Wednesday, June 19, 2013

SEKSANYA NAK NAMPAK LAWA...

Bila bercakap tentang kacantikan tu, of coz ler ianya ditujukan pada wanita lebih-lebih lagi yang obses pada kecantikkan. Sesetengah tu sanggup berhabis puluhan, ratusan malah ribuan lagi asal tampak cantik.

Tapi sanggup ke korang hanya mahu kelihatan cantik tapi menyeksakan diri. Dengan ertikata lain, cantik yang bukan asli tapi disebabkan sesuatu yang kononnya membantu untuk anda kelihatan cantik.

Salah satu produk kecantikan yang membantu wanita untuk kelihatan tampil menarik ialah penggunaan korset. Memang nampak ketara bebenar penampilan sebelum dan selepas orang yang memakai korset ni. Sebelum pakai korset tu, tayar spare tu boleh dikira gegelungnya tapi dengan penggunaan korset ni..sedikit sebanyak berjaya jugak menyembunyikan 'tayar celup' kalian..

Tapi toksah bohong ler yer..sebab aku tahu serius tak selesa korang makainya. Udah ala2 robocorp jer...dan tu kalu gi umah orang kahwin atau ada function...tak leh nak makan banyak sket..mau kang kuar
ikut idung sebab nasi tak turun ke bawah.

Tu belum citer lagi yang pegi ke salon kecantikan..membakar lemak dan membuang lemak dengan operation bagai..Siap balut badan dengan plastik dan cam packaging barang nak eksport jer.Tu sumer gara2 nak cantik..

Bila tengok seksaan wanita ni untuk kelihatan cantik, jauh disudut hati aku ni, bersyukur dikurniakan tubuh badan yang begini. Tak perlu membazir duit untuk melakukan 'pembakaran terbuka' seperti itu.

2 comments:

  1. tu dah riak bunyi nya..tak baik..

    ReplyDelete
  2. Pembetulan cik kak yer...bukan riak tapi bersyukur dengan anugerah Allah yang mencipta diriku begini...Riak tu jauh beza mau pun buntinya dengan bersyukur..

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com