kutuk belakang aku kalu makanan yg di bawak tak sedap!.

Dari Ahad ari tu, badan aku dah start demam.Semalam aku gagahkan gak dtg opis. Nasib baik ler , sebb hero2 finance sumernya tak de. Yang cuti mmg ler cuti, yg sentiasa mencutikan diri tu jgn cite ler..tak dapek den nak nolong .

Balik keja, aku collapse terus, tak larat nak bangun, badan dah panas sejuk. Suara aku ni dah cam bapok dan paling teruk tu nak panggil hubby yg tido sebelah pun, dia tak reply sebb suara aku tak kuar lansung.Panas sgt kot masa gi kubur ari Ahad ari tu.

SANTAU

Di zaman moden yg serba maju ni memang susah nak percaya benda2 kurafat atau pun perbuatan seperti sihir ni masih lagi diamalkan. Ialah..selagi kita bernama manusia, selagi tu lah kita diuji dgn berbagai dugaan dari Allah.

Korang penah dengar tak santau? perbuatan terkutuk yg sering orang amalkan pada zaman dahulu. Perasaan irihati dan hasad dengki menutup hati manusia seperti ni utk membalas dendam mereka. Santau ni biasanya dikirim melalui makanan & minuman tapi ada jugak yg dikirim melalui angin.

Apa yg aku nak kongsi dgn korang ialah tentang kesihatan Abah. Memang mulanya aku tak suspect apa2 memandangkan Abah mmg tak penah ade musuh dan pada aku..Abah tu sebaik umat yg tak penah dengki jauh dari berdendam dgn orang. Tapi tergamak sungguh entah Hamba Allah mana yg tak takutkan dosa ni membuat Abah sengsara menahan kesakitan. Nasib baik santau yg diberi tu baru di peringkat permulaan dan masih boleh diubati.

Alhamdulillah..setelah Abah menjalani rawatan pertama, aku nampak Abah dah ada selera makan. Terima kasih buat blogger yg mendoakan kesihatan Abahku.

Buat insan di luar sana, ingatlah satu hati kelak, anda pun akan mati, rasakan lah azab dan balasan yg Allah janjikan untuk orang2 yg suka mengamalkan sihir ni. Bawak2 ler bertaubat sebelum nyawa anda terpisah dari jasad.

TANAH PUSAKA


Masa balik kampung ari tu, Abah tunjukkan kepada kami adik beradik tanah sawah dan jugak tanah kelapa sawit di Salak. Dari kecil, aku dan adik beradik tak penah tengok pun tanah yg penah Abah dan mak usahakan selama ni utk membesarkan kami.

Pesan Abah, tanah ni dia beli hasil susah payah dia menyimpan duit demi utk anak2nya. Jadi walau camner susah sekalipun, Abah tak bagi kami jual tanah pusaka ni. Ini di antara kenangan yg Abah dan mak tinggalkan selain dari harta2 lain. (Cam harta Ismet Ulam Raja plak)

Anyway aku tabik dgn kegigihan Abah, biar susah camner pun, Abah tak penah terfikir menjual harta yg dimilikinya. InsyaAllah, aku janji Abah, kami akan menjaga harta peninggalan Abah ni sebaik mungkin.

LUAHAN YG TERBUKU DIKALBU


Ahad lepas, aku,emak, Abah dan two of my brother balik kg di Perak. Abah kata sebelum tibanya Ramadhan..dia nak melawat pusara orang tuanya. Mak pun gitu. Before this, kami dah pegi kubur sebelah emak tapi tak cam tempatnya memandangkan dah ditebang segala mala pokok2 dan ada plak tali air berdekatan.

Mak agak emosional masa ziarah kubur tu,mungkin mak dah lama simpan apa yg terbuku dihatinya, masa tu dia menangis..Antara kata2 yg kudengar begitu menghiris perasaanku ialah "Orang lain merasa gak kasihsayang mak tapi nah ni..muka mak pun nah tak kenal..Luruh airmataku mendengar rintihannya. Walapun aku tak melalui apa yg dilalui emak, tapi aku amat memahaminya.

Aku tak boleh bayangkan satu hari nanti, aku akan kehilangan emak, tempat aku mengadu segala masalah dan tempat bergaduh gak...Apa pun, aku redha dgn segala yg Allah tentukan dalam hidupku. Cuma harap2 mak sempat melihat cucunya mendirikan rumahtangga.

Saturday, August 7, 2010

DEMAND SI ANAK DARA..


Masa aku kecil dulu memang teringin sangat nak ada bilik sendiri. Tapi memandangkan adik beradik yg ramai, impian tu terpaksa ler aku pendamkan saja. Tapi bila dah berumahtangga ni, aku zahirkan impianku itu pada bilik anak daraku. Dia cuma bagi tau saje bagaimana rupa yg dia mau.Biliknya kami cat dan hias sendiri. Memang le penat sebb makan masa berhari2 gak baru siap. Maklum bukan tangan org profesional yg membuatnya.

Apa pun,kami puas hati sebb baby suka dgn interior design yg mama dan ayahnya buat. Tinggal sikit lagi jer aku nak make over bilik dia ni..Nak letak bidai kat tingkap biliknya sebb baby ni penakut sangat bila tgk tingkat tu cuma berlangsirkan langsir yg jarang. Macam2 benda yg dia terbayang..katanya...

Harap2 peh ni, baby tak menyempit lagi dalam bilik tidur aku..tu kira bertuah ler kalu dia bwk toto ke bilik aku.. Kalau tak tu, sardin jer muka dia naik atas katil.
Aduiii sempit tu! tido 3 org satu katil..

AKHIRNYA DAPAT GAK YG DICARI2


Dah lama sebenarnya aku mencari benda ni .Treasure ni selain dari hiasan di kaki katil, boleh gak dibuat tempat menyimpan comforter. Nampak lebih kemas kan.. Dulu Fella Design penah buat sale kat umah aku tapi belum sempat aku beli, dah "sold".

Kebetulan hari Jumaat, masa lunchnya kan panjang..so aku ajak kengkawan gi Fella Design kat Subang ni jer.. I tell you..mmg rambang mata dibuatnya bila tgk perabot dan kain langsirnya. Cantik2 dan materialnya pun ok. Tapi aku tak terfikir nak tukar langsir sebb langsir aku baru jer ganti.

Raya tahun ni, aku plan nak buat tema merah..Anak-anak tak kisah ikut jer apa yg aku plan tapi ayahnya biasa ler...tema bebas!!Tak kisahlah kan.

Friday, August 6, 2010

MUGA ABAH CEPAT SEMBUH...

Kesihatan abah makin teruk...Walaupun abah dah berhenti merokok tapi batuknya tetap makin terok hinggakan suaranya jadi semakin serak dan hampir tak kedengaran. Kengkadang aku kesian tengok Abah bila emak marah2 kat dia. Aku tak salahkan mak pun..mungkin dia dah penat sangat melayan kerenah Abah yg agak cerewet tu. Tambah lagi mak pun tak berapa sihat..

Cam semalam..emak call aku mintak tolong carikan ikan keli berlada. Puas gak le aku pusing kat kedai2 makan tanya kot2 ada..tapi hampa. Mungkin dah rezeki Abah, kedai terakhir yg aku pegi tu memang ada ikan yg diminta.. Masa Abah mkn tu, aku rase sebak sangat sampai menitis air mata melihat kepayahan dia menelan makanan tu. Nasi yg dimakannya pun 1/2 senduk jer..Tak pelah..sekurang2nya Abah makan setelah hampir 3 hari tak menjamah makanan.

Kebelakangan ni abah sering minta anak2 membelikan benda2 makanan yg dia tak penah makan sebelum ni..Tak pelah..mintak lah apa sajer Abah, akan kuusahakan untuk mencarinya. Aku sanggup buat apa saje demi Abah..

Cepat le sembuh Abah...aku rindu sangat dengan usikan dan gurau senda abah dgn anak cucunya seperti hari2 sebelum ni. Ya Allah..dengankanlah permintaanku ini..