Thursday, December 16, 2010

STOK GELI-GELI

Korang penah ke dengar istilah "stok geli-geli" ni?. Maknanya lebih kurang gini ler..sesuatu yg digunakan hanya untuk suka2 bukan secara serius.

Perkataan ni selalu digunakan oleh kaum lelaki yg boleh tahan ler nakal nyer.. Tak yah ler aku mention kat sini nama nyer..cukup korang tahu dia ni dah berkahwin..beranak pinak pun. Dalam pada tu, bercinta dgn minah tah made in mana tah!.

Bila ditanya..serius ke dia dengan minah ni? Jawapan dia..ala sajer..buat stok geli2 jer!Sedangkan si minah ni yang tahu jantan ni dah berkeluarga sanggup bermadu kerana cintakan sang jantan aka hartanya jua. Persoalannya di sini, begitu murahnya maruah minah ni sehingga sanggup mengadai masa depan yg belom tentu lagi cerahnya. Mengapa mesti mengambil risiko bercinta dengan suami orang berbanding bercinta dgn sang teruna? Dari korang disimpan sebagai stok geli2 atau terus menjadi aset yg mengelikan...ada lebih baik digunakan sedikit akal yg ada tu utk berfikir secara waras.

Eh! I ni ada maruah diri tau...tu ler dialog yg biasa kuar dari mulut minah "stok" nih!Maruah amende? kalu tak de rasa malu diusung jantan dan menjadi kekasih gelap cam tu? Sekalipun kita perempuan disifatkan sebagai lemah, jangan ler sampai otak korang pun lemah gak nak berfikir...sanggup dipermainkan !!Kalu jantan tu serius nak berkahwin..tak de lah korang tu terus jadi stok geli2 dia tu!

Aku nak cakap kat korang ni..satu jer. Bukti seorang lelaki yg benar2 mencintai seorang perempuan..bilamana terlafaznya kata2 AKU TERIMA NIKAHNYA....Ko hadoooo??Tu pun nasib2 jer...

3 comments:

  1. "stok geli2" tu pun udah memalukan...panggilan lain dari itu adalah jenis betina atau jantan "TOUCH N GO". mereka ni masih lg tak sedar bahawa, at the end of the story they will "GO TO HELL!!". nauzubillah moga Allah melindungi kita dan keturunan kita dr perkara sebegini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. I loike your comment dear..Bkn sumer jantan suka minah yg senang di touch ni. Kalu I...I will say,
    go! go! go! virusss!!!

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com