Sunday, October 8, 2017

DAY 2 - ISLAND HOPING !!

Ini lah yang akak tunggu-tunggu dik non..bersiar-siar di 7 pulau sekitar Krabi dengan speed boat. Boleh jer korang nak request naik bot panjang atau lebih dikenal sebagai long tail boat krabi tapi aku suggest kat hampa yang mabuk laut tu..bila speed boat lalu bersebelahan long tail boat ni..dia punya kocakan gelombang tu buat boat korang tonggang langgang. Mau muntah ijo...Harga Long tail boat ni lebih murah berbanding speed boat yer..

Seawal 9.00 pagi kami tunggu di cafe Oscar villa ni sebab driver dari syarikat yang menawarkan pakej ni akan menjemput kami. On time okay..kami berhimpun di satu kawasan bersama kumpulan yang lain...Mostly ramai mat saleh dan ada la 2 couple melayu selain kami. Kami dibawa bersiar-siar di 7 buah pulau iaitu Phi Phi Island, Koh Poda, Bamboo Island,Phra Nang Cave Island,..3 lagi tu akak tak ingat lak namanya dan yang paling hapenning ialah snorkeling!!!. Walaupun akak tak pandai berenang dik non..tapi akak lawan gak rasa takut tu sebab setiap orang dibekalkan life jacket..Kami juga dibekalkan dengan mask dan jugak snorkel.

Hubby aku dok sibuk berphoto..boat dah nak bertolak..

cam biasa..selfie dulu...anak dara tu cam endak tak endak jer

Kat belakang akak yang baju biru tu tokeh boat ni..Poi nama dia. English dia so so jer tapi faham la jugak..time ni la hubby aku jamu mata nengok minah saleh berbikini depan mata...

Tengok pantai kat belakang aku tu. jernih kan air dia..sejuk mata memandang..

Kami juga diberikan lunch percuma di Phi Phi Island..makanan dia of coz halal dan paling penting jugak sedap gitew..Akak makan dua round dik..Lapor kata kau!


Dah tak pandai kiri kanan dah ...yang penting makan!

Kat Phi Phi Island ni ada juga disediakan gerai menjual souvenir dan pakaian. Kami cuma berphoto2 sementara menunggu masa untuk ke pulau yang seterusnya..

Ni baby anak dara akak..ni memang berani tak macam mak nyerr...

Aku masa ni kat mana?? FYI..akak ni forbia air laut tapi gediks gak nak snorking. Ate dah berbayor..
Akak dengan semangatnya turun tapi pegang tangga kat boat tu sambil memegang tali yang ada terentang kat sini...Dapat la akak menyelam menggunakan google..Untuk pengetahuan korang..coral kat sini tak secantik coral kat pulau di Malaysia terutamanya Pulau Perhentian..cam idup segan, mati tak mau jer. Ikan dia yang berwarna warni jinak jer berenang kat tepi badan...

Kami snorkling di dua tempat. Pulau yang seterusnya tu ombak agak kuat menyebabkan akak banyak kali terminum air laut . Yang funny tu..ingatkan akak jer takut nak berenang, rupanya ada sorang gegirl dari Korea ni penakut gak..Bila akak mengelupur kat tangga tu..dia pun sama berpaut kat situ.."Be careful...be careful" katanya pada aku..Alih2 dia yang mengelupur sebab terminum air laut. Kik! kik!

Nampak tak cuaknya akak nak turun dari speed boat tu...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com