Friday, November 18, 2011

YONG DI MATA ABAH....


Bila dah berkahwin dan punya keluarga dan tanggungjawab memasing...susah bagi aku nak jumpa adik beradik kamu yg seramai 7 orang ni. Tapi hari tu...Yong, kakakku yang mengajar di Penang balik atas urusan transfer suaminya ke KL.

Masa ni aku ambil kesempatan utk membawa dia dan anaknya ke pusara abah..Selepas abah dikebumikan..inilah kali kedua Yong berpeluang utk menziarah pusara abah.


Walupun dia nampak tenang..tapi aku tahu dalam hati Yong pasti tersimpan rasa sedih yang lebih mendalam kerana Yong merupakan anak abah yang sulung. Yang sering mengekori abah kemana2 sewaktu kecil di kampung dulu...


Malah Abah sering bercerita dengan kami dan kengkawannya betapa dia bangga bila Yong berjaya jadi guru..penyambung cita2nya. Dia juga kerap bercerita tentang jasa Yong meminjamkan wang ketika Abah ditipu kontraktor sewaktu membuat rumah di Selayang dulu.


Aku tak pernah lihat abah menangis..tapi sewaktu menceritakan kisah Yong sewaktu kecil dulu..hidup susah di kampung..airmata abah bergenang tika tu. Tersentuh benar dia bila menceritakan detik2 kepayahan dikampung dulu bilamana Yong menangis meminta makan sedangkan hanya ubi sahaja yang ada untuk mengalas perut.

Abah selalu kata..anak2nya membawa tuah padanya...tu yg selalu diberitahu pada kengkawannya. Pada aku..kami yg bertuah punya abah yang begitu mementingkan keselamatan dan juga kepentingan anak2 berbanding dirinya.

1 comment:

Saraqistina80@yahoo.com