Teringat pesan Abah dulu supaya aku jaga emak dan adik2. Hari ini,satu lagi kewajipan yang aku pikul terlaksana sudah..Segala document harta pusaka Abah..tanah, rumah dan jugak wang simpanannya dah aku submit di Pejabat Tanah.
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar. Lega tak terhingga bila satu lagi amanat Abah telah aku tunaikan. Kalau tak der aral melintang, bulan 3 tahun 2013. Tak per lah lambat camner pun..bak kata orang...pelan2 kayuh.
Aku adik beradik jauh lebih beruntung berbanding dengan orang lain yang tidak menerima apa2 harta pusaka peninggalan orang tua. Harapanku cuma satu agar mereka memanfaatkan sebaik mungkin pemberian Abah tu.
Terima kasih Abah...InsyaAllah kami akan menjaganya dengan baik.
mak ayah saya bukan berharta
ReplyDeletedan kami setakat ini tak pernah bertanya bab itu
(mgkinkah kerana semuanya masih muda?)
barangkali iye