Ikutkan rugi sehari kita orang sebab sampai ke Jakarta dah malam..so tak leh ler nak shopping bagai.
1st day ni..ikutkan plan asal terus ke Pasar Baru, tapi ditukar saat2 akhir dimana kami pergi ke Tangkuban Perahu. Happening sebab ni pertama kali tengok kawah gunung berapi. Cuma agak merimaskan bila sebaik sajer turun dari bas, kami dikerumuni oleh penjaja jalanan yang seakan memaksa anda membeli barangan mereka. Mulut aku ni dah penat mengungkap dialog yang sama "Enggak mau, terima kasih" tapi tetap gak mereka mencuba. Yang bengang tu, dok asyik ngekor aku jer. Muka aku ni ada cop duit banyak ker?
Bawah tu kawah gunung berapi yang time ni berasap jer...
Cantik pemandangannya ..cam filem Narnia plak
Ni ler rombongan Cik Kiah kami...
Maka di atas nie bermula ler sessi bergambar kami beramai2. Aku dengan Baby gigih mencari tempat pemandangan yang menarik untuk diabadikan dalam photo kenangan kami. Hubby aku susah nau nak ngajak bergambar. Dok sibuk dengan rokok ke hulu hilir. Ni lagi satu bab merimaskan aku!
Dek kerana macet (jammed) yang agak teruk, makanya lebih kurang jam 12.00 tengahari, barulah kami sampai di Pasar Baru.. Apalagi sumer turun dari bas mengalahkan kambing kuar nak meragut rumput di padang...teruja nak memenuhkan beg memasing. Aku siap bawak beg kosong uollsss
Perlu diingatkan bahawa di sini, kami dah diberi amaran tentang penyeluk saku yang begitu mahir menjalankan kegiatan mereka. So bagi mereka yang membawa beg sandang, disarankan agar
membawa beg tu ke depan bagi mengelakkan di toreh oleh mereka ni.. Paling seram tu...ada plak yang boleh memukau...so jaga2 biar camner excited korang nak bershopping.
Pengalaman aku sendiri di mana ketika asyik membeli kain batik jawa untuk emak..aku didatangi 2 wanita bertudung lagi..yang berdiri agak rapat dibelakang aku dan baby.. Mungkin kerana dia sedar yang aku memerhatikan dia dengan perasaan curiga, barulah dia berlalu dari situ. Insiden berulang bila seorang wanita tiba2 menjatuhkan barangnya berdekatan beg yang dipegang baby. Nasib baik ler baby ni ingat pesan aku...cepat2 diangkat begnya ke depan.
Dalam masa singkat tu,.sempat gak aku sambar telekung , kain batik jawa dan blouse aku dan baby termasuk assessories. Lepas makan malam menikmati makanan minang (yang super sedap gitew) kami dihantar pulang ke hotel untuk pengsan sementara menunggu hari esok untuk rembatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com