Sunday, October 6, 2013

SEKADAR LUAHAN RASA...

Kita selalu terfikir malah berhati2 dalam mengeluarkan kata2 demi untuk menjaga hati orang. Tapi bagaimana dengan orang di sebelah pihak yang satu lagi. Begitu juga ker berhati2 seperti kita atau kebanyakkan nya hanya memikir kepentingan mereka sendiri.

Dalam kehidupan seharian, kadangkala kita bersikap terbuka dalam menghulurkan bantuan kepada siapa sahaja tanpa mengira pangkat dan keturunan. Tapi manusia ni biasanya diberi betis nak kan peha plak. Hari ni kita menghulurkan bantuan maka hari2 yang seterusnya...hamba Allah ni akan seolah-olah "melantik kita sebagai assistant merangkap balaci dia.

Bukanlah nak berkira sangat dari soal kerja dan pertolongan yang diberikan tapi berpada-pada lah kan..sebab kita pun ada commitment memasingkan...Tak kan ler nak entertain ko memanjang...

Rasanya kalau mereka ni buat2 faham...tentu ler rugi kan...so kena ler buat muka tarpal meskipun kita dah buat muka depan dorang ni...

Sudahnya kita ler yang jadik mangsa...Tetiba plak aku teringat lagi Sudirman..."Penyu menangis siapalah tauuu"..





Friday, October 4, 2013

REZEKI DARI LANGIT

Kata orang tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia haaaa tak siapa tau kan...Dalam pada sibuk2 nak google tempat2 pelancongan menarik ni...tetiba cam disorongkan bantal ler plak time2 dah nak mengantuk kannnn..

Semalam hubby aku dapat cek pampasan SOCSO. Ingatkan ari tu tak dapat langsung kot..tak look forward pun sebab dah makan tahun jugak ler kes kemalangan dia. Tup2 nahhh! dapat cek ko...Syukur sesangat...




Tak cukup dengan tu..Tuhan berikan lagi rezeki yang berlipat kali ganda bila kedai aku yang kosong
2 buah tu pun dah ada yang booked..Masyukk lagi akak... Tak terucapkan rasa syukur nyer aku dengan rezeki yang diberikan....Dalam hati ...malu sebenarnya dengan Allah kerana sesekali aku cuai dalam mengingatinya namun Dia tetap mengingati hambaNya.

"Apa pun yang Allah berikan samada ianya dalam bentuk kegembiraan atau kedukaan..yakinlah yang Dia amat mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...."

Monday, September 30, 2013

KEMARUK MELANCONG...

Sejak balik dari Bandung that day, hubby aku cam dah kena sampuk!. Dia dah ketagih nak melancong !...Kejap2 suruh aku search Vietnam...jap2 Bali...peh tu Beijing plak dahhhh.

Semalam dia decide nak gi Jakarta sebab ari tu tak berpeluang nak shopping kat sana. Turun jer dari flight di Sukarno Hatta Airport tu..terus naik bas ke Bandung. Ingatkan ari tu berpeluang ler jamu2 mata setidak2nya di Mangga Dua..tapi harapanku musnah...



So...memandangkan semangat hubby aku yang membara sangat tu, maka aku gigih ler search kat cik Google tentang hotel dan juga tempat shopping yang menarik di Jakarta tu...sedih nyer...tambang flight buat masa ni tak der lah semurah yang aku impikan..huhu


                                         
Kalau gi Bandung ari tu, baby ikut..so aku decide kali ni bawak abang dan baby tinggal..tapi hubby aku ni keberatan nak meninggalkan anak dara nyer dengan emak. Biasa ler dia ni..kalu berjalan mana-mana, sumer anak beranak dia angkut sekali...

Kalu ada sapa2 sudi bagi info tentang hotel budget kat sana yang dekat dengan Tanah Abang..sila2 lah mampir ke blog akak yer....at least duit lebih tu akak boleh laburkan ke shopping complex kat sana. wakaka....

Thursday, September 19, 2013

DAY 3- DAH NAK BALIK KE MALAYSIA

Serius you..tak puas rasanya nak berjalan2 lagi sekitar Bandung tu...cewahhh sebenarnya tak puas nak bershopping. Orang lain sedih monyok bila duit habis..tinggal airport tax jer tapi aku sedih giler sebab duit dalam purse banyak lagi huhu...sebab banyak barang yang aku list tak sempat aku nak grap disebabkan kesuntukkan masa.

Tu pun, tengah menunggu bas kami sampai, sempat gak aku tarik tangan baby masuk kedai bawah tu...dapat gak beli blouse 3-4 helai lagi...Dorang ni pun satu...tutup cepat sangat! For your info...kedai kat Pasar Baru ni buka seawall pukul 10.00 dan tutup jam 6 petang. Menci tauuuu....

Langsir aku tak sempat beli....cadar pun...Yang paling kesal sangat tu..lace yang aku beria2 nak cari tu pun aku cuma sempat tengok dari jauh jer sebab hubby aku dok mengejar souvenir beg kulit untuk adik aku. Sudahnya ..bukan beli pun sebab tak berapa cantik.

Kami get ready untuk ke airport seawall jam 6 pagi dah breakfast. Menurut kata tour guide kami tu, jalanraya menuju airport di Jakarta akan jammed teruk. Flight pukul 12 ..so just nice jer kami sampai ke Airport..sempat ler bergambar untuk kenangan ....


Ni baru lepas timbang barang2..tak berat pun..26 kg jerrr
 
Sementara menunggu masa tu, kami jalan2 cuci mata kat kedai2 outlet dalam Airport ni...tapi tak de yang berkenan. Baby..biasa ler bukan boleh tengok barang...tah apa lagi yang dibelinya..tau2 dah bawak plastik beg dengan muka tersengih cam kerang busuk...
 
 
Sebelum naik kapal terbang, sempat gak tu berposing....
 


Selamat Tinggal Jakarta & Bandung...panjang umur dan ada duit ...kita ketemu lagi ya!

DAY 2 - BANDUNG

Ikutkan rugi sehari kita orang sebab sampai ke Jakarta dah malam..so tak leh ler nak shopping bagai.

1st day ni..ikutkan plan asal terus ke Pasar Baru, tapi ditukar saat2 akhir dimana kami pergi ke Tangkuban Perahu. Happening sebab ni pertama kali tengok kawah gunung berapi. Cuma agak merimaskan bila sebaik sajer turun dari bas, kami dikerumuni oleh penjaja jalanan yang seakan memaksa anda membeli barangan mereka. Mulut aku ni dah penat mengungkap dialog yang sama "Enggak mau, terima kasih" tapi tetap gak mereka mencuba. Yang bengang tu, dok asyik ngekor aku jer. Muka aku ni ada cop duit banyak ker?

                                     Bawah tu kawah gunung berapi yang time ni berasap jer...


                                           Cantik pemandangannya ..cam filem Narnia plak


                                                       Ni ler rombongan Cik Kiah kami...

Maka di atas nie bermula ler sessi bergambar kami beramai2. Aku dengan Baby gigih mencari tempat pemandangan yang menarik untuk diabadikan dalam photo kenangan kami. Hubby aku susah nau nak ngajak bergambar. Dok sibuk dengan rokok ke hulu hilir. Ni lagi satu bab merimaskan aku!

Dek kerana macet (jammed) yang agak teruk, makanya lebih kurang jam 12.00 tengahari, barulah kami sampai di Pasar Baru.. Apalagi sumer turun dari bas mengalahkan kambing kuar nak meragut rumput di padang...teruja nak memenuhkan beg memasing. Aku siap bawak beg kosong uollsss

Perlu diingatkan bahawa di sini, kami dah diberi amaran tentang penyeluk saku yang begitu mahir menjalankan kegiatan mereka. So bagi mereka yang membawa beg sandang, disarankan agar
membawa beg tu ke depan bagi mengelakkan di toreh oleh mereka ni.. Paling seram tu...ada plak yang boleh memukau...so jaga2 biar camner excited korang nak bershopping.

Pengalaman aku sendiri di mana ketika asyik membeli kain batik jawa untuk emak..aku didatangi 2 wanita bertudung lagi..yang berdiri agak rapat dibelakang aku dan baby.. Mungkin kerana dia sedar yang aku memerhatikan dia dengan perasaan curiga, barulah dia berlalu dari situ. Insiden berulang bila seorang wanita tiba2 menjatuhkan barangnya berdekatan beg yang dipegang baby. Nasib baik ler baby ni ingat pesan aku...cepat2 diangkat begnya ke depan.

Dalam masa singkat tu,.sempat gak  aku sambar telekung , kain batik jawa dan blouse aku dan baby termasuk assessories. Lepas makan malam menikmati makanan minang (yang super sedap gitew) kami dihantar pulang ke hotel untuk pengsan sementara menunggu hari esok untuk rembatan seterusnya.


DAY 1- BANDUNG

Hari pertama kami dibawa ke Factory Outlet yang kebanyakannya menjual barangan branded dengan harga yang murah. Kami ke Jalan Dago, Jalan Riau, Cihampelas, dan Bali heaven.

                                                     Shopping kasut di rumah mode
 
Untung si Abang...walaupun dia tak ikut trip kami kali  ni dek kerana nak exam...barang dia paling banyak dibeli. Kasut jenama vans jer aku beli 2 pasang sebab kasut yang pertama tu tak menepati kaler yangyang dihantar melalui instagram nyer.Canggih kamu jer bang...main order jer. Seluar jeans, walet kulit pun murah. Mau juling bijik mata akak...belum lagi abang sendiri yang memilih. 

Hubby aku dalam diam2 membeli barang untuk dia sendiri termasuk baju dan juga seluar. Sorry le yang yer...tak sempat I nak meneman dia shopping sebab aku time ni tengah lupa diri! Wakakaka...

Layanan dorang pun mesra sekali...risau gak kot hubby aku bukan setakat beli baju...tapi beli MADU buat aku. Selisih malaikat 44!

Penat bershopping, aku teringin mencuba esdurian yang selalu dorang citer dalam blog. Memang sedap okay...korang kena coba nih.Makanan yang dijual tepi jalan tu, takut plak nak cuba..takut terkena cerry berry plak..nanya ko..orang shopping...aku plak berulang alik ke toilet. Terpaksa tahan nafsu melihat bakso yang nampak sedap banget.

BANDUNG TRIP

Ni citer tentang keterujaan akak sewaktu buat lawatan Cik Kiah ke Bandung...Fuhh! tak dapatnak digambarkan keseronokkannya menghamburkan duit ketika shopping di sana. Cam lupa sekejap dunia ko..

Aku berlepas dari LCCT pukul 10.00 malam. Untung sempat sampai ontime. Almaklum..jalan jammed sebab semua berpusu2 balik kampung memandangkan cuti Hari Malaysia jatuh pada hari senin.

Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Jakarta lebih kurang pukul 12.00 malam. Kedatangan kami disambut oleh pemandu pelancong kami Pak Hendry yang begitu ramah sekali. Kami dibawa makan malam dan seterusnya terus ke Hotel Serena (lupa nama tempat tu)

Malam sebelum tidur, aku dah merancang strategi apa barang yang akan aku beli. Actually, aku dah ada list barang2 tu tapi nak check gak kot ada yang tertinggal. Excited ko...nasib baik aku and family nyenyak tidur dek keletihan..