Sunday, June 19, 2011

SUNYI TANPAMU....

Hari Bapa hari ni tak memberi apa2 makna buat kami adik beradik. Kalau dulu aku celebrate Abah dengan membawanya makan2 di luar, tapi kali ini aku meraikan bersamanya di pusara dengan linangan airmata kerinduan. Hari ini 22/6 genap 2 bulan sudah Abah bersemadi di sana.

Setiap kali aku ke pusara tu..setiap kali aku berjanji pada diriku bahawa aku tak kan menangis lagi tapi setiap kali terlihat pusaranya..hati aku diruntun sedih. Aku tau Abah tentu tak suka jika melihat aku dan adik2 menangis.

Penah sewaktu aku dan adikku Diana mengurut Abah...kami menangis bila melihat keadaan Abah yang semakin hari semakin susut badannya akibat rawatan kimoterapi. Abah marah dan berkata, "Kome jangan menangis..Abah belum nak mati lagi . Waktu tu aku rasa amat bersalah kerana memaksa Abah menjalani rawatan tersebut walaupun berkali2 Abah menolak. Aku lakukan atas rasa kasih pada Abah dan demi untuk kesihatannya tapi Abah sanggup lakukan kimo demi kerana memenuhi tuntutan dan permintaan anak2.

Sewaktu kami kecil, kami amat takut dengan Abah kerana dia amat tegas dalam mendidik anak2. Jarang sekali kami berbual apatah lagi meminta pendapat kami..Tapi bila dewasa dan dah berumahtangga, hubungan kami memang rapat malah Abah sering memberi kata2 semangat untuk anak2nya dalam apa jua bidang yang kami ceburi.

Sedar tak kengkawan...kita sering rasa takut pada orang tua kita..takut dimarah..takut dipukul TAPI ibubapa kita tak pernah rasa takut untuk melindungi anak2 mereka hatta dengan nyawa mereka sendiri...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com