Sunday, December 28, 2014

STATUS TERBARU...

Ello bloggers di luar sana...dalam keadaan hujan yang manjang turun ni dan dakam keadaan aku demam selsema dan batuk segala...(lorr..demam lagi...) akak tetap nak update blog ni.

Sajer nak bercerita tentang status renovation umah aku sekarang. Dari ruang tamu, nak ke dapur lama..dindingnya dah dirobohkan separuh bagi membolehkan pintu ukiran ala Bali diletakkan di situ. Excite tang bab ni sebab aku dah nampak keindahan seni ukirannya yang halus tu..Tak sia-sia menunggu lama sebab aku cukup puas hati bila tengok kemasan dia selepas di varnish.

Bilik air pun dah dipecahkan. Plan kami nak besarkan bilik bawah dan nak buat guest room. Aku jenis cukup tak suka tetamu tidur di ruang tamu aku. Dengan perabot kena alih dan paling penting aku tak suka dorang guna kusyen aku sebagai bantal peluk...eiuuuwww please....

Kitchen cabinet supplier tu dah tak sabar nak install cabinet dia tapi memandangkan kontraktor aku ni tak settle lagi tiles dia..maka terpaksalah ditunda lagi. Tiles yang kami order tu khabarnya kehabisan stok dan terpaksa diambil di Johor tempat kilangnya. Khabarnya esok sampai...

Nanti aku update status yang lain yer..nak zzzz...kepala dah ting tong lepas makan ubat selsema..Bye!


Ni la pintu gerbang aku sebelum di varnish.Aku belI di area Sg.Buloh menuju Subang dengan harga RM4,000.

Tuesday, December 23, 2014

SURVEY TILES LAGI..

Minggu lepas kamI ke Jalan Ipoh lagi untuk suvey tiles. Masuk kali ni tah berapa kali kamI kuar masuk ke sini..belinya tak gak..preparationamanya lagi survey kann. Aku lebih suka amik pendekatan pilih lebihasal puas hati kemudian  hari..Ye tak?

Kebkontraktor aku senangraktor aku nI nak ngikut plak..katanya senang sok dua nak order bila dah tsu kedainya yg mana satu. Memandangkan harga tiles ni dah termasuk dalam kos..mska aku rasa ada baiknya gak dia ikut sekali.Boleh monitor rega...hehe.

Untuk tiles cabinet dapur..aku berkenan dengan satu corak ni yg aku rasa sesuai dengan kitchen cabinet putih aku nanti. Rega dia RM19.50 sekeping untuk ukuran 1x1. Tapi bila aku tunjukkan reganya kat kontraktor tu.. serta merta muka dia cam sedih jew..Lari budget kot!. Abih..bila aku tanya berapa budget dia, tersengih2 cam kambing dapat sirih...Untung hubby aku ni memahami.."tak pe..u pilih jer..kita cover yg balance kalau over dari budget dia..Huhu..sayang hubby aku!

Aku pilih tiles yg paling bawah sekalI .


Untuk lantai bilik Abang dan Baby..aku suruh Baby pilih sendiri tiles yang dia berkenan. Abang time ni tak ikut sebab sibuk dgn preparation nak tengok bola di Bkt Jalil. So kena let redho dengan pilihan orang yer. Aku cuma tulis kodnya supaya nanti kontraktor aku senang nak order. Tak sempat nak snap gamvar tiles tu..tapi tunggu jer la bila dah siap nanti yer.Aku snap bagi korang tengok yer..

Sunday, December 14, 2014

MANISNYA ZAMAN BERCINTA...

Bunyi tajuk skema semacam jer ya..tapi tetiba rasa nak bercerita tentang topik ni..Tak der bahan sebenarnya..hehe..

Zaman akak dulu, banyak kemudahan tak der berbanding zaman anak muda sekarang bercinta..handphone tak der.. Hubby aku kalau nak call pun bergayut kat office..tak pun kat public phone after office hour. Nak berdating pun naik taxi dan sekali sekala aku ajak dia naik bas..Punya lah baik makwe dia kan..tak nak membazir duit dia kononnya...

Masa kami berdating..penah gak time tu hubby aku dah final year kat ITM dan dah dekat nak exam tapi dek kerana nak jumpa gak, kami berjumpa tapi aku menemani dia study. Sanggup tu wehhh memandangkan aku fikir yang aku perlu berkorban untuk masa depan kami..tak de gi tengok wayang ke... cam korang wokay...

Tapi Alhamdulillah..berkat sabar dan keikhlasan aku...(Yer ker ikhlas???) hubby aku berjaya menamatkan pengajiannya. Of coz aku tumpang gembira...sampai nangis ler tengok dia time nampak dia memakai jubah konvonya...

Rata2 aku tengok remaja sekarang lagi boringnya time dorang berdating. Dok semeja tapi memasing dengan hp. Baik tak yah jumpa yer tak. Apapun...bila dikenang2 balik...indahnya zaman kami dulu bercinta...Biar tak diulit kemewahan tapi ketulusan hatinya berjaya menambat hati aku...Bukan senang tau aku nak terima dia....almost 7 years baru pintu hati aku terbuka untuk menerima dia sebagai insan bergelar suami...

RENOVATION BUMBUNG PULAK...

Kembali bersiaran...after banyak benda yang aku kena buat sepanjang minggu ni. Dalam kesibukkan tu, lupa plak nak update tentang perkembangan terkini renovation di rumah sekarang.


Time ni pekerja- pekerja tu gigih menyiapkan bahagian atas (belakang) rumah yang memuatkan bilik air dan juga tempat laundry dan juga bilik stor kami. Aku suka bahagian ni sebab kontraktor ni bermurah hati membina satu tempat untuk aku membuat tempat ampaian.

Paling mengujakan tu bila tengok bumbung rumah bahagian hadapan. Sebijik cam yang kami mahukan. Bersyukur sangat sebab kontraktor tu berjaya merealisasikan impian kami. Bumbung berlapis tu tampak unik sekali.. Belum siap sepenuhnya pun..aku dah boleh bayangkan rupanya. Tak sabar nak tunggu keseluruhan rumah tu siap.

 Ni view dari tepi...



Harap sangat rumah aku tu boleh siap sepenuhnya akhir tahun ni. Tapi nampak gayanya cam takkkk jer.. Apa tak nyer..plan awalnya nak buat minor renovation jer...tup2 hampir sebuah umah bertukar rupa..

Apapun harap tiada masalah yang timbul sepanjang pembinaan rumah ni...Amin.







Monday, December 8, 2014

SHOPPING BARANG RUMAH...

Minggu lepas..hubby aku ajak ronda-ronda ke Sg. Buloh untuk mencari batu ukir yang berwarna putih untuk hiasan dinding di porch kereta dan juga berandah di bahagian atas. Memang rambang mata dibuatnya bila tengok ukiran2 tu. Cantik dan berseni diaorang ni..




Finally aku dapat harga paling murah untuk ukiran batu 3 x 4 kaki iaitu RM600. Dek kerana pandai mengayat adik bangla ni..aku berjaya dapatkan harganya pada RM575 sahaja. Mestilah dia bagi kurang sebab aku order 2 buah.





Aku punya design bunga heliconia which is bunga yg paling aku suka.Hubby aku berkenaan plak dengan satu ukiran ni untuk diletakkan pada tiang porch dan juga tiang beranda atas. Nanti aku share gambarnya dengan korang yer..Ni kami amik 4 keping. Time nak balik...ternampak plak water feature ala Bali siap dengan kolamnya sekali. Actually reganya RM4,000 tapi disebabkan ianya recon..makanya akak mulalah menggunakan alasan tu untuk cantas reganya sebaik mungkin. Dapat ler RM2,600. Tak plan pun nak beli sebenornya..tapi tergoda dengan pujukan abang yang katanya water feature tu sesuai benor dengan konsep Bali yang kami cuba terapkan tu.

Lupa sekejap ikrar aku untuk tidak membeli barang yg bukan keperluan..Sapa suruh bawak aku kannn??? (ayat hilangkan rasa bersalah..huhu)



Monday, November 17, 2014

MELAYU YANG SEMAKIN LAYU...

Aku petik kata2 Tun Mahathir yang berbunyi"Saya tak gentar dengan persaingan orang Cina tapi saya lebih gentar berhadapan dengan sikap dengki dan iri hati orang melayu. Tak sangka. .Tun pun bersepenndapat dengan aku. Walaupun kata2 itu kedengaran amat pahit, tapi itulah hakikatnya yang perlu kita terima.

Melayu masih di takuk lama. Bukan semua tapi ada segelintir manusia yang bersikap begitu. Merah matanya melihat kejayaan orang meskipun itu bangsanya sendiri. Cuba kita bandingkan dengab sikap orang cina yang saling membantu kaum mereka. Si polan bukak kedai makan...selang beberapa hari ada bangsanya juga bukak kedai yang sama. Tiada irihati sebaliknya masing2 berusaha untuk memajukan bisnes masing2.

Kalau orang melayu ( bukan semua yer..harap terasa bagi mereka yang ada sikap sebegini) mula berdukun bagai...tanam itu tanam ini..sembur itu sembur ini untuk menjatuhkan perniagaan orang lain. Dia lupa barangkali yang bumi ni ciptaan Tuhan dan semua manusia bebas mencari rezeki di mana2.

Dari mengabiskan duit dan membanyakkan koleksi dosa tu..ada baiknya anda memperbaiki kelemahan yang ada. Apa yang aku nampak..sikap ni  yg dari kudis dan merebak kepada barah dalam sikap orang melayu. Sudahnya bangsa melayu tak akan maju sampai bila2 sedangkan bangsa lain berlumba2 untuk maju.

Apakata..kita bukak minda yang sempit selama ini dan melihat kedalam diri. Adakah kita salah seorang daripada Melayu yang semakin layu ni?

Sama-sama kita fikirkan ya...Nasihat dan teguran ikhlas dari saya yang ingin melihat bangsa sendiri bebas dari PHD!


Tuesday, November 11, 2014

SAKIT PLAK HATI NI..

Frust sangat! Itu yang boleh aku gambarkan bila balik umah dengan perasaan keterujaan untuk melihat batu bunga yang diukir seperti sesiku keluang di pasang oleh kontraktor hari ni..

Tak terkeluar suara aku bila melihat cara pemasangan yg dibuat.TERBALIK Okay!!.Serius..camner terbaliknya batu tu..camtu la terbalik nya hati aku. Nak nangis pun ada rasanya tapi lebih kepada marah sebenarnya! . Kalau dah tak tau tu tanya la cara macam mana nak pasang..ni sukati  dia jer.




Punya la jauh dan bersusah payah membelinya..alih-alih hasilnya tak menepati citarasa aku. Nasib baik..diaorang dah balik masa aku sampai. .kalau tak, mau kena sound gak mamat2 ni.

Aku tak kira okay!..apa jadi sekali pun, aku tau balik esok dari ofis..aku tau sumer ni okay.  Geram gak dgn hubby aku sebab sibuk dgn renovation umah sewa..umah sendiri tak di monitornya.