Tuesday, November 28, 2017

PERGINYA SEORANG SAHABAT....

27/11/2017 Isnin..Terkedu bila membaca whatapps pepagi dioffice..perkataan tu yang aku nampak ialah Innalillah...Group yang kami namakan adik beradik 5A2 ni memang amat akrab antara satu sama lain. Memang meriah lah usik mengusik ..sakat menyakat dalam tu.

Allah Huakbar..bagi direntap jantung aku bila membaca tiap ayat yang ditulis..kawan aku maut dalam kemalangan motor dengan lori. Remuk rasanya hati bila melihat gambar arwah yang dihantar tu terperosok di bawah lori tersebut. Ya Allah..tak sangka begini akhiran hidup dia. 

Semasa hayat dia..arwah ni memang terkenal dengan sifat periang..suka bergurau senda ..menyakat kengkawan. Memang aku tak nafikan..masa disekolah dulu kami pelajar perempuan memang tak geng langsung dengan pelajar lelaki. Tapi Allah takdirkan kami berjumpa semula setelah semuanya membawa haluan masing-masing dan lebih akrab. Hinggakan group whatapps kami ni pun ditulis Group adik beradik. Memang rasa sayang antara satu sama lain tu macam sayang pada adik beradik.

Kerana tu lah..aku amat terasa kehilangan sahabat aku yang sorang ni..tambah lagi dia pergi dengan cara yang begitu. Insya Allah..kalau keluarganya tabah dan kuat menerima ujian Allah ni..kenapa tidak aku dengan sahabat-sahabat yang lain.

Buat Mie...tenanglah hendaknya di sana..Muga Allah mencucuri rahmatNya ke atasnya. Mengampuni segala dosa-dosanya. Kenangan bersama kamu tak kan bisa terpadam dalam diary hidup aku dan sahabat yang lain.

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com