Monday, March 13, 2017

PEMERHATI TAK BERTAULIAH...

Dalam hidup ni..perlu ke kita dengar apa kata orang tentang kita terutama benda-benda remeh lagi negatif? Aku rasa tak perlu kot sebab namanya lagi negatif kan..apasal plak nak menyemakkan fikiran mikir kata-kata sebegini.
 
Seingat aku lah..penampilan aku biasa-biasa jer..simple tapi kemas. Itu yang aku terapkan bila ke pejabat..Tapi tak sangka lak..akak ni dalam diam-diam diperhatikan dan dikomentar jugak tentang cara-cara penampilan akak selama ni.
 
Terdengarlah komen dari seseorang mengatakan yang akak ni nampak lebih muda dari usia. Itu akak tak boleh nak jawab dik..semua tu kerja Tuhan...dah rezeki kan..terima jer lah. Tapi yang tak sedap ayat dia tu bila dia citer kawan dia komen kata pakaian aku cam orang muda-muda..
 
Hello! aku pakai blouse dengan seluar casual jer ari tu..bukan seluar ketat yang nampak Miss V atau lurah punggung ke haper?? Tak kan lah kawan ko nak expect aku pakai kebaya atau baju kurung manjang... Sungguh tak faham manusia ni..ada jer yang tak kena di mata diaorang ni..Salah aku ke kalau aku kelihatan lebih muda dari usia hanya kerana memakai blouse dan seluar??

Tu la dia orang Melayu kita..tak der keja lain nak jadi juri mengomen orang jer kejanya. Apakata dari ko sibuk menjaga pakaian orang lain..lebih baik ko tengok pakaian ko sendiri dan paling penting ko cuci bersih-bersih hati tu agar jangan suka nak buat dosa.

Since pakaian aku tu tak mendedahkan aurat..aku tak kisah la korang nak cakap apa pun sebab yang pasti korang dengki tengok orang lebih cantik dari korang kan...

#Sila main jauh-jauh

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com