Bangun seawal pagi untuk solat Subuh..bergegas menyiapkan keperluan untuk bekerja. Bagi yang bekerjaya, perlu cepat untuk kepejabat. Mereka yang ada anak yang masih bersekolah macam aku ni..bergegas plak menghantar anak kesekolah sebelum ke pejabat.
Bagi surirumah..pagi adalah waktu paling sibuk untuk mereka. Menyediakan sarapan seawal pagi untuk suami dan anak-anak. Bila mereka semua kesekolah dan ke pejabat..sang ibu tak habis kerja lagi..mengemas rumah dan dalam masa yang sama membasuh kain baju (untung ada mesin baju)...
Habis mengemas, bersiap pulak untuk menyediakan bahan untuk memasak...paling tidak 2 jenis lauk mesti ada... Tak sempat nak rehat..dah nak menyediakan minuman petang pulak...
Bila suami dan anak-anak balik, terkocoh-kocoh menyediakan makan malam...Masih tak dapat rehat kerana nak kena menengok kerja sekolah anak-anak dan sebelum melelapkan mata kena mengosok pakaian suami dan anak-anak untuk kegunaan esoknya.
So..betul tak aku kata yang wanita ni biarpun lembut orangnya tapi sifatnya gagah malah tabah meskipun terpaksa melalui rutin seharian yang sama. Mengapa?? Kerana wanita melakukan semua itu dengan iringan kasihsayang yang tidak berbelah bagi pada keluarganya. Ikhlas dalam melakukan kerja itu membuatkan mereka tetap ceria dengan tugasan tersebut.
Syabas buat wanita blogger di luar sana. Anda memang super women!
No comments:
Post a Comment
Saraqistina80@yahoo.com