Thursday, April 19, 2012

CUTI YANG SIA-SIA

Sia-sia jer cuti aku hari ni. Ni sumer nak menyelesaikan hal-hal tuntutan harta pusaka Arwah Abah. Dokumen2 yang Pejabat Tanah mintak tu memang dah ada,,tinggal aku bawak untuk ditandatangan depan Majestret jer.

Tapi tak semudah yang disangkakan sebab alkisahnya Pejabat yang menguruskan harta pusaka kecil ni tak mau plak menerima sijil carian persendirian bagi harta Abah di Perak. Walhal Pejabat Tanah Perak tu dah mengesahkan yg sijil carian persendirian tu boleh diguna pakai untuk urusan tuntutan tersebut.

Tak heran ler aku mengapa kerajaan mengistiharkan banyak harta2 pusaka yang tidak dituntut. Sebab ni lah salah satu nyer. Banyak sangat cengkadak diaorang. Yang buat aku marah tu naper tak tulis dalam borang tu korang nak sijil carian rasmi terang2! Senang citer kan...korang tak susah nak explain kat aku dan aku pun tak pening kepala memikirkan apa dokumen yang sebenarnya korang nak.

Harap pihak berkenaan perihatin ler sket masalah yang kami hadapi ni..

1 comment:

  1. bila melibatkan hal-hal sebegini mmg makan banyak masa dan jugak duit.kesabaran juga salah satu aspek penting..itu psl kalau yg kurang sabar,lupa kan je..yg untung adalah org yg rajin ke hulu ke hilir

    pun tak suka berurusan dgn hal sebgini

    ReplyDelete

Saraqistina80@yahoo.com