Wednesday, April 25, 2012

MONTHLY EXPENSES vs GAJI

Bila bercerita tentang gaji ni...sensitif pada aku..orang tanya umur tak per..Aku dengan senang hati akan menjawab. Tapi bila ada sorang makcik ni dulu (ni citer dulu2 yerk..) try nak usha2 aku bagi pihak anak bujangnya. Boleh ko..mula2 tanya aku kerja kat ner..peh tu tanya kerja apa?. Yang buat aku cam nak jegil mata kat dia tu..dia daring tanya berapa gaji aku!. Ko nak suruh aku tanggung anak bujang ko ker??

Berbalik pasal gaji ni...semua orang termasuk aku akan cakap...gaji sekarang ni tak mencukupi..kalau gaji sekian sekian...baru leh cukup. Tak der makna nyer ayat korang tu!. Bagi ler berapa pun..tak kan cukup punyer..caye lah..Mana tak nye, gaji RM1,000 tapi expenses korang mengalahkan VVIP lagi..memang sah lah korang kena ikat perut dengan tali guni bila ujung bulan..Keh! Keh!.

Korang rase2 ler berapa expenses aku sebulan?. Ni tak campur credit card yer. sebab utang credit card aku ceciput jer...Caye tak kalu aku anggarkan dalam RM19,200. Cop! Cop! ni tak termasuk duit minyak, duit saku anak bujang aku dan expenses yang lain2. Mesti korang dah congak2 berapa kot gaji aku sebulan kan?..Idak ler banyak cam tu...Hish..kang ade plak anak dara contact aku offer jadik menantu..hik! hik!

Akak ni tak ler kaya mane dek non tapi sejak dari mula bekerja, akak dah mula praktikkan menyimpan duit...kerja plak kat company besor camni..jumpa dengan sorang akak senior ni yang satu kepala dengan akak bab2 menyimpan duit ni tapi dia lagi ler ASB pon dah maksimum. Dia ni idola aku masa tu...bersemangat nak setanding dengan dia kononnya!.

Alhamdulillah..susah2 dulu, senang gak kemudiannya...Apapun..berbelanja ler ikut kemampuan bukan ikut perasaan. Ni, pantang dengar offer jualan murah, dia dulu meng offerkan diri nyer.


p/s :  Hujung bulan...pasti aku di antara orang2 yang paling dirindui malah ditakuti jika bercuti. Kes gaji ler ni wehhh....

MARAH TAHAP GABAN DENGAN MINAH SENGAL NI

Kalau sekiranya kita tau siapa sebenarnya musuh kita senang citer...paling tidak pun kita jauhkan diri dari dia selain dari sumpah yang berbakul2. Tapi apa citer nyer kalu orang yang kita anggap rakan baik rupanya musuh yang selama ini tak suka kita hidup aman dan damai.

Setakat dia jer jadik musuh kita ..lantak ler dia tunggang terbalik situ, merah muka dan sakit dada melihat rezeki kita yang datang mencurah2. Ni yang keji nyer tu..tubuh persatuan plak menyebar berita yang tidak2 @ fitnah. Tapi siapa sangka dia musuh kita yagn tersembunyi selama ni sebab di depan kita senyuman melirik bersulam gelak ketawa.

Apa tindakan korang menghadapi situasi camni? Ikut aku..aku nak hadap ajer muka keji tu tapi kemarahanku masih ditahap yang boleh dikawal. Jangan sampai nanti pecah muka ko yang perasan cantik tu aku hempok ke dinding!. Eh? garang rupanya Gegirl ni yer....tak padan pakai tudung!.

Aku ada jawapan untuk tu. Tudung tu untuk menutup aurat tapi kalau orang cuba menjatuhkan maruah aku dengan memfitnah aku dgn cerita bodoh korang tu....AWAS!! kau tak tengok kalu orang yang bertudung lemah lembut ni kalu mengamuk camner.. Nak tau, cubalah ...sekali jer lagi kalu aku dengar mulut longkang kau bercerita tentang aku...you will get it!.

For your info..citer ko tu tak menjejaskan pun rezeki aku malah lebih lagi aku dapat. Mungkin kerana umpatan ko tu Tuhan murahkan lagi  rezeki  aku. Mana tau ...sekarang aku pakai Vios...sok2 plak tukar kereta lagi besor dek kerana mulut longkang ko tu... Ko hado!!

p/s :  Rasa tak sabar jer nak cakar muka minah hipokrit ni....

Tuesday, April 24, 2012

SKANDAL SANA..SKANDAL SINI....

Hishhhh..seriau baca topic surat khabar la ni..asyik dok citer pasai skandal orang ni dengan perempuan ni..samada benar ke tak..tapi cukup membuat bulu ketiakku meriding..hihi.

Bagi aku yang dah berumahtangga ni..cerita pasal skandal dengan laki orang ni memang merupakan ancaman bagi perempuan yang dah kahwin cam aku ni. Yerlah kan ..sekarang ni rata2 perempuan di luar sana cepat gelap mata. Tak yah ler tunggu jantan tu celebriti ke, menteri ke, asal boleh cukur jer...mula ler strategi memikat dia.

Persoalannya sekarang ni...apa tujuan diorang ni leh terjebak dalam skandal?. Bukan ke kita ada jalan yg menghalalkan naper dicari jalan yang haram? Ni khusus utk  yang dah ada laki tapi masih nak cari "makan" kat luar lagi. Salah satu tu sebab nak menambah income..mungkin gak sebab gaji sendiri tak cukup..nak mintak suami..suami plak budget...sedangkan maintenance dia tinggi.

Sebab yang lain...sajer nak tukar selera. Hari2 ngadap ikan yang sama...sekali sekala nak gak makan ikan lain...Subhanallah...ada gak nafsu perempuan serakah camni kan? Ada di antara mereka ni sajer nak test market..bila ada skandal tu bermakna diri masih hangat di pasaran gitu!. Hangat di dunia ni..hangat gak ko di akhirat kelak dek non oiii..

Lebih menghairankan tu, mereka yang terlibat dalam skandal ni terdiri daripada mereka yang mempunyai penampilan baik, bertudung lagi...pendek kata pijak semut..dia yang mati!. Tapi bangkai gajah boleh ke ditutup...banyak mata yang memandang kan?.

Sunday, April 22, 2012

Bagi isteri yang bekerjaya cam aku ni..hari Sabtu dan Ahad ni ler aku boleh memasak special dari biasa. Kalu hari2 biasa tu...masak gak cumanya agak tergesa2 dan simple jer.

Hari Ahad semalam. aku teringin nak makan ikan bakar. So dah digaul dengan bahan2 secukupnya..before this aku guna arang untuk membakar tapi malas plak memikirkan asap yang akan berkepul2 ke rumah jiran sebelah. Maka alterrnatifnya dapur gas ler jawapannya. Tapi jadik gak weh ikan bakar aku yang dicicah dengan kuah asam.

Sayurnya ummmmph....rebung masak lemak cili api. terangkat kening mak dengan pedasnya! Bukan nak puji diri sendiri okay tapi baby dan hubby puji masakan aku sodap bah!. Hilang penat aku memasak. Abang tak masuk dalam citer ni sebab dia tengah teruja bakar ikan tepi Pantai Dickson. anak bujang teman ni gi bercuti dengan kengkawannya di apartment kami di Tiara Beach Resort.

Saturday, April 21, 2012

SETAHUN TELAH BERLALU...

Hari ni 22/4/2012 genap la setahun pemergian Abah yang kusayangi. Dah setahun rupanya ....tapi gurau senda dan suaranya masih terngiang2 di telingaku. Rasanya aku dapat bayangkan time ni Abah tengah duduk di tepi kolam ikannya memberi makan ikan2 kesayangannya.

Paling tidak pun.. waktu ni Abah akan ke pasar dengan skuternya. Masih aku terbayang Abah dengan t-shirt merah hatinya dan ketayap di kepalanya menaiki motor tika tu. Masih teringat nasihat Abah supaya aku menjaga adik2 dan emak suatu hari nanti. Siapa lah aku ni untuk diberi tanggung jawab seberat itu tapi demi Abah..aku sanggup meskipun aku faham tak semuanya suka ditegur tapi terpulanglah ...

Abah bagi aku idola yang terbaik untuk dicontohi semangatnya. Walaupun Abah dah perrgi meninggalkan kami buat selama2nya tapi Abah tetap abadi di hatiku. Semuga rohnya dicucuri rahmat...diampunkan segala dosa2nya. Di jauhkan dari azab kubur dan azab api neraka. Muga Abah dipermudahkan segala urusannya di sana.. AMIN,,,


Thursday, April 19, 2012

BATU API DALAM KEHIDUPAN



Rasanya tak penah aku kuarkan topic ni lagi tapi teruja nak bercerita tentang hal sikap orang yang ala2 si batu api ni.

Si batu api ni ada di mana2 malah kehidupannya memang tak lengkap jika rutin menjadi batu api ni tidak dilakukan. Pendek kata tak senang duduk dia kalau selagi tak menghasut orang. Tapi naper yek boleh ada penyakit batu api ni dalam diri dia? Sebabnya satu jer...penyakit ni datangnya satu package dengan penyakit irihati dan dendam kesumat.

Batu api dengan rakan sekerja...batu api dalam rumahtangga...banyak ler berlaku...Cuma kita kena berhati2 apabila menerima sesuatu berita tu. Jangan terus mempercayai apalagi orang yang menyampaikan berita tu ala2 mulut Mak Jemah yang keja nyer ke hulu ke hilir menjaja cerita orang. Tak tau ler bila masa dia buat keja dia!.

Sebagai seorang yang berakal, perlulah diteliti..jgn bila mendengar ajer terus menyindir2 orang yang difitnah tu...Bukan senang korang nak mintak maaf esok...Penah tak rasa macammana mulut tu kena tenyah dengan cili? Aku on jer bab2 mencili mulut orang yang batu api ni!

CUTI YANG SIA-SIA

Sia-sia jer cuti aku hari ni. Ni sumer nak menyelesaikan hal-hal tuntutan harta pusaka Arwah Abah. Dokumen2 yang Pejabat Tanah mintak tu memang dah ada,,tinggal aku bawak untuk ditandatangan depan Majestret jer.

Tapi tak semudah yang disangkakan sebab alkisahnya Pejabat yang menguruskan harta pusaka kecil ni tak mau plak menerima sijil carian persendirian bagi harta Abah di Perak. Walhal Pejabat Tanah Perak tu dah mengesahkan yg sijil carian persendirian tu boleh diguna pakai untuk urusan tuntutan tersebut.

Tak heran ler aku mengapa kerajaan mengistiharkan banyak harta2 pusaka yang tidak dituntut. Sebab ni lah salah satu nyer. Banyak sangat cengkadak diaorang. Yang buat aku marah tu naper tak tulis dalam borang tu korang nak sijil carian rasmi terang2! Senang citer kan...korang tak susah nak explain kat aku dan aku pun tak pening kepala memikirkan apa dokumen yang sebenarnya korang nak.

Harap pihak berkenaan perihatin ler sket masalah yang kami hadapi ni..