Allah selamatkan kamuuuu.... Allah Selamatkan kamu.....(Lagu Ahmad Nisfu) ni aku tujukan buat the only one kakak aku kat Penang kerana hari ni birthday dia. Of coz ler kami adik beradik saling mengingati tarikh lahir ni sebab moment ni paling indah bagi aku...
Bercerita pasal kakak aku ni...memang ler dia terkenal garang dengan anak muridnya (cikgi ler katakan..) tapi dengan adik beradik dia baik bebenor...Teringat aku masa dia mula2 menuntut di Maktab dulu...asal balik jerdari Maktab.. ajak aku shopping kat Keramat Supermarket kat Chow Kit...Ni tempat febret dia ler sebab dia gemor benar beli kek kat sini...
Masa aku tuition dulu pun...selalu gak dia yang tolong bayarkan yuran aku...Dia memang jenis tak berkiran dengan adik beradik. Teringat aku masa mula2 dia masuk darjah satu dulu..dari jauh dengan beg sekolah rotannya..dia berlari2 anak ke arah kami yang menanti kat muka pintu. Tau sebab apa?. Sebab..dia akan bawak balik biskut merry untuk kami. Biar pun sedikit..dia tetap akan berkongsi dengan kami...(Sedey plak aku bab cerita ni...)
Masa dia mula2 nak mendirikan rumahtangga dulu, aku orang yang paling sedih time tu. Rasa seperti kakakku akan pergi dari aku buat selamanya. Cuma arwah Abah yang tau betapa sedihnya aku masa tu bila ternampak aku menangis terisak2 sorang dalam bilik.
Syukur Ya Allah..kerana telah mengurniakan kami dengan kehadiran seorang kakak yang terbaik!Buat kakak kesayanganku yang kupanggil "Yong"..Selamat Hari Jadi...Muga Allah sentiasa merahmatimu walau di mana jua Yong berada.
happy birthday yong...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.
ReplyDeleteHappy Birthday Yong...Moga dimurahkan rezeki, Dipanjangkan umur dan sentiasa dirahmati ALLAH.
ReplyDeleteAmin...Muga kakak kita yang sorang ni sentiasa dalam rahmat Allah...
ReplyDelete