Sunday, November 10, 2013

KAJI PERSONALITI ANDA

Korang rasa boleh percaya ker dengan kajian personality seseorang menerusi jenis darah diaorang. Ta kisah ler betul ke tak tapi just nak share dengan korang benda ni jer. Betul atau tidak...sendiri mau ingat la yerk.
 
Aku tak tau ler korang camner tapi bagi aku yang berdarah jenis 0 ni...bila baca jer info ni rasanya tak berapa betul kot...Bab penyabar tu...aku ngaku ler yer..that one 100% tak betul!. Aku ni idok ler idola yang perlu dicontohi bab2 kesabaran ni...cepat panas baran rasanya.
 
Lagi satu bab kuat cemburu...heyyy tak kuasa akak!. Tapi ngaku gak ada sifat cemburu tapi tak ler cemburu melulu. Gila ko tak cemburu kalu dengar laki ko nak dicaras! Nak plak yang mencaras tu pompuan pisau cukur!!
 
Ego?? Ni pun rasanya tak sepenuhnya tapi bertempat gak ler kalu aku ego pun...Tak kan nak merendah diri manjang kan. Ada masanya aku perlu menegakkan pendapat aku jugak kan?
 
Ketua dalam kumpulan? Memang tidak ler kan...aku ni suka di belakang tabir jer...Lantak korang ler nak berebut jawatan..janji keja aku yang disuruh buat tu selesai...Tapi dalam adik beradik, secara tak langsung aku ni dah jadik cam ketua plak sebab adik2 aku kebanyakannya rajin refer kat aku dalam apa jua hal, Mungkin sebab aku ni kepoh kot dan rajin berleter kat dorang...
 
Kuat berusaha! Tang ni aku setuju sesangat..Setakat ni, aku belum putus asa lagi. Selagi apa yang aku target tak kesampaian, aku akan teruskan jugak usaha aku.
 
Secara kesimpulannya...ni cuma kajian..belum ada bukti sahih pun...samada ko darah jenis apa sekalipun..pesonaliti ko tu ko sendiri yang perlu bentuk kan...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com