Sunday, January 6, 2019

MAJLIS MERISIK BUAT SI TERUNA KESAYANGAN

1st Jan 2019 cukup bermakna buat aku..menyambut tarikh lahir dengan hadiah paling bermakna dalam hidup ini..dapat bakal menantu..

Rasa macam tak percaya yang abang dah begitu cepat melangkah ke alam dewasa..tapi itulah realitinya..Bila anak bujang ni buka mulut jer minta aku dan hubby merisik pujaan hatinya..maka bermulalah kerja aku berkejar ke sana sini untuk membeli peralatan yang nak di bawa. Memang tak banyak cuma 3 bekas termasuk cincin tapi sebagai ibu, aku mahu yang paling sempurna untuk anak-anakku.

Aku ni jenis jenis yang perfectionist..mahu segala-galanya nampak teratur, kemas dan sedap mata memandang..berbanding dengan hubby yang ikut dan jer..Pada dia, hiasan tu tak penting..yang penting barang yang diberi mesti mahal..branded dah cukup.

Oleh kerana keterujaan nak menerima bakal menantu, maka aku ambik keputusan untuk menggunakan kreativiti sendiri biarpun aku bukannya pandai dalan hiasan deco mendeco ni. Tapi aku mahu saat2 manis ni menjadi ingatan kekal buat anak teruna suatu masa kelak..

Ni tempat cincin...

Kek dari secret recipe ni transfer dalam kotak transparant yg digubah sendiri

Ni lah hantaran merisik yg aku bawa..(kek belum masuk dalam bekas)

Ni sebelah pihak perempuan..

Segala-galanya berjalan sederhana seperti yg dikehendaki pihak perempuan..Ikutkan ajelah kan..walaupun teringin nak bagi macam-macam kat bakal menantu..Hubby kata bagi semua tu masa majlis kahwin nanti. Jangkanya selepas 2 tahun kerana both of them masih dalam pengajian di peringkat ijazah.

Doakan muga perjalanan mereka berdua dipermudahkan..




Tuesday, December 25, 2018

DAH DEWASA DAH ANAK MAMA NI...

Terasa masa cepat sangat berlalu..rasa macam baru semalam tengok si Abang ni terkedek-kedek berlari sana sini dengan badan cubby nyer...dengan keletah nakalnya yang selalu buat keluarga aku terhibur.. Dah dewasa ni, tiap kali nak pergi kerja pun, aku masih pesan itu ini padanya..."jangan bawak keta laju-laju"...Jangan main hp masa memandu...Pendekkata bersusun ler pesan "JANGAN" aku tu pada dia..Bagi aku he still baby aku yang perlu aku jaga selagi hayat di kandung badan..

Semalam 25/12/2018..menyedarkan aku bahawa anak yang aku tatang bagai minyak yang penuh ni perlu menjalani kehidupan sendiri. Selama ni aku terlupa yang dia makin membesar dan satu ketika nanti hati yang selalu aku jaga dan sayang ni akan berubah kepada kepada hati insan lain yang bisa menyayangi anakku dengan lebih baik...

Alhamdulillah Ya Allah..kerana Engkau telah temukan anakku dengan insan yang istimewa di matanya..Sejuk mata mama melihat calon menantu mama ni..manis orangnya. So we olls kena la buat persiapan untuk merisik anak dara orang..1st time ngadap benda-benda macam ni..of coz akak nebes!

Harap2 semuanya berjalan lancar...Aamin. Doakan yer ...

KITA MERANCANG ..ALLAH MENENTUKAN..

Bulan Dec ni..cam biasa le..bulan jenjalan makan angin kan. So we decide pergi ke Penang reunion kengkawan hubby..pada 15 dan 16 haribulan..Dah tempah Hotel Raibow Paradise kalau tak silap di Batu Feringgi tempatnya.

Macam selalu..kalau nak berjalan ke mana-mana, aku la yg menyediakan kesemua barang yg nak di bawak. Untuk dinner, kami mak2 ni kena bepakaian baju kurung dan berkain batik. OMG! Seriously aku memang tak pandai pakai kain batik ok. So aku decide cari baju kebaya readymade dan kain batik memang dah siap berjahit.

Utk handbag plak..aku pilih clutch yg memang dari dulu aku suka designnya


Tapi itulah kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Sabtu planya nak pergi..khamis..hubby lak masuk wad. Punah harapan omak nakkk...

Tapi demi nak memastikan dia sihat..aku sanggup korbankan semua tu. Berjalan bila2 pun boleh tapi kesihatan tu penting kan? ( try pujuk hati yg lara)

Monday, December 3, 2018

ADMITTED SAKIT LAIN PLAK...

Semalam 3/12/2018, mak admitted PUSRAWI setelah ubat antibiotik yang di makan tak berkesan apa-apa. Ikutkan mak sepatutnya admitted masa jumpa doktor tempohari tapi biasa la orang tua kannn..nak cuba makan ubat dulu katanya..

Bila sesiapa ahli keluarga admitted ni merupakan tempoh yang paling memenatkan..mana tak nyer..pagi kerja dan bila petang berkejar balik nak masak untuk suami dan anak-anak. Kemudian menemankan mak di hospital sampai lah nurse bagi tau waktu melawat dah habis. Kalau seminggu di sana..seminggu gak ler aku akan berkampung di sana. Boring nyer...tapi apa nak di kata kan..kena la hadap..😏

Mak semalam cam ceria jer waktu ditinggalkan. Sempat gak aku usik mak time tu..anggap jer mak pergi vacation..sekarang tidur di hotel...hik! hik! Macam tak der perasaan jer mak (malas melayan anak kereko dia yang satu ni😁. Mungkin gak mak dah redho dengan ketentuanNya..

Nurse kat Wad Al Aman tu pun dah cam muka mak..Kira mak ni one of the popular patient yang selalu "bercuti" di sini...Muga berkat doa anak-anak dan menantu, mak akan kembali sihat seperti sediakala. Aamin...

Sunday, December 2, 2018

KO RASA AKU ADA MASA UNTUK SAKIT HATI??

Tajuk cam iklan panadol sakit kepala plak kan?..Hik!hik! Memang aku ni bukan spesis yang suka nak pendam masalah dalam kepala hotak. Friendly speaking..aku jenis orang yang tak akan sesekali lari dari masalah dan akan cuba menyelesaikannya no matter how difficult it is!

Kalau ada yang rasa tindakan dia tu buat aku dan keluarga aku akan rasa terkilan atau sedih..forget it sebab tak ada benda yang nak disedihkan pun..cuma kalau nak sedih pun sedih sebab memikirkan orang terdekat sanggup malah cuba untuk menikam keluarga dari belakang..

Ni lah dia melayu ...nak kata Islam, dalam IC memang Islam tapi attitudenya Subhanaullah...Tak rasa bersalah ke bila kaki tu dah jejak ke tanah suci tapi hati tu masih ada sisa-sisa hitam yang bisa mengheret kau ke neraka!

Itu lah bezanya muslimin yang ke Mekah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan spesis yang mengejar titile Haji/Hajjah semata-mata..

Lantak korang la..aku tak kisah..Tak de masa pun untuk aku rasa kecik hati atau tersinggung dengan tindakan korang tu..Buat lah apa korang nak buat sementara masih diberi nafas oleh Allah..

Tumpang lalu...😃

Thursday, November 29, 2018

JALAN-JALAN CUCI MATA..

24hb Dec 2018..Akak dua sejoli pergi le menziarah anak dara yang "terbuang" kat UITM Tapah nu..Saja nak buang masa hujung minggu (buang duit sekali). Memandangkan Pekan Tapah tu cam tak berapa menarik di mata akak..so kami bawak anak dara tu ke Ipoh dan tidur disana semalam.

Nak memenatkan badan, so kami berjalan2 ler ke shopping Mall yang ada di situ which is activiti yang paling akak gemor!. Sib baik cik abang sporting..ikut jer tanpa banyak kerenah..Baik anak En. Salleh ni siap belanja lagi..wink! wink!
Regency Hotel..selesa biliknya.



                                              Aktiviti wajib bagi orang pompuan..selfie

Kami pergi ke Memory Lane tempat jual barang-barang lama..Hubby akak dah mula berkenan dengan segala parang..pedang bagi..Wuish! tak berapa gemor nak menyimpan barang2 camni sebab
seram bila teringat cite2 melayu..Berjalan sekadar mencuci mata je...

CERITA TENTANG PROJEK RUMAH LAGI..

Yuhuuu..akak kembali bersiaran...lamanya tak menjengah blog akak ni..Kalau la dia punya perasaan..dah lama merajuk lari entah ke mana.

Banyak nak hapdet sebenarnya tapi tu lah..mood tak de dan kesibukkan yang tak henti-henti membuat akak lupa blog ni sekejap.

Nowdays akak bz dik non sebab projek umah akak masih in progress lagi. Apa yang di bz kan yer ?? Bukan akak yang bancuh simen, yang susun batu bata tu...hik hik hik! Akak bz la mencari material untuk rumah tu seperti tilesnya..hiasan balkoninya...

Korang ingat rumah sewa tak leh buat cecantik ker? Ehh wajib dikkk! akak laki bini gak yang nak menengok umah tu sampai mati so! Kalau dah tak semengah rupanya, akak pun boring tengok paten yang sama jer di setiap umah sewaan akak. Opps!sorry bukan riak yer tapi akak cuma nak berkongsi dengan uolls. Mana yang baik, ambil la untuk jadi contoh pembakar semangat untuk lebih berjaya dari akak. Jangan mcm sesetengah melayu kita ..asal melayu lain nak maju jer..datang la sifat hasad dan dengki tu...Tak mo yer adik2...


                                          Bunga batu ni akan diletakkan di sepanjang balkoni






                                                       Dah naik 3rd Floor daahhh!





                                        3rd Floor..Gayat nak naik sebab tak de pemegang lagi



                                                        2nd Floor...belum plaster lagi

Harap2 sempat la akak tengok umah ni siap...tak sabar rasanya...