Tuesday, December 1, 2020

PKP YANG ENTAH BILA BERAKHIR...

 Salam Bloggers...

Sepanjang PKP ni, rutin kerja aku dah tak macam dulu..Kalau dulu datang kerja hari-hari tapi sekarang selang sehari dan bila time audit terpaksa lah datang hari2 cuma masa tu limit sangat. In fact nak sangat rasanya cepat masa audit ni berlalu which its benda yang aku tak suka lalui sebenarnya tapi demi tugas...

Nak datang pejabat pun limited time dari pukul 10am sampai la pukul 2 pm..Ko rasa apa sangat la yang dapat diselesaikan dalam masa sesingkat itu?. So kenalah pandai bahagikan tugas..selebihnya work from home la hakak dik non!

Di rumah..rasanya susah nak praktikkan WFH ni sebab banyak sgt gangguannya. Masa my mom dok sekali dengan aku..dia dok mengajak berbual sedangkan aku tengah bz dengan kerja ofis. Tak dilayan kang..kecik hati plak mak aku tu..

Muga Tuhan dengar doa aku agar mengangkat semula virus Covid 19 ni dari seluruh dunia dan kami dapat menjalani kehidupan seperti biasa...

Aku rindu nak melancong macam dulu...nak berjalan dengan family macam dulu dan segala-galanya macam dulu...


Tuesday, October 6, 2020

4HB OCT 2020..MAJLIS BERJALAN LANCAR AKHIRNYA..

 Alhamdulillah..berkat doa, majlis perkhawinan anak sulungku berjalan lancar dan meriah sekali. Pagi tu agak cuak sebab tengok langit mendung jer. Maka sebagai ibu..aku hanya mampu mengutus doa buat sang Pencipta agar pada hari berlangsungnya majlis tu biarlah cuaca redup...tanpa hujan.. Syukur doaku diperkenankan...

Tak sangka, walaupun pada hari berlangsungnya majlis tu pandemic covid ni mencecah 300+, tapi tetamu yang hadir..MasyaAllah ramainya hinggakan terpaksa berbaris panjang untuk masuk ke dewan..Maaf semuanya yer sebab harus mematuhi SOP yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Sebagai ibu pengantin, memang banyak benda yang aku risaukan..takut tetamu tak ramai hadir..takut makanan tak cukup..takut itu ..takut ini..tapi dalam hati tak putus berdoa muga semua tu tak terjadi..Mau majlis aku ni jadi topik "makcik-makcik kantin" kalau sekiranya perkara yang tak diingini tu terjadi..😆

Di sini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis aku ni:

1)  Pihak pengurusan Royal Palace Shah Alam     

     - Menyediakan pakej perkhawinan  yang lengkap dan super cantik!

2)  Ashrie Solution Media

     - Photographer untuk pengantin 

3)  Sweetheart Creation

     - Doorgift candy untuk kanak-kanak

4)  Doorgift Syahrina

      - Doorgift untuk para tetamu VIP

5)  Doorgift untuk tetamu

     - Kaktus succulent (lupa nama suppliernya tapi layanan dan servicenya pun bagus)

6)  Shahzarul Akmar

     - Kambing Bakar (ni yang paling ramai Q) repeat order..

7)  Rojak/Cendol/Apam balik dan lain-lain

      -  Bagus cara kerja mereka.

Dan tak terkecuali bisan dan saudara mara pihak pengantin perempuan yang sudi hadir membantu memeriahkan majlis. Siap sponsor kuih muih dan juga caramel lagi..Tq gak buat tetamu sebelah kami yang sudi hadir..kehadiran anda benar-benar menceriakan suasana majlis kami..Hanya Allah yang dapat membalasnya...






Thursday, September 17, 2020

KESIBUKAN MENJELANG MAJLIS....

Alhamdulillah wedding card Abang dah ready!..even both of them yang pilih warna kad tersebut ..still kena monitor gak ayat2 yang tertulis di kad tersebut. Bukan apa bimbang ada info yg tertinggal..

Makin hampir harinya ..makin berdebar plak aku rasa. Mana taknya..dulu datang sebagai tetamu jer, sekarang aku yang menjadi tuan rumah majlis perkhawinan ni. Harap2 semuanya berjalan lancar walaupun PKP masih berterusan.

Nampak mcm senang jer orang yang arrange wedding ni kan but I tell you..untuk event sendiri (terkecuali la yang semua wedding planner buat yek)..semput wehh.. Mana nak cari doorgift..nak beli assessoriesnya .. nak decorate lagi. .nak pack lagi..Huh! caya tak semua doorgift tu kami decorate sendiri dua beranak which I and gegirl yang tonggang terbalik menguruskannya. Hubby aku..hehe! jadi mandor wokay..Abang aka bakal pengantin lagi setakat tolong apa yang patut..peh tu hilang masuk bilik zzzz...

Tapi apa pun keseronokan tu tetap ada sebab semua ni hasil tangan kami berdua. Begitu jugak dengan bunga telor..Puas hati bila tengok hasil keras tangan kami yang tak punya bakat seni ni..Boleh je beli yang dah siap tapi hati tak berkenan atas alasan sama dengan orang lain..Boleh?

Ni tengah nak menulis dan menghantar kad undangan buat kengkawan dan saudara mara. Harap sangat mereka boleh meluangkan masa untuk datang memeriahkan lagi majlis tersebut. Yang lain semua dah ready..hanya menunggu baju nikah si Abang dan baju-baju kami anak beranak untuk disiapkan..





Wednesday, July 29, 2020

KESIBUKAN MENJELANG HARI BAHAGIA...

Menjelang tarikh kahwin si Abang ni..banyak sebenarnya tugasan yang perlu aku lakukan.. Dari menempah doorgift, membuat bunga telur, menyewa baju pengantin, menghias  kotak untuk doorgift adalah sesuatu yang amat memenatkan. Terbaru, aku dan bisan ada meeting dengan pihak wedding planner kami untuk memastikan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Masa aku sampai di dewan tu..kedudukan meja dan jugak kerusi semuanya dah berubah mengikut SOP yang ditetapkan. Sedikit agak janggal sebab susunannya kurang menarik berbanding masa kami datang dulu

Mungkin Tuahan punya perancangan yang terbaik untuk anakku kerana ditakdirkan majlis ini dibuat ketika pandemik Covid 19 masih lagi berlaku. Namun apa masih berharap semua ini akan segera berakhir menjelang perkhawinan anakku Oct nanti...Teringin punya majlis seperti orang lain yang tak perlu segala peraturan..tapi jika ini takdir yang tercipta..aku redha dengan ketentuanNya..

Bila difikirkan semula..beruntungnya Abang..segala-galanya diuruskan orang tua. Berbanding dengan kami dulu..semuanya diuruskan sendiri kecuali khemah dan catering. Apa pun aku tak rasa regret pun membuat semua ini demi anak tersayang malah ada rasa kepuasan di situ bila menengok kerja-kerja yang telah siap kami buat..

Tak sabar weh!..nak menunggu saat abang bergelar suami orang...

Thursday, June 25, 2020

HAPPY FATHER'S DAY BUAT ABAH...

Seronoknya bila tengok kawan-kawan merayakan Hari Bapa untuk bapa mereka. tapi aku ..ditakdirkan bersama arwah Abah kali terakhir iaitu 2011. Memang seronok bila melihat wajah kegembiraan ayah kita apalagi tatkala kita memberi dia sesuatu.

Abah aku memang seorang yang sukar untuk kami dalami isihatinya sebab dia bukan selalu meluahkan apa yang ada dalam perasaannya..cuma satu ketika dulu aku dapat lihat wajah kegembiraan sebenar terpancar di mukanya. Senyum tanda kepuasan terukir diwajahnya saat melihat kejayaan projek rumah aku yang pertama.. I wish..kalau lah Abah ada ketika ini untuk melihat kejayaan demi kejayaan aku..alahai..rindu sangat untuk melihat wajah gembira itu lagi..





Pun begitu, abah bukan seorang yang senang memberi pujian pada anak-anaknya. Mungkin tak mau kami jadi lalai dengan pujian . Tapi aku tau, dia bangga bila bercerita tentang kejayaan anak-anak pada rakan-rakannya. Bagi aku..segala yang aku kecapi hari ini adalah dari semangat Abah yang sentiasa membara dalam jiwa aku. Aku ingin jadi seperti dia..tak mudah patah semangat walaupun ada masalah yang menimpa..

Abah..hari ini tak ada lagi hadiah atau benda yang boleh aku berikan buatmu selain menghadiahkan surah Yassin dan Fatihah agar Abah tenang dan aman dalam perjalanan menuju kepada Penciptanya..Muga Allah melimpahkan Rahmat ke atas rohnya...Aku pasti akan meyusuli dan menemani Abah suatu ketika nanti...

Monday, June 22, 2020

CITER ANAK DARA SORANG NI

Sejak pandemik covid 19 ni, banyak benda kena arrange balik. Semuanya jadi agak kelam kabut but still hidup perlu diteruskan. Bagi aku yang bekerja ni..tak banyak perubahan cuma kalau dulu boleh ke sana sini tanpa mask tapi sekarang kena biasakan memakainya 8am to 5 pm. Agak rimas sebenarnya tapi demi keselamatan diri..redho je ler..

Bagi anak dara aku yg masih belajar..walaupun tak de lagi pergi kuliah seperti biasa tapi kelas online dan jadualnya agak padat dengan assigment demi assigment perlu disiapkan. Kadang2 kesian aku tengok dia mentelaah pelajaran sampai tertidur di meja studynya. Memang gegirl ni kalau dia nak sesuatu..gini lah gayanya. Memang dia bersungguh2 memandangkan ini final year. Semalam kejadiannya..waktu aku balik kerja..terkejut tengok dia di muka pintu dengan gaya cam ni..


Citenya..gegirl baru lepas buat presentation online..dan ada lagi presentation selepas tu.. Hik! Hik! kemain dengan blazer dan make upnya..alih2 tengok kat bawah pakai suar tido! ko rasa??

Syukur  sebab gegirl ni tak payah diingatkan suruh study sebab dia memang target sesuatu dalam menamatkan diploma in Accountancy nya. Paling buat aku bangga dengan pencapaiannya kerana dia berjaya dapat dean list dari semester 1 hinggalah semester 4 berturut-turut! Nikmat Tuhan yang tak perlu ku dustakan..

Sebagai penguat semangat untuk dia lebih rajin, aku dah janji sekiranya dia dapat dean list untuk sekian kalinya, aku akan belikan IPad Pro 2020 . In fact aku ni idok le pandai menatang gadget ni tapi ni request dari si gegirl sendiri sebenarnya. Tengok anak dara mata duitan ni..but pada aku selagi dia minat nak belajar..I is ok ! berguna juga untuk dia masa sambung ijazah nanti kan?

Muga gegirl terus sukses dan as a parent..kami doakan yg terbaik untuk anak-anak kami.

Wednesday, June 17, 2020

KITA HANYA MAMPU MERANCANG...

Sebagai Hamba Allah..kita ni hanya mampu merancang apa pun tapi segala ketentuan dan percaturan hidup telah tertulis... 

4hb Oktober 2020 adalah tarikh yg dipilih untuk hari bahagia anak sulung kami. Berbagai persediaan telah kami buat termasuk booking dewan perkhawinan..mencari material untuk pakaian tema kami dan membuat bunga telur. Tapi.. dek kerana pandemik Covid 19 ni, segala perancangan kami terbantut. Nak kata sedih..tak jugak sebab bukannya rugi apa-apa pun malah aku terfikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.  Sebagai back up date nya..aku pilih tarikh next year 2/1/2021 (2/1/21) cantik date tu kan?. 

Apa pun, majlis pernikahannya di sebelah pihak perempuan masih tetap akan dilangsungkan pada 3/10/2020. Tak sabar aku menanti saat anak teruna ni sah bergelar suami orang.. Muga segalanya dipermudahkan...