Tuesday, April 3, 2012

MIND YOUR OWN BUSINESS

Sedih bila melihat bangsaku berpuak2 terutamanya kerana perbezaan parti. Parti tu cuma membezakan idelogi korang jer...tapi korang still dalam ugama yang sama. Mengapa perlu berpecah belah, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah sesama sendiri??

Tu masalah negara tapi ada lagi yang lebih teruk dari tu bila rakan2 pun ada yang berpuak2. Si polan ni ngam dengan orang ni tapi tak ngam dengan orang tu... Tu tak per lagi...yang paling teruk penah aku jumpa tu bila orang tu tak ngam dengan seseorang jadi orang lain yang rapat dengan dia pun kena "bermusuh" dengan orang yang dia tak gemor tu! Sadis lah perkara2 camni.

Tau nape aku kata sadis! sebab perangai korang cam bebudak !. Masing2 kita mempunyai tujuan yang sama..mencari rezeki. So..janganlah singkat sangat fikiran menilai seseorang melalui percakapan orang lain. Kalau kita tak suka dengan seseorang...dont expect sumer orang ko nak ajak join team ko..Aku bercakap malah berkawan dengan semua orang.

Selagi orang tu tidak menyusahkan hidup aku..selagi tu lah..apa pun percakapan yang aku dengar tentang dia...sorry aku tak mau campur!. Dengan siapa aku nak berkawan pun ..itu jugak urusan aku...aku pun tak suka jaga urusan korang...

Kita ni makin meningkat dewasa...so berfikirlah secara matang....umpat mengumpat..fitnah memfitnah tu menghilangkan pahala...Korang nak ke mengadap Tuhan nanti dengan tangan kosong tanpa amalan. Jadi renung2kan lah ya wahai sahabat...

No comments:

Post a Comment

Saraqistina80@yahoo.com