Tuesday, February 10, 2015

MARI CUBA PRODUK WISDERM

Mari adik.. kakak..abang2 pun kalau nak dengar. Akak nak citer sket pasal produk kecantikan yang akak cuba ni. Opss! bukan akak menjual okay...Cuma nak bagi testimoni jew.

Produk ni diperkenalkan oleh sorang kawan akak ni. Nama produk tu Wisderm!. Wisderm ni bukan ler produk pengelupasan kulit dari dayang senandung kepada dayang cerah lip lap yer tapi dia anti ageing..Benda ni liquid ok..di sapu waktu malam nak tidur selepas korang cuci muka dan juga sebelum korang pakai make up awal pagi nak pegi kroje tu..

Biasa ler kan. umur nak BMW 5 series ni..kedutan yang tak diundang ni akan menjelma..So akak cuba la produk ni. Eh lupa nak bagi tau rega dia RM120. Mahal?? Ate..kome ingat senang ke nak buang kedut-kedut tu. Lagi pun korang cuma apply sikit jer kat muka. Sapu bagi rata dan untuk kesan maksimum lepas dah sapu, tepuk-tepuk manja pipi tu agar liquid tu menyerap gitew...Nak lagi rata, suruh jer sapa-sapa bagi penampar kat pipi tu..

Serius memang ada kesan yang nyata sebab kedutan halus di muka akak beransur hilang dan kulit pun jadi lembut ala-ala baby ko...Lagi sekali aku cakap yerk..aku tak jual dan tak dipanggil untuk buat iklan bagi pihak produk ni tapi just nak share with you all out there...Kata sharing is caring..ni akak caring ler sebab tu akak share...

Korang google la sendiri produk tu yek...malas nak tangkap gambar...kemalasan yang berganda sejak akhir-akhir ni..

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com