Friday, May 3, 2013

JOM KITA MENGUNDI!

Dekat nak pilihan raya ni berpinar bijik mata nengok perang poster yang menghiasi sepanjang jalan taman perumahan umah akak hingga ler ke pejabat.

Dalam pada tu, ramai lak wartawan tak rasmi ni sebuk interview sorang2 termasuk akak...Soalan cepumas! Ko ngundi mana?. Aku dengan senang hatinya memberitahu. Tapi yang tak gemor sket tu bila dia tanya..ko ngundi parti mana?

Heppp!!!bukan ke undi tu rahsia!.Apa plak nak digebang2 parti mana yang aku nak pangkah kan! kan! kannnn!!!!Sukati akak ler nak pangkah parti A ker..parti B ler...atau nak pangkah umah kecik cam citer Ali Baba ker. Tangan akak kan!

Lagi pun negara kita ni mengamalkan sistem demokrasi..pilihan ditangan rakyat.Kalu nak rakyat memilih anda sebagai pemimpin, pastikan anda punya sifat pemimpin yang sebenar. Dalam ertikata lain pemimpin yang membawa kebaikan kepada rakyat..bukan pemimpin yang cuma pentingkan isi perut sendiri.

Bukan senang untuk menjadi pemimpin ni...Di akhirat sok, kita akan ditanya apakah kita telah menjalankan tugas yang diamanahkan atau sekadar untuk mendapat pangkat dan darjat semata2. Jangan kerana gilakan glamour di dunia tapi sengsara di akhirat kelak ..

Ayuh kengkawan, pilihlah pemimpin yang benar2 bersih dari segala2nya. Menang kalah adat pertandingan..yang kalah, tetimalah ia dengan hati terbuka. Bagi yang menang pula, jangan mendabik dada dan lupa dengan janji dan manifesto anda! Selamat mengundi teman2!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com