Monday, October 4, 2021

BYE LOPA,LUNA,SUGA DAN LOKI...

 Aku memang tak gemar nak membela binantang kecuali ikan..but I know ramai di luar sana yang minat bela kucing termasuk la anak dara aku. Sanggup dok berjam-jam melayan kucing jalanan yang dia jumpa kat mana-mana.

Nak dijadiakan cerita, tenant aku baru sahaja berpindah dan meninggalkan kucingnya yang ada 4 ekor anak..Makanya merayu2 la si baby minta kat ayahnya. Aku memang serik nak membela kucing sebab tak suka nak mengadap bau najisnya..bulu2nya yang bersepah sana ini dan paling takut kalau kucing ni berkutu..

Alkisahnya berjaya la anak dara ni memujuk ayahnya dengan seribu satu janji manisnya. Kucing beserta 4 ekor anaknya ditempatkan diberandah rumah kami iaitu selari dengan bilik tidur aku. Maka bermula lah mimpi ngeri aku yang hari2 kena mengadap bau najis dan kencing kucing setiap hari. Walaupun Baby rajin bersihkan najisnya, aku yang allergic bau kucing ni rasa tak selesa apalagi setiap kali nak berehat di berandah..penuh dengan bulu-bulu kucing di sana sini. Sesak rasa dada dibuatnya.

Jiran sebelah ni plak komplen katanya ada kucing hitam putih berak di atas atap rumahnya..Dia ni asal nampak kucing jer mula nak menuduh kucing dari rumah aku walhal aku tak bela pun kucing kaler hitam putih..Tak semestinya kucing tu melompat masuk ke berandah aku, bermakna tu kucing aku..Terace house kann..takkan la kucing tu nak terbang plak..of coz la dia bergerak dari rumah ke rumah..๐Ÿ‘ฟ๐Ÿ‘ฟ

Semalam 3/10/2021, aku hantar ibu beserta anak2nya yang 3 ekor tu balik ke "kampung halaman" dia semula. (sepatutnya 4 ekor tapi salah sekor ni tah mana merayap, tak balik2). 

Maaf lah yer..bukan aku sengaja tak mahu membela tapi dari aku menganiaya binatang ni, baik la dilepaskan aja di sana untuk dia belajar berdikari.. Baby pun Oct ni dah nak apply masuk kolej semula so tak nak la akak plak ganti jadi pencacai najis dia...

Sedih gak time aku lepaskan kucing2 tu..tak tau mereka boleh cari makan sendiri ke tidak..Muga kalian dalam peliharaan Allah selalu...



Friday, April 9, 2021

BANGANG TU SIMPAN SKET..

 Korang rasa sis marah sebab apa? Cuba korang tengok angka pesakit covid makin mencanak-canak..tah bila nak surutnya tak tau lah..

Yang sis marah tahap cipan ni bukan apa..kita dok la ikut saranan kerajaan..jangan merentas negeri melainkan ada hal-hal PENTING contohnya melibatkan kematian adalah dibenarkan.

Ni adalah plak golongan otak tak tau letak mana,.terlebih makan udang kot pasal tu bangang semacam. Bukan tak tau tak boleh merentas negeri tapi dek kerana baru lepas berlaki..sebuk nak berhoneymoon mengalahkan tu benda wajib dalam Islam! Alasan ko atas urusan kerja tu memang alasan sampah la.. Zaman canggih dan teknologi ni orang nak meeting pun boleh guna aplikasi internet. Pasai apa yang hang dok bangang sangat mengelitis nak rentas jugak negeri. Bukannya perniagaan tu boleh bangkrap kalau ko tak de kat situ..

End up..kantoi gak ko gi mengelitis naik bot la..naik kabel car la...dengan aksi yang buat follower ko pun boleh muntah hijau tak tak?. Lansung tak ikup SOP..tak de pun pakai penutup muka.. Setakat kain sehelai yang nipis tu tutup muka dengan idung ko bukan ikut SOP mek oi..Orang lain pun kahwin jugak dik oii tapi tak de lah nampak nau mengelenyam nyer.. 

Orang lain pun berlaki jugak..berhoneymoon jugak tapi tak de lah paksa laki ko sampai tarik2 lengan baju dia..Hish..tak boleh ingat la perangai minah sorang ni..Tak habis-habis buat kontroversi bodoh!.Tak perlu la nak tunjuk depan public aksi romantis ko yang memualkan tu..Cukup ko dengan laki ko jer yang tau..Kengkadang kesian gak minah ni ..yerlah umur dah cecah 30an baru dapat laki..tu pasal la desprate semacam aksi dia..

Sebab orang bebal macam ko lah, PKP ni berlarutan..Dah cukup baik sis tak sumpah ko kalau sis tak dapat balik kampung raya ni..

Really this woman ni dari dulu sampai sekarang ATTENTION SEEKERS


Monday, March 29, 2021

TANDA CINTA SEORANG LELAKI

 kemain tajuk blog sis dik..ko rasa apa yang sis nak bebelkan kali ni..of coz la pasal cinta.. Sejak PKP ni, lagi ketat SOP dikenakan..lagi berduyun-duyun plak pasangan mendirikan rumahtangga. Banyak nau ler alasan depa ni sebab nak gak langsungkan majlis ni during PKP.. Paling banyak alasan yang sis dengar ialah..JIMAT tak yah buat majlis beso-beso.

Ni bukan nak cite pasal majlis yek tapi sis nak cite pasal erti CINTA bagi seorang lelaki.. Bagi sis..klimax cinta bagi seorang lelaki ialah bila beliau dengan rela hati tanpa paksaan akan melafazkan akad yang membawa erti bahawa dia akan memikul segala tanggungjawab sebagai suami kepada kita.. Bukan senang untuk menjadi suami dalam ertikata yang sebenar ya..

So pada siapa kat luar sana yang baru nak belajar main mata dan berkepit sana sini dengan boy friend korang, itu bukan jaminan masa depan ya dik non..Belum tentu yang ko usung kesini ke sana bertahun-tahun tu jadi kepunyaan ko..Belum tentu dia yang akad melafazkan akad untuk mengambil kau sebagai suri hidupnya suatu ketika kelak.

So adik-adik..jangan belanja sangat lah yer maruah diri tu..Kekalkan harga diri sehingga kau bergelar isterinya..Lebih manis sebenarnya bercinta selepas berkahwin sebab masing-masing belajar mengenal pasangan halal masing-masing...

Thursday, March 25, 2021

UJIAN ALLAH MEMATANGKAN KITA

 Kengkadang bila kita diuji dengan dugaan yang bertimpa- timpa, betmacam-macam perasaan timbul dibenak ni. Tuhan turunkan ujian ni sebab aku banyak buat dosa ke atau sekadar menguji iman aku?

Tapi guys..berbaik sangkalah dengan Allah meskipun kita berdepan dengan ujian yang paling getir. Sekali pun, kita seakan tidak nampak jalan penghujungnya..jangan pernah menyerah. Teruskan melangkah dan melangkah tanpa berhenti berdoa kerana kita tidak tau, mungkin dipenghujung jalannya..kita akan temui apa yang kita cari.

Aku pernah mengalami saat-saat getir dalam hidup ini..di uji dengan kehilangan insan tersayang di saat aku hampir menuju puncak kejayaan. Namun, aku kumpulkan kekuatan iman dan percaya Allah itu tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Dan..Alhamdulillah aku berjaya mengharungi kepayร han itu berkat doa emak dan adik beradik..

Percaya bahawa setiap orang yang belajar bangkit dari kegagalan itu akan menemui kejayaan yg paling manis dalam hidupnya.

Monday, February 8, 2021

SEMUA BENDA KO NAK TAICI KAT ORANG..

 Saja nak bersembang aka mencurah perasaan kat blog sendiri...perasaan yang dah disimpan bertahun-tahun dan tak dapat nak diluahkan.. tapi ianya jadi macam bomjangka yang bila-bila masa je boleh meletup.

Dalam apa sahaja tugas seharusnya kena ada semangat bantu membantu atau dipanggil teamwork kan?

Baru lah tugas yang diamanahkan tu berjalan lancar dan tiada sikap ketidak puasan hati di situ. Tapi itu yang aku alami sekarang bila mana nampak seakan tugasan di pejabat banyak dibebankan kepada aku seorang. Mana lagi nak pikul tugasan sendiri, aku juga kengkadang malah selalu buat tugasan staff bawahan pun aku juga yang memikulnya. 

Aku ni bukan lah orang penting dalam department ni.. tapi bilamana bos GM aku resigned..kerja2 GM ni which surposed to be handled by immediate staff bawah dia..terhumban kat aku! korang rasa apa perasaan aku bila katanya nak kurangkan beban keja aku tapi instead of dia kurangkan..dia tambah lagi keja aku. Dalam job description aku, aku ni cuma assist kerja dia je tapi nampaknya terbalik pulak bila aku 90% dan dia 10% (kengkadang semua suruh aku yg handle)

Macam la aku ni budak tadika yang boleh nak ditipu-tipu. kalau dengar ayat bukan main manis..tapi tu semua alasan untuk dia taici kerja yang sepatutnya dia pikul. Kalau dah gaji besar..of coz la tanggungjawab sepatutnya besar jugak..yer tak?. Jangan cuma pandai mengarah tapi sendiri tak nak pikul tanggung jawab dan boleh pulak melepak sana sini.

Kita ni dibayar gaji untuk kerja yang diamanahkan bukan percuma je gaji tu dan dalam ertikata lain makan gaji buta!

Ingatlah yer..gaji yang kau dapat tu nak bagi anak bini makan dan pakai. Ko tak rasa ke yang duit yang ko terima tu cam tak berkat bila gaji ko terima tapi kerja kau tak laksanakan. Jangan amik nama jer sedangkan orang lain yang bertungkus lumus menyiapkan kerja.





Thursday, February 4, 2021

BELI GAK AKHIRNYA..

 Ikutkan lama dah nak membeli periuk viral di FB ni tapi kalau boleh tak mahu la beli online. Aku suka pergi ke kedai tu sendiri dan melihat kualiti


sesuatu barangan tu. Tapi..dek kerana PKP ni, terpaksalah ditangguhkan dulu niat tu.

Tapi godaan 12:12 shopee dan lazada seperti memanggil-manggil dan akhirnya aku terbeli jugak periuk yang aku inginkan selama ini.


Bukan saja periuk malah senduk dan peralatan dapur juga aku beli (anak dara aku yg beria-ria menggoda mamanya)๐Ÿ˜‚



Sunday, December 13, 2020

WE ALL BECOME NANNY & GRANDPA

 Syukur kupanjatkan padaMu Ya Allah..kerana tiap doa yang ku minta selama ini dimakbulkan... Semua orang ada impian dan harapan masing-masing begitu juga aku..

Aku lupa tarikh bila..Abang datang kerumah bersama isterinya dan bagitau yang aku bakal jadi nenek! Korang tau..aku time tu speechless antara percaya atau tidak. Abang ni memang suka prank kami so aku tanya berkali-kali dan menantu aku yang mengiakannya.

Aku bakal jadi nenek guys! Dalam usia 55 tahun..actually bukan la muda sgt pun untuk baru bergelar nenek tapi itulah takdir untuk aku dan aku amat bersyukur diberi kesempatan ini untuk merasai pengalaman mendapat seorang cucu sebelum menutup mata.

Punya la excitednya aku..dan start dari hari tu aku nak mula minat nak survey peralatan dan pakaian baby. Fuh! punya lah rambang mata menengok baju baby yang cute-cute ni..Tu belum lagi tengok stroller, baby cotnya.. semua tu dah ada dalam wishlist aku tau.


                                                                Baby stroller (suker jenis cam ni)



                                                          baby swing (buaian baby eletronic)



Abang dulu ..aku beli baby cot yg camni..tapi utnuk anak dia dia nak yg mudah di bukak dan di bawa travel kemana-mana. so aku decide beli jenis ni je..cantik gak kan?


Cantik kann..boleh je bawak travel gi memana..





Ni Bath tub baby yg boleh dilipat..

Rambang mata tengok assesories baby ni..rasa cam semua nak borong ..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.Doakan cucuku selamat lahir ke dunia..sempurna dan comel macam ayah dia masa baby dulu dan cantik cam mummy nyer yer..