Wednesday, November 30, 2022

PENYEWA MACAM NI PUN ADA...

 Dah lama aku tak menghadap kerenah penyewa yang bermasalah dan mental macam ni. Masa mula-mula nak menyewa..cakap punya la sopan santun walau pun sekor ni ni "jantan jadian" dan sekor lagi punya la flawless putih melepak. 1st impression aku ialah..dia ni 1st time menyewa rumah kot sebab soalan dia bikin gegar jantung aku. "Makcik..nak tanya, air paip ni amik dari sungai belakang ke?. Soalannnn...macam la baru keluar dari bertapa digua bertahun-tahun lamanya.

Baru-baru ni dia nak pindah...katanya nak balik kampung. Katanya rumah tu dia dah kemas bersih. Lepas dia pulang kunci..as usual, tugas aku ialah memeriksa keadaan rumah yang ditinggalkan sebab penyewa baru akan masuk Dec depan. First thing first , aku tengok bilik air dulu..Masya Allah! berkeladak dalam toilet bowl tu..Aku message dia...Kata you dah cuci bersih rumah ni..tang mana bersihnya ni? (sambil aku screenshot gambar toilet bowl dan keadaan kelilingnya termasuk dinding bilik air.

       

 Toilet kotor macam ni ada selera ke ko nak memerut..belum tgk lagi lantai dan dindingnya....πŸ˜’


                                            Minah ni rabun ke haper?? ni katanya bersih?


                                            Pintu bilik air yang pecah dan tak boleh kunci..

Eh! boleh plak dia jawab tu, " Makcik, toilet tu memang saya dah memang cuci bersih..mungkin sebab dah seminggu dah tak pakai..tu sebab dia berlumut". Masalahnya ini bukan berlumut dik..ini tanda ko memang malas dan kaki pengotor !. Sanggup ko duduk memerut duduk atas toilet bowl yang ada macam kesan najis kering ke haper tah.. And sampai sudah dia tak ngaku so aku malas nak arque lagi..

Sudahnya aku cuci sendiri. boleh je berkilat bersih..memang dasar pemalas haup!. Selain pada tu kipas aku rosak dibuatnya..Dinding penuh dengan paku besar yang ala2 paku nak cucuk leher pontianak. Pun kami yang tanggalkan.. Paling aku tak boleh sabar tu bila pintu bilik air aku patah dan tak boleh kunci langsung. Bila ditanya, betina ni cakap..apa masalahnya tak boleh kunci? saya ok jer mandi pintu tak kunci? Haha..mental sungguh ko ni..ko memang la jenis tak kisah..tandas kotor pun boleh..pintu tak boleh kunci pun ok tapi citernya sekarang ni aku nak sewakan pada orang lain DAN ko dah rosakkan rumah aku..Faham tak??. Ini pun aku tak claim kunci bilik yang ko hilangkan dan upah aku cuci toilet ko tu.

So aku bagi tau dia yang aku akan tolak deposit dia untuk pintu yang dirosakkan tu..bakinya aku akan pulangkan pada dia..Minah ni mulalah merapu-rapu dalam whatapps sampai nak mintak pampasan la bagai sebab kipas tak function walhal kipas tu waktu kami serahkan rumah tu dalam keadaan baik..Dapat kat jantan jadian & betina pengotor ni..ranap.

Kalau ko rasa rumah tu tak selesa bagi ko..kenapa nak tunggu sampai 1 tahun duduk situ..pindah la cari kondo ke...penthouse ker.. sesuai dengan citarasa ko yang besar tu.. Aku marah sebab cara dia bercakap teramat kurang ajar padahal aku bagitau cara elok pasal pintu bilik air yang dia rosakkan tu..Kata aku aniaya dialah..nak buat aduan la..aku makan duit haram la..gara-gara aku komplen pasal pintu bilik air tu.

Dik..akak kalau nak makan duit haram setakat RM600 duit ko tu, celah gigi jer tau tak? Ko ingat aku ni tak fikir ke halal haram makan duit orang..

Pada korang di luar sana yang buat bisnes rumah sewa ni..be alert la yer kalau ada jantan jadian nak sewa umah korang aka orang bujang perempuan..please more carefull. Bukan semua tapi ini sorang yang aku hadap. Ikut pengalaman aku menyewa rumah, lelaki bujang lebih pembersih berbanding penyewa bujang perempuan. Harap jual rupa je kat luar tu, bilik air ko jadi sarang syaitan!. Satu jer nak pesan kat ko dik..belajar cuci toilet tu betul-betul..esok tak der orang nak kahwin dengan ko..sebab kebersihan rumah tu melambangkan kebersihan diri orang tu jugak..Nak mencarut ni..tapi kena sabarrr....πŸ‘Ώ


Monday, January 3, 2022

HAPPY BIRTHDAY

 1st Januari 2022 membuka lembaran baru dalam hidup sis..bermakna satu angka lagi meningkat dalam umur sis uolls.. Sedar tak sedar , dah masuk 57 tahun rupanya sis menumpang hidup di bumi Allah ni..Jauh jugak penjalanan dan sepanjang hidup ni..macam-macam dugaan dan rintangan sis tempuhi..Suka duka kehidupan yang mematangkan sis dan membuat sis lebih kuat untuk berjalan terus ke hadapan.

Mungkin orang rasa happy setiap kali sambut hari lahir kan..tapi bagi sis..rasa sedih sebab umur makin meningkat tapi amalan akhirat sis rasanya banyak yang kurang...Insya Allah sis akan berusaha untuk tingkatkan semampu mungkin..

Korang..sis dapat hadiah dari anak dan menantu sis tau..Anak dara sis hadiahkan sis sepasang kasut yang dia pilih sendiri dan you know what?? sis suker! Pandai anak dara ni pilih... menantu sis pulak hadiahkan sis lipstik jenama chanel...patut la beria-beria nak shopping kat KLCC rupanya ada agenda yek. Apapun tq sangat sebab hadiahkan mama lipstik tu. Mama suka colour dia...

Hubby sis? Ada...dia ajak sis ke Habib untuk belikan sis OMEH laei...aduh sis dah banyak kali cakap sis tak minat emas..tapi dia kata kalau tak suka yang besar..beli untuk pakai harian..Masalahnya sis tak suka..Sudahnya sis suruh dia beli untuk our cucu. Disebabkan Nayla dah dapat gelang emas dari Tok Wan dia..makanya sis belikan dia rantai leher...Sis cari yang pendek supaya idok ler dia tarik rantai tu..

Macam tahun lepas, anak dara sis pun dapat sebentuk cincin sempena harijadi sis..Hehe..orang lain yang birthday, dia yang amik kesempatan yerk.. Hari tu beli cincin..yang ni dapat la dia rantai tangan.

Malamnya kami dinner bersama adik beradik yang lain...Muga Allah limpahkan rezeki yang berpanjangan buat sis sekeluarga agar kami dapat selalu meraikan majlis makan bersama seperti ini..

Thursday, December 9, 2021

HATI HITAM SUNGGUH!

Lagi-lagi kisah orang yang hasad dengki..Bila la nak habis topik ni yer. Sis rasa sampai kiamat pun..tak kan habis nyer.

Kisah yang terjadi kat area rumah adik sis baru-baru ni. Adik sis ni renovate umah atas bawah di bahagian belakang. Al-kisahnya..ada la panahan mata setan yang irihati dan tak senang duduk tengok rumah adik sis tu membangun dengan jayanya. Siap report kat Majlis tu..

Ingatkan hero sangat..bila my BIL bersemuka.. buat drama plak konon bukan dia buat yang komplen tu bla..bla. Yang pastinya malaun ni lah yang interview kontraktor tu sepanjang masa renovation berlaku.. Tak de hantu lain kecuali mamat belakang rumah ni..Tapi teloq masuk ke dalam bila berdepan dengan adik sis..Apa cer jantan spesis ni?

Yang herannya ko tak malu ker..muka tu tampal dengan kulit babi eik!. Selama ni menumpang tanah adik aku, letak macam-macam barang buruk kau kat belakang tu tanpa rasa bersalah. Dan ko sedar ke yang rumah yang ko dah renovate tu pun dah sampai hujung longkang. Dalam ertikata tak ikut prosedur Majlis tau?? Sis pun boleh komplen kalau sis nak...

Masa sis yang duduk di sana dulu..makan hati gak dengan sikap omak dia (rumah sebelah umah sis) yang dok letak reban ayam belakang rumah sis tu. Rumah dia elok bersimen sampai ke longkang..kita plak disuruh menghidu taik ayam dia. Lepas ayam semua dah habis dimentedarah..dia bela pulak arnab kat situ. Nasib baik tak bela babi pulak... Kena sekolah dengan my SIL..haha barulah datang cerdik dia sikit...

Moral of the story..nama je orang Islam tapi sikap dan perbuatan kau tak sikitpun melambangkan agama kau!. Satu jer sis nak pesan...kalau rasa-rasa ko tu tak de duit..tengok jerlah orang renovate umah cantik dari kau..Kalau teringin gak..usahalah...bukan usaha menjatuhkan orang!!


Tuesday, December 7, 2021

BILA ALLAH MENGUJI KITA..

 Sis ni jarang sakit...kalau tengok record MC sis pun cantik jer..idok ler manjang mc..tapi iyerlah kan..kita ni manusia yang namanya lagi hamba Allah..diuji dengan kemewahan..kita gembira malah bersyukur dengan kurniakannya. Tapi jika Allah nak memberi sedikit ujian pada hambanya..maka dengan rasa redha kita menerimanya ..

Macam sis ni, sis diuji dengan sakit demam, batuk selsema dan sakit tekak uolls... No..no. no..bukan covid uolls sebab sis dah buat saliva test dan hasilnya negative hokey. Kisahnya bermula sis demam tu ialah kerana sis dok menganti air kolam kan sis yang kotor dek gara-gara motor yang tersangkut..Sedih sis tengok,, ikan yang sis bela dari 2 jari sampaikan besar ikan koi tu mati kerana kurang oksigen. Alhamdulillah bukan semua mati..sis berjaya selamatkan beberapa ikan besar yang lain..

Sis ni tak biasa buat kerja berat ni apalagi nak mengangkat air dalam baldi dan memenuhkan dalam kolam tu. Kalau tunggu air dari paip tu lambat sangat..so sis pun beraksilah ala-ala badang tanpa mengira akibatnya.

Nah hambik ko..deman urat dapatnya..semua badan sakit-sakit..Hero sis tak menolong sebab dia dah start demam masa ni..tidur selepas makan ubat. Paling tak boleh tahan tu, batuk dan selsema dia menjangkit pada sis..Ate dah tidur sekatil kan...

Apa pun semua tu ujian dariNya..bersabar sebab ianya penghapus dosa-dosa kecil kita...Harap sembuhlah cepat sakit sis ni..Tak kose nak admitted hospital lagi sebab pneumonia yang pernah sis dapat sebelum ni..



Thursday, December 2, 2021

ADA JUGA MANUSIA CAM NI KAN...

Macam yang korang tau, had pencen bekerja sekarang ni sekitar umur 60 tahun kan.. Umur aku dah menjangkau 56 tahun..berarti aku ada lagi 4 tahun untuk berkhidmat di Syarikat tempat aku bekerja sekarang..

Adalah soalan cepumas yang bertanya tak nak ke berhenti sekarang? Umur dah tua..harta dah ada...dan ada yang kata macam tamak plak..dah ada duit berkepuk-kepuk (pinjam sat ayat Diva AA) masih nak kerja lagi..

Persoalan pertama yang aku nak tanya...apa masalahnya? Aku ni dah nyanyuk mengira ke sampaikan ko mengeluarkan kata-kata macam tu??. Seingat aku..bos aku pun tak pernah komplen dengan tugasan yang diberi berbanding dengan ko yang jauh lebih muda dari aku tapi manjang kena bebel atas kecuaian kerja-kerjanya. Ya lah kannn..sibuk dok menjaga  tepi kain orang...kain sendiri cam roti kirai @roti jala😜

Dalam Islam pun...kita disuruh bertebaran mencari rezeki seolah-olah kita akan hidup selamanya dan beramal dan berbuat kebajikan seolah-olah kita akan mati keesokan harinya... Tak de plak aku dengar, bila dah kaya..dah banyak duit, ko kena goyang kaki...

Datuk Aliff Syukri yang kaya raya tu pun bekerja sampai sekarang mencari rezeki..ini kan pulak aku. Hah..ini lah sikap orang melayu...asal ada duit sikit...tak nak bekerja dah.. Itu engkau yer, aku?..akan terus bekerja selagi rasa nak bekerja...mesti ko nangis hentak kepala kat dinding baca statement aku kan?πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

MUSUH DALAM DIAM..BAHAYA DIA NI!

 


Setuju atau tidak kenyataan di atas?.. aku terlebih setuju guys...Memang ternyata kawan yang kita panggil kawan ni kadangkala ternyata musuh kita yang paling berbahaya. Dialah hakikatnya yang akan menjatuhkan kita secara senyap. Dengan kata lain..gunting dalam lipatan...api dalam sekam!

Masih tak faham?.. okay ginilah ya..kadang-kadang kita rasa kita ramai kawan tapi dalam ramai-ramai kawan yang ada, sebenarnya membenci kita atas kejayaan dan kekayaan yang kita miliki.. tapi orang seperti ini memang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan membenci kita dan membuat orang lain juga turut membenci kita dengan cerita-cerita dia..

Cuma yang aku tak faham tu, kenapa perlu kau merasa irihati dengan kejayaan orang lain. Itulah sikap yang masih belum luput dan sebati dengan orang kita bangsa Melayu ni. Sikit-sikit dengki...sikit-sikit nak menjatuhkan bangsa sendiri. kalau ko rasa nak hidup macam orang yang kau benci tu..berusahalah..bukan cuma menyalak jer

Nasihat aku satu jer lah pada mulut-mulut toksid ni..Berhentilah menambah dosa dengan mengumpat dan menjatuhkan orang. Dia yang diumpat dah tentu makin kaya...kau?? hidup dalam stress sampai hinggap macam-macam penyakit melayan penyakit hasad ko tu.


Wednesday, December 1, 2021

SERVICENYA BOLEH DIKATEGORIKAN "SAMPAH"

Bila bercakap berkenaan Jabatan kerajaan, mostly ramai yang mengeluh..Kenapa? sebab berurusan dengan mereka amat melelahkan..Bukan semua Jabatan maksud aku yer tapi ada satu dua jabatan yang aku TERPAKSA berurusan walaupun memang terbukti servicenya memang slow dan boleh menaikkan kemarahan tentunya.

Kali pertama datang, tidak dibenarkan naik ke Jabatan tersebut dengan alasan menjaga SOP. Okay lahh..aku faham..tapi sikap pegawai berkenaan yang seolah-olah lepas tangan. "Owh..ini bukan department kami ,,ini department si polan...Apabila jumpa si polan, dia  pulak "tendang" kami ke department yang mula-mula tadi.. Mungkin bila dengar nada suara aku yang mempertikaikan kenapa  mereka passing call aku macam main sukan pass batton ni..barulah pegawai tu entertain aku dengan suara yang macam seminggu tak makan..

Surat yang aku hantar awal bulan sampai sekarang bila ditanya jawapan yang sama aku dapat "masih dalam proses". Kali kedua aku call Jabatan tu, boleh pulak katanya dia tak terima surat aku tu walhal aku mintak mereka endorsed pada salinan surat aku tu.. Macam biasa la..kerja dorang passing call sana sini.. 

Sudahnya aku mengadu kat pegawai yang mula2 entertain aku tu..kenapa buat aku ni macam bola ..ditendang sana sini, aku cuma nak tanya apa status surat aku tu...boleh pulak pompuan kat Jabatan tu kata tak terima..Ko rasa muka aku tak hijau ke time tu menahan marah!

Please laa..mana-mana Jabatan kerajaan atau swasta sekali pun..anda di bayar gaji untuk menjalankan amanah yang diberikan..bukannya datang untuk bersenang-senang makan kuaci atau menjual tupperware yer... Ketua Jabatan tu..sekali sekala cer buat spotcheck tugas kakitangan anda. Benda boleh siap dalam masa paling lewat seminggu ..ini dah sebulan masih DALAM PROSES!! Ko buat proses jeruk ke haper surat aku tu??

Kami kena ikut prosedur Puan...tu jawapan klise yang aku dapat setiap kali tanya status surat aku tu..Prosedur haper nyer yang makan masa berbulan untuk menjawab surat??Aku bukan hantar masalah negara yang susah sangat korang nak reply!😈