Wednesday, January 7, 2015

SYUKUR YA ALLAH...

Syukur Ya Allah atas segala rahmat dan pemberianMu..Itulah perkataan pertama yang terbit dalam hati sewaktu menerima "hadiah" dalma tahun 2015 ni. Cam birthday presentlah kiranya ni... promotion yang aku tak pernah harapkan tapi atas budi bicara Syarikat di atas performance staffnya..aku di antara kakitangan yang mendapat kenaikan pangkat ini.

Gembira of coz lah kan..tak sia-sia aku commited dalam kerjaya aku selama ini. Dalam pada itu..aku rasa hiba mengenangkan arwah Abah yang tiada disaat-saat ini. Aku ingin sekali memberitahu dia dan ingin berkongsi rasa kegembiraan ini dengannya. Teringin sekali melihat dia tersenyum bangga macam dulu...

Insya Allah..aku tak lupa pesannya.."Disaat kita dijulang ke langit, jangan lupa pada orang yang masih ada di bumi". Dengan kata lain..Abah minta supaya kami rajin bersedekah...mengingati orang-orang yang memerlukan bantuan..

Terima kasih buat emak yang tak pernah putus doanya untuk kami adik beradik agar murah rezeki. Alhamdulillah Allah kabulkan doa mak...

Adik-adik dah mula whatapps minta aku "open table" untuk celebrate. Amboi berdesup laju korang nyerr..It's okay...boleh ajer...cukup budget Insya Allah..

Tuesday, January 6, 2015

BILIK AIR HAMPIR SIAP!

Balik dari pejabat..dengan letihnya tadi, tak kuasa nak menengok progress renovation umah tapi hati ni meronta2 gak nak tau..apa yang dorang dah siapkan setakat ni..

Surprise!! Bilik air kat bawah yang betdekatan dengan dapur dah pun siap dipasang tiles. Tinggal lagi mangkuk sinki (febret hubby aku) dan juga shower belum dipasang lagi. Suker aku tengok kemasan kerja dia..


                                         
                                              Ni tak complete lagi...sinki belum pasang.



Ni bilik air anak dara & anak bujang akak... belum pasang shower dan sinki nya.


Monday, January 5, 2015

BERATUR IKUT NOMBOR PUN NAK KENA AJAR KER??

Fuhh..!!dari pukul 11 lebih aku sampai kat Maybank Ara Damansara tu menunggu nombor yang tak kunjung tiba..akhirnya 2.30 petang barulah nombor aku terpampang kat skrin tu. Memang la orang ramai nak meng update buku ASB tapi yang aku nak komplen kat sini tentang system nombor dorang ni...


Ikut peraturan...nombor tu diberi supaya kita Q kan??. Tapi ada gak makhluk yang tak reti dan tak beretika..main sedap potong Q dan menyelit kat orang yang di depan kaunter mintak tolong update sekali buku dia. Nasib baik la orang lain...kalau aku..dah lama aku sound makcik tak reti beratur tu..Dah tu bila aku tenung kat dia, boleh plak buat muka poyo cam tak bersalah...Eiw! Kalau aku jadi cucu ko makcik...malu aku dapat nenek yang dah tua renta pun tak reti2 lagi ikut system. Cam ler dia sorang yang menyimpan duit dalam ASB!

Paling hangin tu dengan cashier jantan sekor ni..Ko dah tau makcik tu potong Q, naper la ko gi layan dia...Ni selamba jer sekongkol dengan @#$%@ tu!. Aku rasa cam nak sound jer mamat tu...Dah ler keja lembab!


Lain kali..kalau korang boleh benarkan orang potong Q camtu..aku syorkan korang buang jer system nombor tu...hangin satu badan ari ni..dengan lapar tak breakfast...terlepas plak time lunch aku gara-gara manusia tak beretika nih!

Sunday, January 4, 2015

TAK SABAR RASANYA NAK MEMASAK SEMULA..

Aku tak ingat start dari bulan berapa aku pencen masak kat dapur. Sejak rumah aku di renovate..aku still masak lagi time tu tapi bila satu rumah dah dipecahkan...dan kitchen cabinet yang lama dah dibukak..sejak tu ler dapur makan kami di kedai jer...

Mungkin bagi sesetengah wanita ni suka kalau camtu..leh rehat dari memasak kan..tapi tak bagi aku. Serius okay..aku rindu untuk memasak untuk suami dan anak-anak aku. Aku ni tak ler pakar macam korang di luar sana dalam bidang masakan ni tapi still tak mengeciwakan hubby dengan masakan aku tau.

Menurut kata supplier cabinet aku tu, after Chinese New Year baru la mula kerja-kerja memasang dibuat. Ini bagi memastikan kontraktor aku siap memasang tiles dan juga jubin untuk kitchen cabinet tu dahulu. Bagi aku masa yang diberikan tu agak lama tapi still aku kena tunggu gak..kalau tidak kotor dan berdebu lah cabinet tu. Dahlah warna putih pulak.


BELI LAMPU DI CIMA LIGHTING

Hujung minggu, orang bersantai di rumah tapi kami bersantai di CIMA Lighting yang terletak di Jalan Kucing berdekatan dengan Tesco Extra. Kebetulan hari ni 4Jan 2015 merupakan last day promosi year end sale nyer..

1st time aku kat kedai ni..puas hati tengok lampu yang banyak pilihan dan paling penting tu rega dia murah dan ada diskaun lagi 30%. Setelah naik turun dan tawaf dalam kedai tu..kami ambil keputusan untuk membeli lampu-lampu ni. Sebenarnya nak beli gak untuk lampu dapur dan lampu untuk dry kitchen..tapi dah rambang mata. So 2 buah ni jer dulu yer..


Lampu di atas ni aku plan nak letak di balcony.Ada ciri-ciri klasik Bali sikit kat situ. Dalam gambar ni tak nampak sangat besarnya. Aku plan nak sangkut lampu ni kat rangka kayu kat siling tu..berangan sekejap akak..Lupa nak bagi tahu reganya RM1,135. After discount 30%..RM730!.

Lampu seterusnya..jeng! Jeng! Jeng!


Lampu ni untuk meja makan kami Plan awalnya meja kaca ni nak diletakkan di dry kitchen tapi tak muat la plak memandangkan wet kitchen cabinet  dah dipanjangkan hingga ke ruang dry kitchen. Meja kaca tu pulak besar berkerusi 8. Rega lampu ni pada awalnya RM799 dan ada diskaun 30%. Tu pon aku mintak dia kurangkan lagi harganya. Berjaya akak tau!

Time nak balik.sempat lagi Jalan2 kat kedai perabot..ternampak kerusi (Tools) warna yg akak inginkan...huhu reganya RM180 satu. Diam2 aku pujuk hsti...survey dulu..tah2 tempat lain lagi murah...Alhamdulillah tak berjaya syaitan nir rojim menggoda akak...hihi.Tak pe...esok masih ada kannn...

Saturday, January 3, 2015

AKHIRNYA JUMPA GAK YANG BERKENAN.

Tadi kami 4 beranak pegi survey batu untuk diletakkan diantara pagar yg kecil. Convenient  kalau ada pagar kecil ni dan tak perlulah nak bukak automatic gate tu setiapkali nak keluar kan?

Survey punya survey..terjumpalah batu ni yang aku suka sangat!. Kebetulan kedai kat Sungai  Buloh ni buat sale!. Batu tu berharga RM30 tapi tak pasti dah diskaun 15% ke belum..


Nampak ler ala-ala Bali nyer...ada yang batunya nampak sedikit kusam tapi tak berminat pulak di mata aku. In fact..anak bujang aku yang berbakat mendekorasi ni yang memilih batu ni. 1st time Abang tunjuk pun..mama dah terus berkenan.. PalIing penting ..big bos suka sebab dia yang kuar duit...

Mahal sket tak per..asal puas hati katanya bila aku bagi tau reganya. I like that word dear...!!

CORNICE PULAK...

Update seterusnya tentang perkembangan umah akak ialah bahagian depan rumah iaitu di bahagian letak kereta...pekerja sibuk tengah melepa simen putih untuk membuat cornice. Aku puas hati kerja mamat ni...kemas dan teliti gitu.



Nampak tak kat bawah tu.?.Tiles yang dipesan dah pun sampai. Syukur..satu pun tak pecah. Berbalik citer pasal cornice tadi aku dan hubby sepakat untuk menggunakan cornice yang berbentuk licin di semua bahagian kecuali dapur.

Untuk dapur, cornicenya ada bunga sedikit tapi masih berwarna simen putih. Aku memang tak mengemari cornice yang berwarna (cuba elakkan sama  seperti rumah rmak sebenarnya).Tak mau ler serupa kalau boleh..

Dah terbayang dalam kepala ni..kalau dah dipasang lampu nanti..perghhh! sure nampak cantik dengan gabungan batu bunga yang akan kami letak kat dinding nanti..contohnya cam ni..Wink! wink!