Wednesday, September 10, 2014

MAIN TAMPAL JER...

Masuk minggu ke 2 ni bilik air aku masih belum siap sepenuhnya. Dinding dah dipasang tiles keseluruhannya. Tiles yang menjadi wall feature aku pun dah siap..Suker akak..sebab gabungan colournya memang kena. Tak sia-sia aku dok memeram lama-lama kat kedai tiles tu demi untuk mensuaipadankan tiles tu. Berangan sebenarnya nak bilik air aku ala-ala hotel 5 bintang gitew..

Tapi semalam...kontraktor aku tu off plak. Katanya ada hal...so aku pun take time gi "melawat kawasan" bilik air tu. Meneliti segenap penjuru...tetiba mata aku terpandang kat meja sinki tu. Hish! mulalah datang tak puas ati aku tu. Tiles kat penjuru tu terserpih dan dia dok tampal dengan simen putih jer!. Mulanya aku try gak pujuk hati yg lara ni tapi makin aku tengok...makin membuak-buak perasaan tak puas ati ni. Dinding dah cantik...lantai yang dah buat separuh pun dah cun..alih-alih meja aku camni. Arghh..tak kira! mesti komplen gak ni..ingat ni gigi berlubang ke, main tampal dengan simen putih. Kalau lawa tu tak per gak..ni nampak ketara tiles tu serpih..huhu..

Lebih kurang gini ler bowl sink aku

Lega bila hubby aku pun sependapat dengan aku. Ikutkan hubby aku ni lebih cerewet berbanding aku apalagi bab dekorasi rumah ni. Kontraktor ni siap pasang paip lagi kat dinding (untuk memudahkan nak berwuduk). Pada aku dah okay dah..tapi hubby aku tukar dengan paip spray tu. Nampak canggih ler sket kan...

Camni ler rupanya..tapi aku punya kaler aluminium

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com