Friday, February 3, 2012

BOSAN NYER..

Disebabkan kaki aku yang membengkak ni..doktor bagi aku mc 2 hari. Lama ler aku cuti wehhh sambung cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam.

Aku ni jenis tak reti dok diam kat umah..apatah lagi tengok umah yang dah cam rumah tinggal jer. Seminggu kat spital, hubby dan anak dara aku bermaharaja lela ler..Baby plak sesukati dia letak barang2 dia sana sini. Hubby aku ..hish malas nak citer..kang masuk plak bab ngumpat hubby sendiri.

Nak tak endak..dah sakit mata mandang..so aku buat ler sesikit. Mana yang terdaya..sapu sampah..mesin baju..kemaskan dapur, masak. End up..mak oiii, kaki aku rasa cam ditarik2 uratnya..Tu yang bawak berehat kat sofa sekejap..kang pitam sensorang kat umah lagi haru!. Sedar tak sedar...terlelap aku dek kerana keletihan. Al-maklum..dah lama tak guna kederat nih..

Boringnya Tuhan ajer yang tau.Aku tak tau ler camner dorang boleh jadik fulltime housewife..hari2 ngadap benda yang sama.Terfikir aku kalu aku pencen nanti..camner gaya nyer kalu 2 hari pun dah mati akal!

1 comment:

  1. sama la..nama je cuti atau mc tapi duk umah lagi banyak keje nak buat

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com