Tuesday, May 1, 2012

CARA NAK RELEASE TENSION...

Aku tak tau korang punya cara nak release tension korang tapi salah satu cara aku ialah gi Karaoke. 1st time aku gi dengan kengkawan ...Memang enjoy giles masa tu. Tak ingat dunia dan tak sedor suara cam katak panggil hujan. Ngehhh...

Aku ngaku memang tak berbakat dalam nyanyian tapi tak salah kan menyumbangkan suara yang sumbang ni demi kengkawan..sporting okay!

Memang bila kita tengok orang menyanyi tu senang jer,,,tapi bila kita sendiri yang menyanyi, baru ler tau..susah wooo expecially time nak tarik suara tinggi tu. Nyanyi lak lagu Ziana Zain..huhu...

Penah gak ajak hubby aku join kami anak beranak tapi dia sanggup lagi tunggu kami diluar. Kalu aku nyanyi sumbang mambang..dia lagi out! Muzik tak kuar lagi ..dia dah cam keretapi express..Mungkin sebab aku penah gelakkan dia dulu, sampai sekarang dia tak mau join. Sorry dear..tak sengaja...

Memang lupa sekejap masalah waktu sessi karaoke ni...tambah lagi kalau dengan adik beradik dan teman2 rapat. Tapi yang tak sedap nyer tu.. suara aku serak..sebab tak biasa menjerit..

Sunday, April 29, 2012

PENAKUT SI BABY NIH...

Aku ingat dalam kami empat beranak ni..aku sorang paling penakut ..rupanya Baby mewarisi sifat penakut aku nih. Lagi sadis aku rasa..mana tak nyer...kalu kami dok tengok tv kat bawah...dia nak naik atas bilik dia amik barang...Selagi tak turun..selagi tu lah dia akan panggil aku...Mama! Mama!. Bila aku tanya dia jawab balik tak de apa?

Hari tu, kami tengok CD citer komedi seram . Kebetulan masa tu baby kat atas...Cam biasa, dia akan panggil aku bertalu2..Malas aku nak menjawap..Masa tu ada dialog pelakon yang jaga kubur tu. Tangan??? Tangan sape sepah2 ni...?. Aku tergelak2 sambil mengajuk balik dialog tu.

Tetiba baby kat atas cam histeria turun tangga cam tak jejak kaki meluru kebawah. Mama nihhhh!!!! dia menjerit. Cam nak gugur jantung aku bila dengar jeritan dia...Sangka baby ni, aku nak takutkan dia...menangis2 dia ko..aku cam nak putus nyawa gelakkan dia ...penakut!.

Tapi Tuhan bayor cash kat aku tau...tengah malam, aku terbangun dari tidur nak gi shi shi.Bukak jer lampu, tetiba nampak lembaga dok menyangkung kat toilet. Dek kerana terperanjat yang amat sangat, suara jeritan aku tak kuar ko...yang kuar cuma suara Fasha Sandha cam itik tersepit.



Kus semangat! Hubby aku rupanya. Nasib baik aku tak kuntau dia dalam gelap tu!. Silap hb tersangkut kat lubang toilet kalu aku terajang dia masa tu . Hik! hik! Apa jadahnya dia buat dalam gelap ni.?..Cam biasa ler alasan ngong dia tu..malas bukak lampu. Aku pun tak perasan plak dia tak de masa bangun dari katil tadi...Nasib baik umur aku panjang lagi..kalau tak menduda hubby aku...

STYLE BEDROOM

Time aku belek2 majalah..ternampak ler decoration untuk bilik tidur ni...Fulamak..sylo ko! Mau tak bangun aku dari katil dek kerana cantik dan nampak cam ala2 resort jerr. Dari mula aku beli katil bertiang ari tu, dah angan2 nka pasang tirai cam ni. Tapi terbantut rancangan aku sebab hubby aku kata panas berkelambu ni. Hish tak romantika de Amor betul ler dia ni!





Cuba korang bayangkan bilik tidur yang berserabut..tentu fikiran kita pun ikut serabut juga kan...Tapi  bila ada assessori tambahan seperti ni ditambah dengan aroma terapi ....lena tidur kita..

Cuma satu jer yang aku tak boleh...pasang muzik !even camner punya sentimental lagu nyer pun buat aku tak leh tidur.. Serius! bilik yang terlalu gelap pun aku tak suka..Sebab tu, aku letak lilin hiasan dalam kaca berwarna supaya bilik aku nampak lebih romantik gitu...

Paling penting..cahaya lilin tu membolehkan hubby aku berjalan menuju ke toilet tanpa menghantukkan kepala nyer ke tiang katil cam selalu. Malas bukan lampu..alasan poyo dia...

MENGANDUNG LAGI..??

Tah apa angin Baby bila tetiba tanya aku.."Mama tak teringin ke pregnant lagi"? Teringin??!! ko ingat ni lagu Shima haper...dan benda yang ko suruh mama ko teringin tu look likes pelik semacam. Iyerlah..dalam usia aku yang dah nak masuk Asar ni (belum Maghrib lagi yer..hik hik..) pregnant tu dah aku kuarkan dalam list plan aku tahun ini dan tahun2 akan datang.

Rupanya baru aku ingat..rancangan Nona Ahad lepas..akak kita tu dah 46 years still ada Baby lagi. Tu rezeki yang Allah beri pada dia. Tapi kalu bole, beri ler rezeki aku dalam bentuk lain sebab aku tak terfikir lagi nak pregnant dalam usia cam ni. Nak shopping pun penat jalan bawak diri...ini kan lagi nak mengusung baby dan barang2nya.

Rasa2nya cukup ler 2 ketul yang ada kat umah tu jer..Tu pun dah cukup buat mama nyer ni migraine bila dorang buat perangai...Tabik spring kat kawan aku yang dalam usia sebaya aku leh bersalin sorang lagi...9 orang sumer anak2nya. Aku dengan semangatnya memberi moral support kat dia...memang dia ni cam lipas kudung orangnya...cekap mengurus anak2nya yang seramai tu. Hish kalu aku..mau tanggal kain batik yang aku pakai...kah! kah!Kah! (tak reti pakai kain batik pongggg!!)

Baby ni tak fikir kot..kalu dia ada adik lagi..huh! jangan harap nak menempel kat aku 24 hrs. For sure, aku bz dgn adik dia kan. Masa tu..mesti jeles punyer lahhh..Aku manja2kan abang dia pun dia dah tarik muka jeruk dia tu...sebijik cam ayah dia gak yang cemburu masa aku baru bersalinkan abang dulu...

So..senang citer..tak yah ler harapkan mama ni pregnant yer baby...sebab mama dah ada "3 baby tua" yang nak dijaga ni..

Cayer tak perot aku tak der langsung kesan gerutu cam ni..Punya ler aku jaga...

p/s: Teringat ex-bos aku yang tak perasan aku pregnant dah 7 bulan..

Friday, April 27, 2012

BERSIH YG TAK BERAPA BERSIH..

Jumaat lepas after lunch hours...ofis sunyi sepi cam baru peh dilanggar geruda...Wei! mana pegi bebudak ni..sesuka ati korang yerr..

Rupanya dorang ni dah prepare memasing balik awal sebab takut jalan jammed. Aku jerr dan beberapa staff yang setia menunggu sampai kol 5. Tu pun, aku cakap kat bos aku yang aku kena gerak before 5 untuk mengelakkan macet (Jam) . Dia suruh aku balik tapi dia siap duduk kat sofa depan meja aku baca paper. Sudahnya aku tinggalkan jer..

Apa lagii..Ambiga nih??Baru aku teringat yang minyak aku ada 2 takuk jer. Ikutkan minyak tahap camtu boleh pergi balik kerja lagi tapi memandangkan takut jalan jammed cam perhimpunan sebelumnya..aku mengambil tindakan untuk mengisi penuh tangki minyak aku.

Tup2 kuar jer dari station minyak tu..elok hensem jer jalan aku sampai ke rumah lenggang jerr. Aiks?? kansel ke perhimpunan tu?  Anyway akak lega dik..kalu tak tu even auto pun keta akak ni..kejang lutut dibuatnya kalu jammed.

Despatch ofis aku siap call untuk cekidauts aku kat ner beb!..Nak gelakkan aku ler tu kalau aku tersangkut cam dulu...keh!keh!. Hello..aku dah sampai umah okay....siap tengah duduk atas riba hubby lagi ni...aku plak ambil turn gelakkan dia. Akak Sukerrr!

KERJA AMAL

Kalau korang terfikir nak buat kerja amal..banyak sebenarnya.. Cam aku ni buat  internal audit bagi persatuan PIBG sekolah anak aku. Hari ni 1st time ...aku buat audit dan mengecek segala document yang disediakan.

Idok ler susah maner seperti yang korang bayangkan tapi rasa seronok sebab dapat membantu mesti pun bukan wang ringgit yang aku berikan. Amalan tu banyak cabangnya kan..tak semestinya dengan wang ringgit apalagi disertai dengan sidang akhbar bagai...Teringat aku lagu Herman Tino : Tangan kanan memberi..sorokkan tangan kiri...Maknanya segala amalan tu tak yah lerr digebang2 tapi lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharap balasan.

Terima kasih gak kepada guru2 kat sekolah tu yagn melayan aku dengan sebaiknya. Siap prepare breakfast lagi tuk aku. Kebetulan hari ni ada majlis anugerrah akademik cemerlang for last year punya..Sempat gak ler aku pergi ke dewan sekolah sekejap menyaksikan persembahan bebudak sekolah tu.

Terbayang aku, suatu hari nanti Baby akan naik ke pentas tu sebagai salah seorang student cemerlang. AMIN.

p/s : Suker tengok anak2 manisyang berbakat  menari dan menyanyi,

Thursday, April 26, 2012

GIGI KUSANGKA TULANG AYAM

Lunch hour adalah time yang ditunggu2 untuk mengisi perut dan juga menghilangkan penat yang sejak pukul 8 pagi duduk mengadap screen computer. Makan nasi ayam teman hari ni...

Tengah sedap2 menikmati juadah tu... prapp bunyi cam teman tergigit sesuatu. Bila teman kuarkan...rupanya cam serpihan tulang ayam. Tetiba baru aku teringat, gigi geraham aku yang paling belakang sekali, cam berlubang tapi tak sakit pun. Bila rasa2 dengan jari..mak oii ! dah cam gua Batu Caves besornya...

Nasib baik gigi yang paling belakang ko...kalu tidak...rongak aku!. Memang ler gigi ni tak meninggalkan kesakitan pada aku tapi setiap kali makan...mesti terselit kat situ. Leceh arghhh!!! Dan yang paling leceh ialah aku kena ngadap doktor gigi lagi untuk mengakhiri riwayat serpihan gigi yang tinggal ni. Satu benda yang paling aku takuittt dan elakkan kalu boleh. Boleh ke tampal jer gamaknya yer...tak yah cabut...Tapi tampal pun ngilu siot beb!

p/s : Harap2 gigi yang lain ni kekal ler sampai aku mati...hihi boleh ker???