Whatapps dari kengkawan sekolah waktu aku form 5 buat aku teruja sangat. Dulu memang malas sangat nak join perjumpaan camni tapi kali ni memang aku menghitung hari untuk berjumpa dengan rakan.
Ni sebahagian yg hadir di rumah Pn Salmah guru kelas kami
Perjumpaan setelah 33 tahun masing-masing membawa haluan sendiri. Walaupun aku cuma 2 tahun belajar di Sekolah Menengah Ulu Kelang tu tapi memori indah tu tetap ada biar pun tak banyak mana. Kenakalan rakan-rakan tu buat aku rindu pada alam persekolahan.
Ni ler Form Teacher...sweet orangnya
Terimakasih buat cikgu yang bersusah payah menyediakan nasi beriani Johor untuk menyambut kami.. ditambah dengan kenkawan yang murah hati membawak juadah tambahan. Dengan dessert nya...aku bawak rojak buah jer..Jadik ler kan ..buat tambah mana yang patut.
Terimakasih gak buat kengkawan yang dah buat idup aku ceria dengan gelak tawa yang sampai nak ilang suara dibuatnya..Hilang stress aku sekejap mikir pasal tugas di pejabat..hik! Hik!. Uolls the best.
Muga Allah limpahkan rahmat buat cikgu Salmah dan buat rakan-rakan tersayang..kalian sentiasa dalam hati dan doa aku...Muahhhhhh
Saturday, January 9, 2016
Sunday, January 3, 2016
TRIP TO VIETNAM
Ahah! Akhirnya aku berkesempatan gak menulis tentang holiday ke Vietnam tempohari which is pada 7/12 hingga 12/12/2015. Ikut aku , 3 malam pun dah ok tapi hubby aku ni katanya nak berjalan-jalan sampai puas.
Ikut plan asalnya, kami nak ke Pekan Baru Indonesia..tapi bertukar di saat-saat akhir. Tapi sempat gak ler aku meng google bloggers yang pernah ke sana untuk mencari sedikit maklumat. Aku ni pesennya kalau berjalan suka buat perancangan terlebih dulu. So, dari urusan tiket flight, hotel, restoren makanan halal, nak cari taxi ...semuanya aku uruskan. Untung hubby aku yang tau sediakan duit jer..yang lain semua PA dia ni yg uruskan.
Kami parking kereta kat Putrajaya Sentral. Dari situ, kami naik ERL yang tambangnya tak la mahal mana. Kalau tak silap aku, flight kami pukul 7am. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam setengah jew. Kentut dalam kapal terbang pun tak habis bau lagi..dah sampai. Kik!kik!.
Dari Tan So Nhat airport, kami menaiki bas untuk ke Pasar Ben Thanh. Ni pun aku dapat maklumat dari blog blogger juga. Tambangnya cuma 5,000VND jer seorang yg bersamaan dalam 80 sen. For info korang, dorang tak reti berbahasa inggeris..setakat sepatah dua tu boleh la di kalangan penjual di Ben Thanh. Kami check in dulu di Hotel Nam De yang terletak berdekatan dengan Pasar Ben Tanh.
Petang tu gak, kami terus pegi ke Pasar Ben Tanh tempat popular untuk bershoping. Dari pengalaman blogger, tempat ni cam happening sangat tapi bagi aku ianya macam Pasar Khadijah di Kelantan tu lebih kurang.
Nanti aku citer kat korang yer pengalaman aku dengan penjual kat sana.

Monday, November 30, 2015
BILA HATI TERLUKA...
Fitrahnya manusia yang dijadikan Tuhan ni...punya perasaan. Terkadang gembira dan adakala nya berduka.
Susahnya bila nak mengubati hati yang luka dan tercalar..Meskipun cuba untuk memujuk hati agar melupakan dan memaafkan namun...amat sukar dan tak sem udah kita melafazkannya..
Biar cuba untuk mengorak senyuman namun terpalit jua kedukaan dan luka dihati yang entah bila sembuh...Sekuat mana pun bertahan, namun diri tak bisa dibohongi dengan pujukan hati.
Wahai Tuhan..bersihkan hati ini agar memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menguris hati.. Lenyapkan segala kebencian di hati dan berikan aku sifat pemaaf sesama insan.

Tuesday, November 24, 2015
BURUNG APA TUUUU???
Ingat tak lagi iklan kat tv ni..yang bertanya berulang kali kat ayah dia tentang burung? "Burung apa tu? Burung Punai...
Iklan ni mengingatkan aku kat bos aku sorang ni...Caye tak, kalau aku kata kat korang sebijik cam ni lah aku dengan dia cuma bezanya dia tak ler nanya pasal burung tapi pasal payment..Bila dia Tanya aku..dah buat payment ke untuk si tot ni...Aku pun jawab...dah bos...Dia ulang lagi berulang kali sampai mata aku ni dari yang putih bertukar kaler jadi merah!. Dalam hati..apa kena bos aku ni..nak kata tak dengar..dia duduk sebelah bilik aku jer...aku siap repeat lagi dengan suara yang kuat.
Serius cakap lah yer...aku ni idok ler sesabar bapak yang dok mengulang ayat jawapan cam kat tv tu..Sampai to the extend ..aku tanya dia you dah kenapa ni..why you keep on repeating the same question??. How many time, I told you...(Kuar speaking London Mak Senah dik) Terdiam terus bos aku...terkejut kot bila staff yang disangka perempuan melayu terakhir ni naik hangin...Ngeh! Ngeh!
Ya Tuhan ...Hari ni dia tanya lagi aku soalan yang sama...sebaik dia habiskan ayat dia..aku pandang muka dia..Terus dia sendiri jawab...owh dah hantar yer....hadoiiii, boleh kena sengugut akak cam ni tau!
Redha jer lah kan...faktor umur barangkali...aku pun esok kalau dah tua..tah-tah lagi teruk!
Sunday, November 22, 2015
TERUKNYA AKU NI...
Aku ni memang pelupa! Pelupa tahap gaban laa...Faktor umur kot ..ker sebab banyak mende dalam kepala ni yang aku fikirkan. Pasal keja, pasal nak bercuti (Yang tak confirm2 lagi ni..huhu #nak nanges). Pasal masalah adik-adik pun buat kepala aku kengkadang bersabut eik berserabut gak..
Tapi ni memang aku keterlaluan!! Boleh lupa tarikh anniversary aku...Kebetulan hubby aku lak outstation pagi ni..Tengah bz buat sarapan di dapur...tit tot tit tot..hp aku tu bunyi tanda ada group berwassap.
"Happy Anniversary ....muga bahagia berkekalan hingga ke Jannah" Terbuntang mata akak sekejap!Annivesary?? Hari ni berapa haribulan?? OMG! mak jemah oi..camner aku boleh lupa ni...Tambah terkezut bila hubby aku balas message tu dgn "tq"...Tetiba omak sedey yang teramat...isteri apa aku ni sampaikan tarikh penting camni aku boleh ke laut lupa nyer...
Aku message hubby aku yang jauh diperantauan...Ipoh jer...hik! hik!Wish Happy Anniversary kat dia dan aku janji untuk cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia...sweeeeet taaaak?.Hubby aku balas lak...dia pun akan cuba jadi suami yang terbaik untuk aku katanya...
In fact..dia memang dah pun sempurna jadi suami yang terbaik di hati aku. Menjaga dan melindungi aku selama 23 tahun.. Memang zahirnya, aku dengan dia ni contra sangat dan kengkadang selalu buat aku marah...tapi dialah pelengkap dan penyeri hidup aku malah dia ....anugerah Tuhan yang paling berharga buat aku di dunia ni.."Happy Anniversary Sayang"
Tuesday, November 17, 2015
PLAN TRIP TO.....SYHHHH RAHSIA DULU!
Macam yang aku bagi tau ari tu kan...aku nak gi melancong sekali gus (ni tujuan sebenarnya..) shopping!. Of coz la cari tempat yang memang heaven bab-bab shopping ni. Cam biasa..aku ni sebelum travel suka study dulu camner tempat ni dan apa yang menarik kat sini. Memandangkan kami pergi bukan mengikut tour guide..aku dah mula melihat blog blogger yang pernah ke sana. At least dapat sedikit info yang berguna kan?
Ada gak setengah orang tu main pakai terjah jer nak melancong ke mana-mana tapi tu bukan stail aku. Aku ni, sampai ke perkara paling kecil pun aku suka plan dulu sebab tak mau tertinggal atau terlepas apa-apa. Ikut hubby aku..sampai sana baru nak cari hotel. Idok ler gitu...silap hb, mau kami tidur kat tepi jalan cam gelandangan plak.
Sampai kan luggage yang mana nak di bawak pun..aku plan. hik! hik! Tu sebab takut tak der tempat nak letak barang...Macam la nak borong semua barang yer tak?. Hubby aku yang dah tau perangai wife dia ni menggalakkan lagi ada lah..Ala..bukan selalu pun kan aku menggunakan budget dia kan.
Monday, November 16, 2015
PAYUNG PUN NAK REMBAT KER??
Kalau korang Tanya budak kecik yang dah pandai bercakap tentang hukum mencuri...dorang pun pandai kata mencuri tu dosa!. Semua orang pun akui mencuri tu berdosa..tapi masih ramai yang ambil mudah dan merasakan "mengambil hak" orang tu satu perkara kecil jer.
Semalam, balik dari pejabat..aku 4 beranak pegi la ke UTC Sentul untuk buat passport..Akak nak travel lagi dikkk!!.Kemana? rahsia dulu yek...Sampai kat sana dah pukul 7 pm lebih. Pejabat Imigresen ditutup sebentar dan dibuka selepas jam 8pm. Oleh kerana hujan..akak bawak la payung..Siap bawak masuk ke surau dek takut hilang payung tu..
Masa tengah excited beratur, aku terlupa payung yang ditinggalkan atas meja gerai berhadapan pejabat tersebut. Bila dah selesai urusan renewal passport, baru teringat...biasalah....wasallam cepatnya si tangan panjang aka penyamun tarbus ni mengambil hak orang.
Memang la tak mahal mana payung tu..tapi aku kesal naper la ada manusia yang punyai attitude buruk camni. Apa salahnya ko biar jer payung tu kat situ...bukan hak ko pun!. Masa tu memang rata-rata yang menunggu kat luar tu cuma mereka yang nak masuk ke pejabat Imigresen tu..dah lenggang tempat tu kecuali kami yang menunggu kat gerai yang dah ditutup tu...
Heran kan...passport yang RM200 tu ko mampu beli...payung yang tak sampai RM20 tu pun ko rembat orang punya...miskin hina betul manusia sekor ni!. Nak aku doakan flight dia kebabom....ngeri plak kot buatnya aku sekapal dengan malaun hina ni...tak ke kes nyaya!
Tak per la...mudah-mudahan Tuhan beri aku rezeki melempah ruah lagi....Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)