Wednesday, January 5, 2011

MINYAK NAIK LAGI!


Bagi aku dah tak rasa heran dah! Korang terkejut ke dengar berita tu?. Harga minyak baru lagi dinaikkan...ni naik lagi 10sen. Apa nak jadi ni?. Harga minyak naik, satu hal ler, tapi tengok ler nanti...mesti ada barang lain naik berikutan kesan kenaikan harga minyak tu.

Rakyat didahulukan...pencapaian diutamakan. Boleh ke dikira pakai slogan ni? Bukan apa, terfikir gak aku, tang mana pulak yg dikatakan rakyat tu didahulukan?. Secara pandangan kasarnya, rakyat seperti aku ni cuma nampak seperti kerajaan mendahului rakyat. Dalam ertikata lain,banyak benda lain seperti kemudahan atau keistimewaan yg diberi kepada pemimpin negara yg perlu ditarik balik bagi mengurangkan subsidi minyak yg ditanggung kerajaan seperti yg diwar2kan.

Aku tak ler berapa arif tentang soal politik ni tapi rasanya ada cara lain utk mengatasi masalah kenaikan harga minyak nih. Memandangkan aku ni cuma rakyat biasa, jadi permasalahan ini biarlah dibebankan di atas batu jemala pemimpin2 yg diberi tanggungjawab tu. Cuma satu jer aku berharap agar masalah ini tidak menyebabkan masalah lain pula yg timbul.

Sunday, January 2, 2011

LUPA BREAKFAST!


Satu habit aku yg paling tak elok ialah selalu sangat skip breakfast time. Bukan apa, bila dah sampai office, tengok meja yg bertimbun kerja...bersemangat buat kerja dulu sebelum amik breakfast. Sudahnya, aku hilang mood utk makan sebab perut dah penuh angin.


Rasanya tahun 2011 ni, aku perlu tukar tabiat buruk aku ni. Breakfast tu nampak cam tak penting jer kan..tapi sebenarnya ia memberi energy utk kita kelihatan cergas di pagi hari.

Nampak gayanya, untuk orang yg bz cam aku ni kenalah stand by something seperti Nestum, quarker oat atau setidak2nya minuman berkhasiat seperti milo, holicks dan sebagainya. Makanan dan minuman sebegini memang bagus cuma aku jer yg asyik dok lupa nak membawaknya dari rumah.

DIARY/PLANNER 2011


Time ni aku tertunggu2 gak mana client2 yg nak mengantor planner seperti kelaziman pada tiap2 tahun sebelumnya. Before this, banyak plak ler aku terima diary ni..Sebab tulah aku tak kisah langsung nak membeli..Dah ada yg free kan..

Tahun ni, aku perlukan 2 planner. Nape sampai dua? Satu untuk merekod kerja2 di pejabat dan satu lagi of coz untuk personal. Sape kata utk personal tu tak penting?. Bagi aku, yg personal ler paling banyak yg aku nak rekodkan... Tahun ni, jadual aku agak padat dengan banyak agenda yg perlu dilaksanakan. Justeru itu ler , aku perlukan planner ni supaya jadual aku berjalan lancar.

Dah terbiasa sebenarnya aku mengatur perjalanan harianku dengan planner yg kubuat. Tujuannya supaya aku dapat mendisiplinkan diri dan paling penting aku teramat benci mempunyai tunggakan kerja yg bertimbun2 seperti sampah di Bukit Tagar tu. Kepuasan terbit bila melihat hasil kerja dan pencapaian tugas yg telah terlaksana!

HARI PERSEKOLAHAN BERMULA DAH!

Excited benor Baby bangun pagi ni. Sekali panggil nama dia jer nah! tegak bangun!. Biasa ler hari pertama kan...Kalu tak tu...sampaikan insiden tidur dalam bilik air pon ada budak ni...

Seronok gi sekolah sebab baju baru, kasut baru...Beg tahun lepas pertengahan tahun dah beli yg baru..masih dok mengesel mintak ayahnya beli yg baru gak...Tak balance ler ayah...sumer baru tapi beg tak baru...Alasan!

Punya semangat nak ke sekolah..Hah! amik ko! pukul 6.45 dah terpacak kat sekolah. Memang aku plan nak datang awal pun..sebab ari ni emak2 student tahun 1 mesti excited tengok anak dorang masuk sekolah. Cam aku dulu ler waktu Abang dan Baby masuk sekolah...

Aku sampai office pun terawal ler plak..7.20 am..Termangu2 sorang diri. So layari ler blog aku ni sekejap setelah lama berkulat tak bergerak time bz melayan emak kat hospital ari tu...

HAPPY BIRTHDAY UTK HANIE!


Tiap tahun...menjelang hari ulangtahunku..berbaur perasaan yg berbagai2 dalam hati ni. Rasa gembira..sedih..semua ada. Tahun berganti tahun....Syukur buatMu Ya Allah kerana masih mengizinkan aku bersama orang2 yg tersayang...

Gembira - Of coz ler sebab dapat present maaa!!!. Tahun ni, aku dapat grand punya...Rega leh tahan...+-450k!! Agak2 korang apa yer?? Teka ler sendiri yong! Caya tak? Betul...aku tak tipu!. Hadiah dari Hubby yg dah lama rupanya dia nak surprise kat aku..Tapi hadiah paling berharga tetap cintanya buat aku dan anak2...Sob! Sob! terharu aku wehhh....

Sedih - Sebab makin tua...umur aku dah masuk 46 years...Tapi nampak muda lagi kann?. keh! keh!Bagi aku, umur tu cuma angka jer...Yang penting, hidup ni perlu diisi dengan kebahagiaan..

SELAMAT TINGGAL 2010..SELAMAT DTG 2011


Tahun 2010 banyak mencatatkan kenangan suka duka perjalanan hidupku. Dugaan demi dugaan tak pernah mematahkan semangat aku. Kata orang, Jika banyak dugaan yg ditempuhi bermakna Tuhan sayang pada kita dan ingin menguji sejauhmana ketabahan dan kekuatan iman seseorang.

Tahun2 yg sebelumnya banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Jadi, untuk tahun 2011 ini, aku tinggalkan memori yg pahit dan akan mengenang memori indah untuk selamanya. Aku ingin jadi insan yg terus cemerlang dan hebat di masa hadapan.

Azam tahun baru? Aku ingin menyempurnakan azam tahun lepas yg mana belum lagi terlaksana!. Dan untuk tahun 2011 ni...aku punya azam untuk jadi yg lebih baik dari hari sebelumnya. Muga Allah mengabulkan permintaanku...

CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR!!


Seronok kalu dibayangkan turunnya salji tika Hari Krismas tiba...Tapi kita di Malaysia ni tak kurang meriahnya. Dengan hiasan pokok krimas yg cukup cantik di seluruh shopping complex.

Di Malaysia ni, kita memang bertuah sebab ada banyak perayaan yg boleh disambut contohnya HariRaya, Tahun Baru Cina dan Hari Depavali.

Tak ketinggalan anak2 kecil pun dah pandai merayakan hari2 tersebut. Anak saudara aku ni cukup teruja bila tengok cerita yg mengambarkan Santa Clause dengan kenderaan terbangnya yg membawa hadiah tu..

Paling kelakar bila dengar dia menyanyi lagu raya omputih tu Jinggle Bell! Jinggle Bell!. Lirik dia lain plak...Jin Togel! Jin Togel! cam confidence jer dia nyanyi depan public...Jadi ler yek...Asal ada bunyinya...