Wednesday, April 18, 2012

ULAM-ULAMAN



Aku rasa ramai di kalangan kita tak berapa gemar makan ulam-ulaman ni. Pahit..kelat dan kata adik aku udah cam kambing meragut rumput jer kalu tengok aku tengah memulun ulam.

Ulam ni sekali korang tengok cam makanan orang kampung jer tapi sebenarnya banyak khasiat yang korang tak tahu.
Ulam ni sebenarnya mengandungi kalsium, fosforus, besi, natrium dan kalium. Fuyohh!! cam tak caye kann....caye lah yer. Nidari kajian dan sumber yang benar.Contohnya jering Ulam jering ni ada sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan.

Petai tu aku leh masuk lagi tapi jering atau kerdas ni Mak Jemah mintak ampun..memang tak makan...tak lalu bau nyer wehhh..Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

Berikut ada ler sket info yang leh aku share bersama.

Asma
1 Bangun-Bangun
2 Peria Katak
3 Terung Telunjuk
4 Terung

Barah
1 Jarum Tujuh Bilah (Bintang Tujuh)

Batuk
1 Bangun-Bangun
2 Limau Kasturi
3 Terung Telunjuk
4 Terung
5 Lemuni Hitam

Bau Badan
1 Limau Purut

Bengkak
1 Salang

Beri-beri
1 Keremek

Bersih Darah
1. Ulam Raja


Bronkitis
1 Bangun-Bangun
2 Limau Kasturi

Buang Angin
1 Bangun-Bangun
2 Pudina

Cacing
1 Terong Belanda

Tapi yang pasti amalan memakan ulam-ulaman ni..kata omak den, awet mudo! Tu yang den suker tu...

Monday, April 16, 2012

DULU LAIN SEKARANG LAIN...

Korang penah dengar tak group lelaki ni kalu dah berborak. Apa gamak nyer topik paling popular depa citer?. Aku berkesempatan ler "menguping" (bahasa Indon) atau bahasa kita ni "terdengar" gosip depa ni.

Amboi banggg...sedap kome komplen pasal bini memasing yerrr!..Antara citer kelakar yang aku sempat nguping tu ialah (Dialognya) :

Suami : Lepas mandi..orang pakai ler minyak wangi...ni tak! dia pakai minyak angin..(mau tak hangin satu badan). Tengah sakit boleh tambah sakit tau!. Dah ler kita bau minyak angin. Kat meja solek tu..penuh dengan channel purfume bagai tapi tak pakai..Bila tanya, dia (isteri) kata nak kuar nanti ler baru pakai.

Suami : Tapi kita ni pun pelik gak...Kalau dia nak tidur pakai minyak wangi, kita plak gatai mulut tanya..you nak gi mana nih? Serba salah bini kita tu kan? Keh! Keh!. Gelak sakan ko nyer tapi tau tak per!

Suami : Aku heran ler...dorang ni cam ada ilmu...gi mana pun mesti ingat dorang (rindu ler tu)...Ehem! Ehem! pembetulan bang yer. Bukan ilmu yang sang isteri tu pakai...aura sorang isteri tu akan membuat sang suami sentiasa merasakan isteri disisi walaupun berjauhan.Suami ni tak yah pakai ilmu2 bagai....pergi ler jauh mana pun....dia akan cari gak isteri nyer jugak!


(Agak2 nyer kalu wife korang dah camni...korang sayang lagi tak?) Jawab jgn tak jawab!


Tapi yang bagus nyer penutup citer dorang ni bila one of the guy ni bagi tau..camner pun cantik girlfriend kat luar tu..kita akan cari isteri jugak sebab makan ler kat mana pun...masakan isteri gak yang sedap..



Tengok ler senyuman perempuan mana pun...senyuman isteri gak yang manis menawan. Kelas ko bang...Gitu ler baru mak respect and tabik spring kat jantan2 Malaya camni.Jangan cam berita bawah ni udah...Hish!!Selisih malaikat 44!



Teringat lagu "Pada Syurga Di wajahmu"...Terima kasih buat hubbyku yang juga menghargai dan menerima isterinya ini seadanya....

SEMBANG2 KOSONG...

Apa maknanya kalau kita tak suka orang tu tapi kita masih nak tau khabar nyer, perkembangan dirinya..hidup matinya...keh! Keh! over plak aku.Senang citer dia merisik khabar dalam senyap gitu...

Apa maknanya kalau tetiba hati teringat seseorang yang dah lama kita lupakan? Kira dah delete ler dalam diary hidup ni...

Mesti korang tanya naper ler aku merepek camni. Sajer jer...tetiba soalan ni terlintas di batu jemala aku. Tapi memang pun kan...sesuatu yang kita benci dan ingin kita buang jauh2 tu susah benar nak pupus dalam ingatan ni...Tak kira ler kita ni jenis yang pelupa ker...tapi bab tu gak yang sering menghantui kita cam citer hantu Mak Limah!

Korang ada tak tips untuk melupakan benda2 yg pahit maung ni?? kalu ada share yer dengan aku...

Sunday, April 15, 2012

KRITIKAN MEMBINA ATAU MEMBUNUH?

Heboh sekarang memperkatakan tentang kritikan Abg seniman kita Zed Zaidi yang cam tak puashati dengna kemenangan Aaron Aziz. Mak minat Aaron Aziz gak!. Sampai masuk rancangan melodi ler krisis mereka ni.



Apa yang aku nak cakap di sini ialah..dari pandangan mata kasar, memang ler kritikan Zed tu pedas menyengat. Tapi kalau difikirkan dari sudut positif, apa yang disuarakan oleh beliau tu sebenarnya ikhlas bagi pihak artis Malaysia yang seperti katakan ibarat menumpang di bumi sendiri.

Memang sejak dulu lagi, kita rakyat Malaysia ni taksub benor dengan artis luar..Apa yang diperkatakan Zed tu memang ada kebenarannya. Artis Malaysia kita susah nak mencari rezeki di bumi sendiri. Senang cakap cam dianaktirikan lah!. Zed menyuarakan bagi pihak artis Malaysia bukan untuk kepentingannya sendiri. Tu ler baru dikatakan pemimpin...jangan fikir tembolok sendiri jer...



Tapi selalunya kebenaran yang diperjuangkan tu pasti ada penentangannya. Bukan sumer orang suka benda2 baik ni...Apa pun akak nak tabik spring kat ko Zed...teruskan usaha anda meskipun dikecam pihak yang buta hati menerima kenyataan anda tu.

Thursday, April 12, 2012

TERINGIN

Hubby aku ni kengkadang tu cam orang pregnant mengidam. Tetiba jer..mintak nak makan itu..esok plak teringin nak makan ini. Cam malam semalam, dia mintak aku masakkan ikan keli goreng berlada. Goreng berlado tu mak tak kisah lagi tapi...goreng ikan keli ni cukup menyampah aku! Dengan meletup nyer..dah macam mercun das!

Tapi sayang kek suami punya pasal den masak gak untuk dio...tak masak kang merajuk muncung seminggu..tu yang tak sampai ati tu. Malam tu, aku masak beria2 ler..ikan keli tu sajer aku masak lebih sebab anak bujang aku ni memang peminat ikan keli berlada. Selalu dia puji masakan opahnya..dan paling tak sedap dia puji opah punya 1st class! Mau tak jealous omak ni!


(Masih atas dapur wehhhh)

Maka aku pun berusaha ler sebaik mungkin masak yang terbaik untuk insan2 yang kusayang ni. Mungkin dengan berkat usaha dan kesungguhan aku tu, doa aku Tuhan kabulkan.Jadik gak masakan aku setanding dengan emak! Tu ler pujian ikhlas dari anak bujangku.

Buktinya...ikan keli sepinggan penuh, licin ko! Alhamdulillah...Memang ler ikan keli tu licin...masalahnya tangan dan badan aku penuh dengan kesan minyak merecek..Nasib baik tak cacat muka aku ni...Malam tu..makan kami begitu berselera anak beranak siap dengan sambal mangga lagi tu!

APA DAH JADI?

Untuk pengetahuan sumer..akak masih waras lagi, masih sihat walafiat...Tapi cuti hari Rabu sempena Hari pertabalan sultan ari tu buat akak biol sekejap. Mana tak nyer..cuti tengah2 minggu kan?. Bila start keja balik hari Khamis tu..aku okey lagi. Memang tau ari tu Khamis pun...siap gelak2kan kawan aku ni yang sangka hari khamis tu Isnin.

Padan dengan muka aku sendiri! Ari ni..dengan penuh yakin nyer, aku melangkah kuar umah dengan berpakaian blouse dan seluar. Aku nak simple jer hari ni sebab menyangkakan hari ni hari Selasa...Sampai kat opis, tengok kengkawan bergaya sakan dengan baju kurung masing2.

Aku ni termanggu2 gak. Pehal dorang sumer alim nau hari ni???...Pakat berbaju kurung lagi. Bila aku tengok kalendar..Ya ampunnn...!!!hari Jumaat ko!!!Hah! tulah dia..gelakkan orang lagi...sekarang dia plak gelakkan aku..Tak per arghhhh, seri kita kan. Keh! Keh!

Baby ni pun satu...naper ler tak remind aku masa aku hantar dia ke sekolah tadi?. Selalunya dia ni ler becok menegur pakaian aku..Sajer nak kenakan mama ko ni yerrr...

Wednesday, April 11, 2012

HANYA DENGAN SMS JER...

Kata orang..ajal, maut..jodoh dan pertemuan tu semuanya kehendak Tuhan. Manusia hanya merancang tapi Tuhan menentukan segala2nya.Tapi sebagai manusia, kita tidak disuruh berserah bulat2 pada takdir tanpa berusaha kan??

Pagi tadi..on the way drice keta ke office..terkedu jap dengar berita di radio yang pelakon sensasi Rita Rudaini bercerai!. Mak Jemah ni tak ler terkejut citer2 bab bercerai ni tapi nasib tak tergigit lidahku bila dengar dia diceraikan melalui sms jer!. Wow! hebat teknologi zaman sekarang yer?. Cerai berai pun pakai sms!



Sebagai wanita..ni aku nak kongsi perasaaan ler sket dengan blogger sumer. Sehebat2 teknologi zamn sekarang pun..gunakanlah adab sopan ketimuran kita. Ko nak anak orang pun kena jumpa makbapak dia dulu...merisik..bertunang dan berkahwin kan. Kemain ko Jah..siap ada persiapan hantaran dan tempah pelamin bagai. Tapi naper bila dah hilang selera mata dan selera hati kat bini tu..ko buat cam kain buruk jer! Campak cenggitu jer.



Mana maruah ko sebagai lelaki. Apa salahnya, kalau dah tak suka tu..berpisah ler cara elok dan beradat sebagaimana ko mintak kat mak bapak dia dulu. Elo dik..omputih pun tak pakai sms ni tau. Dorang tu gentleman..cakap face to face bukan cam korang tu buat muka buku sabun cap kapak!.

Nabi kita pun meletakkan maruah seorang wanita tu ditempat yang sebaik2nya. Huh! time nak kahwin dulu kata nak ikut sunnnah Nabi...masa bercerai ni..tak ingat dunia plak yer. Pada korang kat luar sana tu..yang nak ikut trend bercerai thru sms ni..pikir ler dengan akal fikiran yer. Jangan biarkan setan yang tercongok kat kepala korang tu menguasai korang hingga buat perkara bodoh yang tak tercapai dek akal tu tau!

Marah tau aku ni!Berasappppp cam enjin turbo!!!