Wednesday, October 5, 2016

NI BIRTHDAY SURPRISED DARI KAMI

Baby ni dah lama teringin surprised yang ada belon helium...dan suka nau dengan pavlova kek. Makanya mama nyer ni gigih la menelefon sana sini. Ahad 2/10 (lambat sket buat birthday party untuk dia sebab adik beradik lain ada hal memasing)
 
Rezeki dia dapat plak akak google satu mamat ni jual belon helium murah jer..20 biji dalam RM50.00. Kelakar abang... penuh la keta Vios dengan belon tu sebab self pick up yer..kat Gombak Greenwood jer tak jauh pun.. Memang Baby tak perasan langsung kehadiran belon tu sebab akak dah berpakat dengan cousin dia suruh leka kan dia dalam bilik dia. Nak jadik citer salah satu belon tu meletup lak betul-betul depan bilik dia menuju ke berandah..(akak buat BBQ kat berandah atas). Tu pon dia boleh tak perasan jugak...
 
Pavlova tu akak tempah..brownies cake tu sponsor dari auntie Ana...
 
Ni pun auntie Ana sponsor gak..TQ Ana...
 
Maksu Ida lak sponsor laksa yang memang terlajak sedap dan mables dan Cik Nana plak sponsor fruits...Kami buat Steamboat dan BBQ...
 
Abang rajin time ni membantu...eleh nak minta balasan la tew!
 
Muga anak dara mama nan sorang menjadi insan yang solehah ..Berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa mendoakan mama dan ayah jika kami tiada lagi di dunia nanti (sedey plak akak...)

 

Tuesday, October 4, 2016

BIRTHDAY SUPRISED PARTY FOR BABY

Dalam banyak-banyak kejutan..tang birthday party ni yang paling best kan? Tapi so far..tak penah pun hubby aku buat surprise kat aku. Balik-balik ajak gi makan...(tak gak besor-besor badan nih..hehe)

30/9/16 Harijadi anak dara akak...kengkawannya begitu sporting buat surprised kat dia. Sanggup bergegas balik sekolah hanya kerana nak decorate bilik anak dara aku sorang tu.



 

 
 
Tq untuk anak-anak manis mama St Mary School...kerana menceriakan hari Baby.. Really appreciate uolss...Muaaaahhh..

Wednesday, September 28, 2016

INDAHNYA PERKHAWINAN...(JIKA TIADA ORANG KETIGA)

Kata orang alam percintaan tu indah sangat kan apalagi kalau sampai ke jinjang pelamin. Mau tak indah?? Orang yang kita sayang dan rindu selama ni berada di sisi sepanjang masa...Cewahhh...teringat akak time mula-mula kahwin dulu...
 
Tapi tak semua orang bernasib baik dalam alam perkhawinan ni walaupun perkhawinan tu atas dasar cinta sama cinta. Masa bercinta kemain lagi ber mama...papa bagai..Dah kahwin, anak baru kan sorang dah buat perangai. Tak lelaki yang miang..yang perempuan plak buat perangai kan?
 
Akak terbaca lah satu citer kat fb akak camner kecoh pasangan yang baru bercerai ni berebut anak nan sorang. Terfikir akak..mengapa tak ada jalan penyelesaian dan mesti diakhiri semuanya dengan permusuhan. Kalau perlu bercerai..bercerai lah dengan cara yang baik..mengapa perlu bermusuhan dan berebut anak bagai?. Cuma yang akak nampak di sini..anak tu digunakan untuk melepaskan dendam.
 
Cuma akak nak pesan lah kat sini yer, kalau korang pompuan kat luar sana diantaranya yang kahwin dengan laki orang atau dud orang..jangan lah campurtangan kemelut dia dengan ex-wife dia apalagi melibatkan anak-anak mereka. Ko jaga jer atap rumahtangga ko...jangan menyebuk nak bervideo2 dan berviral2 bagai dalam fb. Confirm orang kutuk ko yang suka jadi Mat lampir @ minah kepoh yang propa gitew...Dok umah diam2...lipat kain yang bertimbun kat umah tu lagi baik!!
 
 

Monday, September 26, 2016

BIRTHDAY SURPRISE FOR BABY..

 
30/9/2016 ni anak dara akak genap 17 tahun. Pejam celik..pejam celik dah jadik anak dara dia...Rasa macam baru semalam jer aku bersalinkan dia..Ecehhh!! saat paling mendebarkan aku rasa time tu...tapi mememikirkan nak dapat baby girl...lupa sakit masa tu (iyer ke lupa???)

Teringin nak buat birthday party untuk dia tapi rasa macam dah suntuk sangat nak prepare semuanya. Abang dengan ayahnya bukan amik port pun mende-mende cam ni...

 
Banyak mende aku nak luahkan nih...
 

 
Cantik tak ?? huhu...
 
Dalam banyak-banyak kek, baby paling suka kek pavlova..bukan tahap suka jer tapi memang suka bebenor ler...tak tau nak cari tak mana. Mmmph..Nampak gaya kena buat sendiri ler ni..
 
Hasil carian imej untuk resepi kek pavlova
 
Muga baby menjadi anak yang solehah yang dapat menjaga dan menyayangi kami suami isteri dengan baik hingga ke akhir hayat kami. Semuga anak mama ni Berjaya dunia dan juga akhirat....Aaminnn...
 
 



Monday, September 19, 2016

CUTI SEKOLAH...HOYEYYY!!!

Ngalahkan bebudak lagi akak ni kan...Memang time ni lah akak tunggu2 dik non sebab bukan seronok nak berjalan sana sini tapi jalan lenggang time nak gi kroje...Sepuluh minit pun boleh sampai kata kau...10 minit?? Tu kalau akak sorang jer kat jalan raya. Hehe..
 
Akak tak la berjalan jauh sampai over the sea kali ni tapi sekitar Perak aje Yong...menghadiri majlis kenduri kahwin anak kawan Hubby masa dia sekolah di Sek Menengah Dato Sagor dulu...Trip kami yang pertama ialah menuju ke Bandar Diraja Kuala Kangsar...Happy sangat kawan hubby aku ni dapat jumpa kawan lama dia..Tak sangka sungguh dia yang kami akan datang jauh dari KL.
 
Malamnya kami tidur di Hani Homestay yang terletak di Langkap. Ada kenduri kahwin lagi di sini. Ni nak cerite pasal homestay ni kat korang...Unik dan 1st time dok sini, aku dah fall in love dengan tempat dan suasana kampong dia...Lupa sekejap KL you...Opps nama Hani tu jer sama dengan akak tapi ni bukan HARTA akak yang punya yer...
 
All in pink tau...
 
Untuk pengetahuan korang, tuan empunya rumah ni memang peminat tegar Hello Kitty dan segala barang dalam rumah ni semuanya berkonsepkan colour pink termasuk peralatan dapurnya...pinggan mangkuk pun yer...tapi kelas ko Jah..rumah ni unik dan cantik dengan halaman rumahnya bersih berjaga...
 
Anak dara akak dok mengerjakan basikal pink dia...kehulu kehilir dia bawak basikal tu round2 kampong dengan ayahnya. Akak try gak tapi fail dek non..terhoyong hayang cam orang mabuk! Kah! Kah!..adalah baby videokan gambar akak naik beskal tu tapi tak sanggup nak di tayangkan kat sini..Malu dong argh...
 
 
Sporting kengkawan hubby aku ni..Malam kami tidur di sini, dorang berkampung ramai2 di sini buat makan2. Punyalah banyak makanannya...tengkiu kat Maznin yang menceriakan suasana malam tu..dengan gelak ketawa rakan2 yang lain.


Tuesday, August 9, 2016

KEGAGALAN BUKAN PENAMAT HIDUP!

Rasanya..kalau korang di tempat aku..apa yan korang rasa tika dapat berita yang anak kesayangan gagal..tak kisah la gagal dalam apa jugak tapi gagal mendapatkan sesuatyu yang diidamkan. Aku..rasa sedih yang teramat sebenarnya yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata tapi demi anak ..aku kuatkan semangat dan bersikap seolah-olah aku tak kisah tapi sebenarnya "AIMAN ni KISAH!.."

Siapa la yang tak sedih bila lihat atau mengalami kegagalan dalam hidup kan? Tapi berbaloi ke kita bersedih..menyesali perkara yang dah berlalu..Okay! bagi aku , hidup perlu diteruskan..Move on!. Ko nangis airmata darah pun..segalanya dah berlaku dan tak mungkin berulang kan.

Sebagai ibu..aku beri dia semangat...Cuba lagi dan kalau masih gagal juga mendapatkan apa yang diidamkan...kita cuba altenatif lain. Tuhan kurniakan kita akal bukan untuk disimpan tapi untuk digunakan...Insya Allah anak mama bukan kesaorangan dalam hidup ni..Mama akan sentiasa berdiri di sebelah untuk membantu dan bersedia menjadi pendengar setia  disetiap permasalahan anak-anak mama...

Ya Allah..jujurnya aku tak punya kekuatan untuk melihat kesedihan anak-anakku. Bantulah mereka Ya Allah untuk mencapai apa yang mereka idamkan selagi ianya tidak memudaratkan mereka.


PERTEMUAN YANG DINANTI

Tak mo fikir mende2 yang buat kepala akak biol...nak story mory pasal pertemuan ex-student Sekolah Menengah Ulu Kelang tahun 1982. Kebetulan salah seorang kawan kami ni mengadakan weeding untuk anaknya..

Kelas ko jah..Siap dengan meja khas VIP lagi untuk kami di Keramat Mall, Datuk Keramat. Memang tak ramai yang datang..tapi dah cukup untuk menghiburkan dengan telatah rakan-rakan yang hadir.


Time ni aku tak berapa ada mood sebenarnya tapi memikirkan jemputan "adik beradik" aku gagahkan jugak. Maklumlah pagi tu dah ke kebun mengait rambutan...cukup memenatkan.

Apa pun aku happy sangat setiap kali jumpa mereka ni...Saling memberi kekuatan dan nasihat di antara kami yang ditimpa musibah dan masalah...Muga ikatan ukhwah kami berpanjangan meskipun masa di alam persekolahan dulu macam anjing dengan kucing..memasing tak cerdik time tu ...sekarang dah jadik mak dan bapak budak dan yang advance tu dah jadik nenek dan atuk gak...