Sunday, April 1, 2012

TIPS UNTUK MEMUJUK ISTERI

Biasa ler kan..asam garam suami isteri mesti sekali sekala berselisih faham. Sapa kata dia tak penah gaduh memang pembohong besar dalam nusantara ni!.Tapi jangan la biarkan ianya berpanjangan. Berikut adalah tips yagn boleh diguna pakai untuk memujuk pasangan anda...

1) Ringan2 kan poket tu beli hadiah.
Alah...macam ler ko tak tau..hati perempuan ni, marah camner pun kalu dah dipujuk dengan hadiah...cair cam melt chocolate tu..Ahaks! aku ler tu..tiap kali merajuk, hubby aku dah tau apa nak buat..Tapi silap haribulan.habih sebulan gaji kalu merajuk tiap hari..Tu sebab jangan bagi aku merajuk okkkk...

(sebijik pun jadik argh)

2) Bisikan lagu2 cinta kegemarannya...
Keh Keh! yang ni memang tak jalan pada aku sebab suara hubby aku kalu nyanyi memang lari tempo. Muzik kemana dia kemana..Tapi sesetengah orang...boleh kembali tersenyum bila pasangan menyanyi lagu kegemaran dia...



3) Berikan kejutan Special.
Oppps! bukan kejutan yang membawa maut ya. Kalu terdapat insiden camtu, akak tak bertanggungjawab okay.Bawak lerr makan kat candle light dinner ker..tapi tempat romatis sket ler...Kedai mamak tu melampau ler ko!Karang dia plak bikin ko terkejut.

MENGAPA SUKA YANG BERUSIA

Topic kali ni bukan nak citer bab perempuan.. tapi bab lelaki yang berminat dengan wanita berusia. Tak Caye? Kena percaya sebab dah banyak malan dah biasa berlaku di kalangan masyarakat kita ni.

Persoalannya, mengapa lelaki ni boleh minat dengan wanita berusia..

1) Suka yang bersifat matang, Kalau yang sebaya tu mengedik2 lagi, manja terlampau yang membuatkan kebanyakan lelaki tu rimas.

2) Wanita berusia ni pandai mengambil hati dan pandai memujuk. Tak macam yang muda2 ni..asyik mintak dipujuk jer...

3) Yang ni aku cukup tak gemor! Lelaki yang suka wanita berusia ni segelintirnya malas berusaha..Tau nak hidup senang dengan reta orang..Kalu ada kategori camni...cakap kat dia.."Selamat Jalan Romeo" jer...Hampeh dot com.



Dari sekolah lagi, aku memang tak berminat dengan rakan sebaya apalagi dengan junior aku. Handsome maut camner pun..aku tetap reject bila tau dia bawah umur dari aku..Geli argh cam bercinta dengan bebudak jer.Tapi tulah kan...lagi aku mengelak...tapi yang aku jumpa muda dari aku gak..Tu yang kansel terus tu!

Sebagai wanita..of coz kita nak lelaki yang jenis melindungi kita. Ni kita plak cam kena jaga dia. Tu tak kira lagi bab perangai ala2 tak matang dia tu. Thru my experience..aku tak nampak leh aku leh get along dgn "adik2" ni. Tu pendapat aku tapi aku tau di luar sana, ramai pasangan bahagia yang mempunyai macam ni...

Bahagia dengan hubby yang cuma tua setahun jer....

BAJU RAYA..

Puasa belum lagi tapi kengkawan aku kat ofis dah riuh bercerita pasal tema baju raya. Advance tol bebudak nih...Aku ? hihi..cam biasa ler tak terfikir pun tema2 ni. Asal pakai baju jer dah kira okay..


Tapi kali ni, aku cam excited nak cari baju raya..tak tau ler tempah ke atau readymade. Tapi rasanya tak ada baju readymade yang cam aku endak ni..Pada mata aku, cantik ler fashion ni..colour nyer pun aku berkenan.

Saturday, March 31, 2012

TAKDIR NYA....

Siapa sangka sesuatu yang kita jangkakan kadangkala tak mengikut apa yang kita inginkan. Kalau ditanya pada semua orang of coz kita nak yang terbaik untuk kita. Namun ujian dari Tuhan perlu diterima dengan hati terbuka.

Begitu jugak dengan takdir buat adik bongsuku yang dikurniakan satu2nya puteri namun mempunyai masalah jantung sejak kecil. Waktu lahirnya, kami tak menjangka dia akan bertahan lama memandangkan kondisinya yang agak kritikal saat itu. Namun Tuhan masih mahu dia melihat dunia dan membahagiakan kedua ibubapanya...Dan tujuh tahun berlalu, dia seperti kanak2 lain aktif ke sana sini bermain.



Namun dia perlu menjalani pembedahan lagi selepas ini kerana jantung berlubang. Dugaan demi dugaan ditempuhi anak kecil ni namun usia sekecil ini masih belum mengerti apa2 jauh sekali mengerti erti kebimbangan yang ditanggung Mama dan Abahnya.



Semuga Allah memberi kekuatan buat kedua ibubapanya untuk menerima ketentuan dan ujian dariNya ini.

2ND REUNION





Mula2 cam malas nyer aku nak pergi reunion kali ke2 ni...tapi hubby aku dah bagi green light okey lah kan...





Maka..apalagi bermula ler perjumpaan kami . Punyer ler happy jumpa kengkawan lama. Paling seronok tu jumpa kawan2 yang tak datang masa 1st reunion dulu. Makanan? Jeng!Jeng! Jeng! memasing bawak sendiri! Portluck gitu.


Dengan nasi beriani,spagetti,bubur kacang, dan macam2 pencuci mulut. Udah cam party tupperware bila makcik2 ni berjumpa. Riuh rendah umah si Nita ni kami kerjakan. Nasib baik ler jiran sebelah menyebelah sporting..


(Gambar masa sekolah dulu...mengimbau kenangan manis)



Turn sape plak peh ni! Aku okay jer tapi bukan dalam jangka masa terdekat ni...Nanti ler dulu yer kengkawan...mungkin aku jemput korang datang kenduri kesyukuran rumah aku nanti..InsyaAllah

Friday, March 30, 2012

AKU TAK KISAH PUN...

Dalam dunia ni ...kemana pun korang pegi, mesti jumpa manusia yang tak leh tengok hidup ko bahagia dan senang. Merah jer mata dia bila rezeki ko mencurah2. Sakit jer hati dia bila tengok ko senyum dan bahagia.

Pelik kan manudia yang cenggini? Apa kaitan nyer kalu kita tersenyum bahagia dengan rezeki yagn melimpah ruah. Semua tu pun bukan datang bergolek dengan percuma jer. Atas usaha gigih kita jugak kan. Dia pun boleh jadi camtu malah lebih dari kita pun boleh.

Tak perlu kelat2 muka dan menambah kedutan di muka tu...Apalagi nak cantas rezeki orang dengan cara kotor..Peh tu buat muka suci depan kita seolah2 dia tu tak penah menganiaya kita. Tapi Tuhan tu sentiasa Adil.

Biar bagaimana pun ko cuba cara2 keji ko tu...rezeki orang yang kau aniaya tu tetap ada...malah berlipat ganda hari demi hari. Mesti ada blogger yang baca blog aku ni kata..eh cam bercakap thru experience jer...

Mmmph...korang rasa camner?......

DENDA KE DERA NI?



Rasa korang...kerja apa yang paling mudah dibuat?. Maksud aku ni jawatan. Menurut kajian ramai pihak kerja menyanyi paling mudah. Lorr yer ke?. Bukan sakit tekak ke melalak tak henti2. Kita yang mendengar ni memang ler tak rasa tapi cuma ko nyanyi satu lagu kat karaoke tu jer pun dah perit tekak dibuatnya.

Sebenarnya, tak ada kerja pun yang senang dalam hidup ni..semuanya menuntut ketekunan dan kesabaran kita. Nak citer ler sket kisah my niece yang baru masuk darjah 1 ni. Alkisah nyer cikgu dia yang baran ni membuatkan my niece takut nak gi sekolah. Bila dirisik2 baru ler tau citer yang dia dipukul dgn buku di kepala berkali2 hanya kerana kesalahan lambat membuat latihan yang diberikan.

Apa yang membuat aku terkilan tu ialah sikap guru tersebut yang tidak mempunyai sifat sabar dan etika perguruan yang sepatutnya. Dengan cara mengetuk kepala pelajar camtu, boleh ke menyelesaikan masalah? Bukan ke lebih baik jika guru tersebut menggunakan pendekatan mendidik. Kat Maktab atau pun Universiti dulu pun..mesti dah belajar psikologi kan?.

Aku akui..niece aku tu memang kadangkala nakal dan tak makan saman. Tapi budak2 kan..ada cara untuk menawan hati mereka untuk mengikut rentak kita...Denda tu bagi aku adalah langkah terakhir untuk pelajar yang masih bermasalah. Janganlah kerana ada masalah peribadi dengan family atau boyfriend...ko lampiaskan pada bebudak tu...