Sunday, January 23, 2011

SABARNYA DIA...

Bole ke aku sesabar dia? Memendam rasa malah boleh lagi mendoakan kebahagiaan bekas suami dengan isteri baru nyer. Cam tak masuk akal bunyinya kan? Tapi tulah yang berlaku pada sorang rakan baikku..

Waktu dia bercerita padaku, tak setitik pun airmatanya tumpah..malah boleh gelak2 lagi.Tapi sapa tau kan..dalam hatinya Tuhan saja yg tau. Aku benar2 tak faham sikap perempuan yg merampas suaminya tu. Bukan dia tak tau, lelaki tu dah beristeri dan beranak 2 malah perasaan simpatinya juga tak de kerana kawanku diceraikan tika dia sarat mengandung anak ketiga.

Paling kejam kurasa dalam sejarah dunia perampas laki orang ni bila perempuan tu bukan saja merampas suaminya malah bertindak mencuba untuk merampas anak2nya pula. Mungkin dia mandul tak leh beranak kot..kalu tak naper susah2 ko nak bela anak tiri..

Kawanku masih seperti biasa gak. Boleh bergurau senda dengan kami di opis ni. Kekuatannya ni memang benar2 aku tabik ler! Kalu aku ditempat dia..dah lama perempuan tu aku simbah asid! paling tidak cuka getah kot. Nak wat camnerkan...dah tak laku..so caras jer lah sapa yg lalu...laki orang pun, laki orang lerrr...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com