Thursday, May 26, 2016

"ANDA ADALAH PEMBUNUH"!!

Semalam masa tengah dok concentrate buat office work depan tv..tetiba dengar lak berita tentang sikap manusia ni yang suka nau langgar peraturan jalanraya. Tapi bagi aku.ni dah memang melampau dan aku sendiri cukup tak suka orang yang menggunakan laluan kecemasan untuk nak memotong.
 
Yang aku heran tu, mostly yang guna laluan kecemasan ni kebanyakannya keta besor2 dan berjenama gah belaka tapi kesian sungguh...mungkin tak mampu kot nak menampung sara hidup nak membeli minyak yang semakin hari semakin naik..tu yang nak jimat sampai tak sanggup nak beratur panjang tu.
 
Terimakasih buat lelaki ni yang berjaya merakam gelagat pemandu2 kurang ajar ni

 
Insiden seperti inilah yang berlaku baru2 ni yang menghalang ambulan untuk sampai ke tempat kemalangan. Bayangkan lebih sejam untuk mereka sampai ketempat tersebut! Lebih sedih bila mangsa tidak dapat diselamatkan.
 
Cuba korang bayangkan kalau sekiranya tiada orang yang tak berakal seperti ni..mungkin mangsa dapat diselamatkan. Sikap penting diri sendiri dan egois macam ni memang seharusnya "disekolahkan". Beri hukuman yang berat agar manusia ni faham sikap bertolak ansur dalam hidup ni. Korang ni sama jer kategorinya dengan pembunuh sebab sikap korang yang tak bertamadun tu!
 
Kalau dah rasa2 tak mampu pakai kereta dengan rega minyak yang mahal..apakata ko naik beskal jer dik...Malu lah sket dengan mamat motor yang berusaha untuk memberi laluan kepada ambulan tu. ..Meskipun kenderaannya kecil tapi "otak"nya besar. Berbanding dengan korang yang keta beso tapi otak kecik!!

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com